Showing posts with label MUFFIN. Show all posts
Showing posts with label MUFFIN. Show all posts

08 December 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU..!

 Cuti-cuti sekolah sebegini biasalah kan.. ramai yang naik pelamin jadi bersesuaianlah dengan post hari ini iaitu sempena Majlis Perkahwinan Cikgu Noly yang berlangsung hari ini 08/12/2012 (Sabtu) jadi masih berpeluang lagi untuk mengucapkan.., 
'SELAMAT PENGANTIN BARU..!' buat Cikgu Noly dan Suami moga berbahagia hendaknya sehingga ke hujung nyawa..!

Jadi sempena perkahwinan beliau hari ini akak ada buatkan muffin pisang dengan taburan badam khas sebagai berkat untuk sebelah pengantin lelaki yang datang berkunjung yang akan di isikan  di dalam bag berkat.
Cikgu Noly ni sebenarnya pernah menjadi guru tusyen Amalina dahulu ketika Amalina di tingkatan 5 tahun lepas, kebetulan ketika itu beliau baru saja graduate dan hanya berkesempatan tusyen dengan beliau rasanya hanya 2/3 bulan saja sebelum Amalina menduduki SPM tahun lepas tapi Alhamdulillah...! Amalina dapat 'A' dalam subjek Akaun dalam peperiksan SPM tahun lepas.
Jadi sangat-sangatlah berterima kasih kepada Cikgu Noly di atas usaha-usaha beliau tersebut.



dan juga ... blueberry cistat untuk makan-makan yang di tempah oleh kakak cikgu Noly tadi.


26 January 2011

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS

Dah selau2 asyik tengok Apam Dot2, & Cistat aje jadi hari ini kita tayang muffin pulak ya...!
Sebenarnya buat muffin ni dah beberapa hari lepas asyik busy dgn tempahan jadi tak berkesempatan nak menayang.
Tapi kali ini mencuba resepi muffin dari geng facebook (KR) iaitu Pn Badariah yg mana beliau juga merupakan suri-rumah yg aktif menerima pelbagai tempahan kueh-mueh. Sesiapa yg dok area Kuantan yg nak membuat tempahan, bolehlah jenguk2 blog beliau ya..!
Tapi muffin kita taklah cntik macam Diah punya sebab kita terlupa kalerkan kuning, itu yg mcm pucat-lesi jer warnanya. Itulah.., kalau dah x sabar2 nak masuk oven sampaikan terlupa-lupa. Apa pun muffin ni tetap sedap sekejap aje licin, berebut-rebut anak2
terutama simontel sorang tu..!
T/kasih buat Bdariah(Diah) geng FB-KR yg sudi berkongsi resepi.
**********************************************

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.

03 January 2011

MENJELANG AWAL TAHUN BARU YG BUSY...

Buat Blossom dot2, puding jagung & Kek Marble pisang khas utk majlis pernikahan anak saudara hb pada 31hb Dec. lepas. Tengah busy2 buat segala macm kueh ni dpt pulak order lain yg lagilah bnyknya sehinggakan akak dah tak larat lagi nak membuatnya.
****************************
Assalamualaikum..! dan Selamat menyambut Tahun 2011.
Moga tahun ini akan membawa seribu keberkhatan & kerahmatan serta memberi kejayaan yg lebih bermakna hendaknya..! Aminnnnnnnnn...
Lamanya tak masuk blog baru hari ini rasanya barulah dpt jengah dan update blog sbb 2-3 hari menjelang ke tahun 2011 terlalu sibuk dgn tempahan2 dari pelangan. Itu yg tak dpt jengah2 blog.
Ini pula 300 Blossom dot2 juga utk Pn Intan regular customer yg tak putus2 tempahannya. T/kasih ya..

Tempahan b/berry cistat pula pada 31hb Dec. 2010 juga iaitu :-
100pcs dari Nana (kwn sek lama)
50 pcs dari Lina (utk anak daranya yg nk balik study di Kelantan)
Time Lina order ni kebetulan stok blueberry habis pulak tu.., Lina order pun dah last minit, lagi beberapa jam nk menghantar anak dia ke stesen keretapi di J.B.
Apalagi kelang-kelibutlah akak membuatnya sbb nak mengejarkan masa tu..
Yg lambat sbb menunggu mr hb balik dari membeli b/berry tu.. sampai aje kat rumah terus akak capai b/berry tu dulu dan cepat2 buatkan dulu. Nasib baik ngam2 Lina sampai cistat pun dah ready siap. Alhamdulillah..

Yg kat atas ni pulak, order yg paling bnyk yg mana akak dah tak larat lagi nak membuatnya sehinggakan satu drp order ni terpaksa akan cancel kerana dah tak dpt nak buat lagi dah...
Lepak selepaknya.. dan memang tak sempat lagi dah..

Lagi pun order ni pun last minit juga hari ini call esok dah nak.., mana sempatnya akak nak buat bnyk pulak tu.., kebetulan pulak mlm yg akak nk buat tempahan ini semua akak & family ada majlis pernikahan anak saudara mr hb, balik rumah dah pukul 12.30 malam. Lepas tu nak sambung buat tempahan ni pulak.
Tengok ajelah order yg berderet tu ha..
300 blossom dot2
200 muffin coklat chips (size kecik2..)
200 cupcake pisang
200 apam beras
(apam beras nilah yg akak cancel, dh x boleh buat lagi, mmg x sempat.)

Apa pun t.kasih tak terhingga kpd pn ziela diatas kepecayaan yg diberi. Mohon maaf andai ada yg tidak memuaskan..!


28 July 2010

BANANA COKLAT MUFFIN LAGI

Muffin yg dibuat utk makan2 tempohari.

Selonggok muffin utk re-union tempohari.



18 June 2010

MUFFIN COKLAT CIPS

Merajinkan diri cuba buat muffin coklat chips lagi tapi resepi yg lain pulak. Resepi ambik dari rumah Ummi - Kuantan. Simple, senang & mudah membuatnya tapi sedappppp... rasanