Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

14 January 2012

MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD


Sana.. sini dok sibuk dengan menu mushroom soup tentu ramai rakan2 bloger yg telah mencuba keenakannya yg amat sesuai utk menu sarapan atau sebagainya untuk santapan seisi keluarga.
Akak pun jadi terpanggil juga utk mencubanya walhal tekak akak ni jenis tekak kampung susah sikit nak terima menu yang lain sikit, sebenarnya memang tak pernah mencuba dan merasa mushroom soup ni walaupun dah tahu lama. 

Entahlah..itulah memang tekak kampung susah nak makan menu2 macam ni tapi entah macam mana bulan lepas anak2 sibuk nak makan kat Pizza Hut adalah dia orang order mushroom soup ni.. bukan main berselera semua makan termasuklah cik abg tu..! akak buat selamba ajelah.. sebab memang tak minat dan tak berapa sukalah katakan jadi konon2nya tak naklah merasa langsung.. walaupun puas di offer oleh anak2.

Akhirnya dipaksa oleh cik abg cubalah.. katanya..! maka akak pun merasalah sikit dlm hati berkata, sedap juga ya..!! heeee... maka itulah first time akak makan mushroom soup & garlic bread ni. Macam jakunlah juga ya...


Sehinggalah baru-baru ini ternampaklah pulak kat rumah rakan2 kita Yatie dan sapelah lagi yg menyang mushroom soup ni. Entah macam mana tekak ni boleh teringin sangat nak makan pulak, maka terus pergi cari bahan2nya dan mencuba...
Yang paling bnyk makan si Iman tulah...! dia sesaje yang menghabiskannya.. 


Sedap sungguh bila dicicah cam ni...! dengan supnya yang panas2 dan roti juga yang masih panas2 hemmm.... tak terkata nikmatnya..!
Tapi akak guna roti perancis aje... 


MUSHROOM SOUP
Resepi asal : Minami MYR
(copy : yatiememories.blogspot.com)


Bahan-Bahan
  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air -boleh tambah lagi ikut kepekatan yg di kehendaki
  • 500 ml susu segar ~ fresh milk
  • 1 ketul kiub ayam - Yatie letak 2 ketul
  • 1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
  • garam ~ secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum-Yatie guna 1/2 cwn bancuh dngn 1 cwn air
  • Sedikit lada hitam
Cara Penyediaannya
  1. Potong ayam kecil2.
  2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
  3. Rebus sehingga masak.
  4. Masukkan susu dan kiub ayam.
  5. Masak guna api yang perlahan.
  6. Masukkan mushroom.
  7. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan gaul sebati.
  8. Sedia untuk di hidangkan bersama roti.

Garlic Spread 
  • 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
  • 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
  • sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah, Yatie pun sama, akak pun
  1. Gaulkan semua bahan
  2. Siap digunakan.



12 May 2011

ROTI SOSEJ BREAD CRUMB



Sebenarnya Roti Sosej + Bread Crumb ni dibuat utk sarapan pagi tadi, nak update pagi tadi tapi entah macam mana tak sempat pulak jadi dah malam2 baru nak tayang menu breakfast.
Dah lama nak buat roti cam ni tapi baru hari inilah kesampaian.. tak tahulah apa kena asyik tak kesampaian aje...! Yang sebenarnya malasnya aje yang lebih..!


Secara tak langsung dapatlah anak2 bawa ke sekolah pagi tadi, kalau bab sosej cam gini memang semuanya suka aje..! Sampaikan mereka suruh buat lagi dah malam2 cam ni.., hisss.. tak kuasa dah..! pujuk si kecik tu esok pagi ajelah.., dia orang kata tak cukup mama buat sikit sangat.
Sebenarnya memang buat tak banyak pun sebab nak menghabiskan baki roti yang tinggal beberapa keping jer..!

Pernah beli roti sosej cam ni kat pasar tani rasanya 2 ketul cenonet cam ni rm1.00, boleh tahan mahal juga ya.. maklum sosejnya lagi kan..? Jadi buat sendiri aje lagi muai dan puas makan...


Bagi sesiapa yang tak pernah tengok 'BREAD CRUMB' inilah dia ya.., memang sedap bila disalut dengan roti sosej dan digoreng memang rangup2 gitu..! Sure.. kalau makan segulung dua... memang tak cukup punyalah..! heee...

**************************

ROTI SOSEJ BREAD CRUMB
Sumber : am-flora@serojakitchen

Bahan2
5-6 keping roti Gardenia (atau apa aje roti putih)
1 biji telur
5-6 sosej ayam/daging
Bread Crumb/serbuk roti secukupnya

Caranya
Roti di buang tepi2nya terlebih dulu dan kemudian dileper2kan rata
Letakkan sosej dan di gulung, kemudian dipotongkan dua roti tersebut
Celupkan dengan telur (telur dipukul sikit)
Kemudin golek2kan sehingga rata atas 'Bread Crumb' tersebut dan di goreng hingga kekuningan
Angkat dan toskan...

Siap.. 'Selamat Mencuba..!'



17 January 2011

ROTI NAIK..!!!

Assalamualaikum..? dan apa khabar..? harap sihat2 hendaknya ya..
Nak makan roti..??? Jomlah...
Minggu lepas sana..sinun.. menayang roti, geram juga dibuatnya sebab kita ni kan antu roti. Tapi itulah.. nak buat tak ada lagi BM, nak mengulli dgn tulang 4 kerat yg montok ni dah memang malas bebenar, bukannya apa kot2 manalah tahu kang takut tertanggal pulak tulang-belulang ni..! heee.. Alasan aje tu.., yg sebenarnya memang malas pun..! tapi makan sukee..

Lama dah dok nengok orang buat roti bagai2, lepas tu nmpk jugak kat ruangan Kongsi Resepi - FB ramai yg dah buat & tayang roti2 yg gebu2 belaka. Entah mcm mana hujung minggu lepas teringin pulak mencuba buat roti tapi roti naik jer.., kenapa roti naik..? sebab resepi roti naik nmpk simple & senang aje, itu yg rajin nak mencuba..
Sambil2 buat tu, berkata jugak dlm hati, nasiblah.. kalau jadi alhamdulillah.. tapi kalu roti naik ni kang tak naik.. kira berserah ajelah..
Tapi agak2 roti naik ni naik ke.????
Nmpk gebu mcm naik jer kan..? Entahlah ya.. tapi pada akak yg tak terror meroti ni kira oklah-lah tu kot. Bolehlah.. utk org yg suke makan roti cam akak ni..
Ini pun kira dah sedap sangatlah tu.. walhal org lain buat lagilah ok kan..?
Apa pun alhamdulillah.. lepaslah juga utk sarapan sekeluarga dihujung2 minggu..

Selebihnya buat ajelah apa yg terlintas kat kepala, ada bulat, ada berpusing-pusing dah macam siput dah.. pas tu ada juga yg panjang, semua yg disebut ni ada inti kacang merah di dalamnya. Sebab tuan rumah lebih suke inti kcg merah dari inti2 yg lainnya...

Model Roti Naik..!

Dua beranak, bapak & anak sedang bersarapan dgn roti naik.
Ain.. model roti naik yg masam mencuka mukanya sebab dlm mulut penuh dgn roti, pas tu mama dia suruh posing jadi model roti jap.., jadi macam x sukelah gitu..!
Mr HB pulak makan apa2 roti pun mesti nak berciciah dgn air Nescafe w/pun roti tu ada inti di dalamnya.., macam2 pesen..!

Utk pengetahuan semua kwn2.., Roti Naik ni adala resepi dari Sasha Rahmat dari KR-FB yg mana namanya dah pupular di FB sbb ramai yg telah mencuba resepi roti naik beliau ni..!
T/kasih kpd tn punya resepi dan izinkan akak letak kat sini pulak ya, utk dikongsi bersama.
Jom kita tengok resepinya..

****************************************
ROTI NAIK
(Resepi : Sasha Rahmat KP-FB)

Bahan A
yis 11 grm
...air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis naik

Bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega dicairkan

Bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula (KLU RASA MCM KURANG CECAIR BOLE TMBH 1/4 CUP LG AIR)

Bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum

CARA2NYA
• Mula2 buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, dgn suhunya suam.
• Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
• Add bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
• Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
• Biarkan adunan naik
• Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang...(TAK PERLU TUMBUK..HNY CUIL DAN BULATKAN JADIK DOH KECIK2)
• Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
• Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
• Keluarkan dr oven dan bole sapu marjerin diatas roti

15 December 2010

JOM MAKAN ROTI TEMPAYAN....!

Hari ini tak ada menu masak2 ya..
Cuma menu makan2 aje tapi makan roti aje.. jom makan roti tempayan mungkin ada orang panggil roti nan kot. Tapi anak2 memang gelar roti tempayan jer.. sbb roti ni dimasak dlm tempayan. Lama dah tak makan roti ni.., tapi hari tu pergi area Tampoi singgah kat sini, tempat yg memang biasa akak sekeluarga makan roti tempayan ni..

Yg ni roti lagi.., balik2 roti tapi roti cicah daging kandar jer.. ni buat malam tadi, sejak bujang montel tu pergi kem, masak pun simple2 & senang aje sbb org yg suke makan tak ada. Utk anak dara berdua tu no problem, apa aje bantai semacam aje, dia org tak kisah pun janji kenyang sudahlah...

Daging kandar ni memang menu yang dah selalu sangat buat dan anak2 pun menyukainya. Resepi asal dari Kak Asma dan ramai kwn2 lain pun dah banyak kali mencuba. Memang sedap dan sesuai sangat utk dibuat lauk mahu pun dicicah dengan roti aje..
Resepi pernah disertakan sebelum ini.


30 April 2010

MOIST BANANA BREAD

Buat Moist Banana Bread ni dah beberapa hari yg lepas tapi disebabkan sibuk dgn order baru ni dpt di tayang. Sedap, lembut, enak dan memang bestlah..!


Resepi dari E-na juga, thanks e-na akak copy kat sini pulak ok..!

MOIST BANANA BREAD (4 x 8 inci loaf pan)
Bahan-bahannya :
3 atau 4 biji pisang di lenyek
70g butter - dicairkan
50g gula
1 biji telur
140g tepung gandum- diayak
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila
secubit garam
30g cooking chocolate (di patah2kan kecil-kecil) - E-na tambah
Cara Membuatnya :
Panaskan oven 180 degree.
Dengan menggunakan sudip kayu, Kacau pisang yang telah dilenyek bersama butter yang telah dicairkan.
Masukkan gula, telur dan esen vanila.
Masukkan baking powder dan garam, kacau sebati.
Kemudian masuk tepung gandum dan kacau.
Akhir sekali masukkan cooking chocolate dan gaul rata.
Tuang adunan ke dalam acuan.
Bakar selama 50 minit atau sehingga kek masak. Selamat Mencuba!
Source : Squiddo

08 April 2010

ROTI JALA wif KARI DAGING

Pagi ini breakfast dengan roti jala cicah dgn kari daging sahaja..! Utk lunch anak2 hari ini masak kari daging & pucuk paku goreng (tapi x tayang lagi ok..!)
Ada kari daging jadi merajinkan diri kejap menjala pepagi ni.., bab mencampur kaler ni no satu maka jadilah roti jalan kaler2.., hijau & kuning. Nak tumpang cicah jomm...!!!





25 March 2010

ROTI MIX FRUITS GEBU

Org buat roti gebu, kita pun nak buat.., or punya cntikk mngebu tapi sendiri punya x tahlah nak ckp cam ner..? Nak kata gebu cam x gebu.. tapi rasa tetap ada..! sedap...!
Orang semua buat roti kismis tapi kita campak mix fruits aje.., sbb tu jer yg ada dlm stok.

Nengoklah tu.., loti kita (trutama yg kat bawah ni ha..) x licin langsung.., ada yg kerepot sana sini & mngerutu sakan..! nak cepat punya pasal..! Tapi oklah juga dpt buat brkfast anak2 tadi pagi sbelum gi skolah.

Resepi dari cik mat, TQ.., main copy jer ya..!

ROTI KISMIS GEBU
BAHAN-BAHAN:-
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee) kita guna butter
50 g kismis
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang.
KAEDAH LAIN :-
Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga perang.
Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...

02 March 2010

ROTI JALA BERINTI SARDIN

Saje jer.., nak mencuba buat roti jala cam ni, selalunya buat yg brkuah kari ayam/daging.
Sekaligus merangkap brkfast utk anak2 gi skolah semalam.
Ada 5 ketol jadi dapatlah sorang satu anak2 3 org dan 2 lagi utk mak/bapak. Pepagi yg busy jadi mana sempatlah.., kira jamah dulu nak menjala bnyk lagi takut x mnyempat pulak. Anak2 dah nak cepat gi skolah.

Resepi dari Ummi(Kuantan), tapi curi2 copy dari rumah Hana. TQ.. buat kedua-duanya..!

BAHAN
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

BAHAN -UTK INTI

  • 1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
  • 1 labu bawang besar (*) (semua2 yg brtanda (*)- kita blend je..!)
  • 3 ulas bawang putih (*)
  • 2 sudu besar cili kisar - kita ltk beberapa tngkai cili kering(*)
  • sedikit air asam jawa
  • garam
  • ** kita tambah beberapa biji kentang dpotong dadu

Cara-cara
Untuk Roti Jala
-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Untuk Inti - Panaskan minyak, tumis smua bahan yg diblender hingga naik bau. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan. Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.

25 February 2010

MINI PIZZA SEGERA

Biasanya bila pepagi mesti para ibu2 pening2 lalat kan nak prepare brkfast utk anak2 & bapak anak2. Bagi yg sering kelang-kelibut time pepagi buta macam tn rumah ni, maka salah satu brkfast yg cepat, mudah & segera boleh kita buat bagi membereskan tugas & tanggungjawab pada keluarga. Cewah.. mak hai..! macam berceramah pulak ek pepagi ni..!
Yg lecehnya bebudak kat umah ni, kalau roti main sapu jem atau butter tabur gula ke.., sorry ler memang x lakulah malah x telan pun dia org ni. Tapi kalau cam ni ada benda hanyir2 spt hotdog ke, telur ke, pas tu tuangkan cili sos dan mayonis.., ha.. memang cepat jer licin-bersih. Exspecially sibujang montel sorang tu.., dah bagi 2 keping nak 3, dah 3 nak lagi..! Biasalah dia sorang mesti nak lebih dari org lain..! dahlah semakin montel...!
Dahlah nak cepat pepagi ni, anak2 nak gi sekolah, bapak anak nak gi koje dan menghantar anak2 ke skolah, pas tu nak nunggu oven ni adoi.. lembab betul rasanya nak cepat2 pizza ni garing-maring. Cam tulah kan.., bila nak cepat apa2 pun terasa lambat aje..!
Jom makan pizza segera..! Tak sangka.., sedap jugalah..!!!

17 December 2009

MOIST BANANA BREAD - (sempoi tapi sedap..!)

Betul-lah kata Jun, memang best Moist Banana Bread ni, dahlah senang main godak2 semacam je! Pas tu tak payah guna mixer bantai macam buat jemput2/cekodok. Dahlah tu, sedap pulak tu..! macam kek pun ada tapi rasanya bnyk lebih pada kek gitu! Mula2 bakar tu cam x naik je..! hati dah was2 tentu x menjadi agaknya. Tak lama pas tu, nengok2 dah naik mngebu, sukernya...! yahoooo... (Boleh gak buat brbuka petang nanti..!)
Spt Jun akak pun tabur cekelat chips.. tapi tang sukatan gula tu, masih rasa manis w/pun dah kurangkan. For next time boleh kurangkan lagi mungkin dlm 1/2 cawan ok..! (bagi yg x kuat manis ler..)
T/kasih buat Jun sbb brkongsi resepi yg mudah/senang/simple dan yg pentingnya sedap sgt..! Spt biasa kita tepek resepi kat sini pulak ya Jun.

MOIST BANANA BREAD3 or 4 ripe bananas, smashed*
1/3 cup melted butter*
1 cup sugar (can easily reduce to 3/4 cup)* (maybe 1/2 cup lagi ok)
1 egg, beaten*
1 teaspoon vanilla*
1 teaspoon baking soda*
Pinch of salt*
1 1/2 cups of all-purpose flour
**
Preheat the oven to 350°F (175°C).With a wooden spoon, mix butter into the mashed bananas in a large mixing bowl.Mix in the sugar, egg, and vanilla.Sprinkle the baking soda and salt over the mixture and mix in.Add the flour last, mix.Pour mixture into a buttered 4x8 inch loaf pan. Bake for 1 hour. Cool on a rack.Remove from pan and slice to serve.

11 December 2009

PANDAN MIX FRUITS BREAD

Dah agak lama tak meroti, ramainya kengkawan kat sini menayang berbagai jenis roti. Geram sungguh nengok roti2 yg mengebu maklum ramai yg dah ada assistant cik BM tu! Tapi kesiannya kita masih tak de lagi assistant tu, jadi nak meroti kenalah guna penumbuk sendiri. Jadi ler juga, cuma tak ler segebu dan secun roti2 made frm 'BM' kot! Tapi cam ne pun oklah juga masih boleh ditelan dan rasanya still sedap...! Buat roti ni bukannya jelous nengok roti2 org yg mngebu tu, tapi terpanggil jugak sbb nak merasmikan benda-alah (Love shape) kat atas tu, kesian pulak, dah lama terbang dari jauh, tapi baru kali ni nak dirasmikan! (T/kasih x trhingga kpd org itu.., yg trsudi mnerbangkannya dari jauh..! Jasamu tetap dikenang.. cewah!)

Love2... ni main hentam aje ni, nasib baik ler menjadi..! suka juga nengok bentuk2 cam ni, nak makan cam sayang gitu..! anak2 pulak yg love2 tulah yg dia berebut nak..!
Tayang lagi ni.., bnyk love2 ni tau! Sesape nak rasa ambik ler.. sorang satu..

Eh.. Ada lagi ni..!

Yg benda-alah munge2 kuning ni pun terbang dari jauh juga ni, dah dpt suka sesangat.. tapi baru 1st time jugak nak merasmikan ni..!
Roti kita ni cenonet je saiznya cam tak padan pulak dgn benda-alah tu.. Ciannya..! Tapi cam ner pun tak kisah ler, hentam aje! Dah siap pun dipotong !!!

JOM.., KITA MAKAN ROTI..!!!

Minum petang2 sedap ni, kalau ada kopi ke nescafe .. lagi sedap kan? kena ler sesangat tu!

Eh.. dah ada pun secawan Nescafe Tarik..! kejapnya..baru sebut2!
Ngam ler tu.., ada roti.., apalagi..
JOM..., KITA MAKAN DULU..!!!


TAK HABIS2 .. LAGI TU..!
MARI KITA CELUP & CICAH PULAK SAMA DIA...!
Nyum..nyum... bestnya!!!

29 October 2009

ROTI JALA & ACUANNYA

Sebenarnya dah lama nak dpt kan botol mayonis (yg boleh buat roti jala spt diatas - photo dari mimi) tapi sekarang ni dah tak de stok. Suka sangat nengok rupa roti jala yg guna botol tu, nmpk cantik! Ramai juga kawan2 blog yg ada botol tu.. jadi kite pun teringin jugalah kononnya. Cuma hingga kini masih belum ada rezeki kot sbb masih tak ada stock lagi atau mungkin terus tak dpt agaknya..! ciannya kite...
Tapi walau cam ne pun, amat bertrima kasih sesangat kat mimi dari jauh.. yg sudi mengirimkan acuan yg lebih kurang serupa macam botol mayonis tu cuma bezanya pada size dan rupa je! Tulah rupanya spt kat atas tu..

Mimi, akak dah cuba semalam, jadilah juga cuma agak susah/leceh sikit sbb agak kecik dan penutupnya terbuka separuh. Bila time nak mengirai tu, kerap-kali tertumpah sikit. Apa pun akak tetap brterima kasih yg tak terhingga kpd mimi.

Roti jala ni tak ada lauk/kuah karinya tau... sbb time ni hanya nak mengetes acuan tu je.. samada jadi atau tak rupa roti jala tu! Ha..ha.., cik abg balik nanya mana kuah karinya?? senang je jawab, ini utk kajian je..!! Last2 si bujang montel tu, makan habis cicah dgn sambal tumis udang tu..! selamat....kira tak membazirkan

21 October 2009

ROTI KERCA

Ha.. dah puas melantak ubi dan berjenis-jenis menu ubi, kang brtambah pulak angin pus2 dlm badan..! Lepas ubi.. ubi.. je, kali ni kite makan roti pulak ok.. tapi budak2 kat rumah ni bukan panggil roti tapi dia org kata ini lempeng ni..! Lempeng pun lempenglah .. janji kenyang dahlah kan! Sebenarnya ni menu utk sarapan last weekend ari tu.. ada baki lauk daging tu pepagi buat jelah roti kerca ni (nama ikut resepilah..glamour sikit!) senang panggil lempeng je lah..!
Nak nengok cara org malas ni.. ha.,. nengok tu, kira dah malas dah ni.. main tepek semacam je tu! males dah nak mngulung-gulung lagi, ha lantak kaulah... main lipat2 je..! Yg penting habis gak tu..!

Resepi roti kerca ni main tiru dan copy dari rumah adik hana kita tu ha..! tumpang lalu ya hana.. nak mngopy ni...! TQ..!

ROTI KERCA
Bahan-bahan
- (Buat separuh je..)
1 kilogram tepung gandum
5 biji telurgaram dan air

Cara-cara
  • Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.
  • Jangan gunakan terlalu banyak air, tuang sedikit demi sedikit.
  • Kecairannya seperti ingin membuat lempeng.
  • Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.
  • Sama seperti membuat kuih dadar.
  • Setelah itu gulung dan potong serong.

16 October 2009

ROTI JALA wif BAMIA DAGING

Salam pagi jumaat utk semua, moga segalnya dirahmati & sentiasa diberkhati..AMIN!
Di pagi jumaat ini juga kita menjamu selera dan bersarapan sebenarnya dengan roti jala dan bamia daging. Terdetik terus nak buat bamia daging ni bila semalam mak sedara dari s'pore call, citer punya citer tah cam ne, dia tersebut lak menu bamia daging ni.Kira menu org sebelah arab sana kot! Apalagi.. terus tanya resepi dia dgn cepatnya balik koje je, terus beli daging dan pagi ni jadilah bamia daging ni..!

Biasanya kita makan roti jala dgn lauk kari ayam/daging kan..? Jadi hari ini kita ubah menu sikit roti jala lawan dgn bamia daging, ada sikit cam lauk kari juga tapi masih ada sikit kelainan nya! terutama dari segi rasa dan bahan hiasannya.
Resepinya nanti disiarkan pada N3 seterusnya ya.. TUNGGU...GU..U.. !



09 September 2009

ROTI SARDIN - Nor

Lepas ternampak roti sardin ni kluar kat blog nor, cam terminat gitu, PANTANG BETUL..! balik koje je .. singgah kedai terus beli bun burger tu! Tapi x juga sempat nak buat sebab kejarkan nak masak utk brbuka dulu. Last2 subuh tadi cam ne pun mesti buat gak takut nanti tangguh punya tangguh monopouse pulak bun tu kang! Thnaks Nor, sedap memang sedap sebab kita ni pun antu sardin..!

Tapi roti sardin kita tak cunlah macam nor punya..! Ini kes nak cepat..lagi pun mata pun tgh kuyu je.. maklum baru bangun nak brsahur! subuh lak tu.. mata pun pejam celik. .pejam celik je..! roti sardin tu pun cam nak pejam2 je..! (kot2 memang x de skill punya..tangan pun mngeras semacam kot!)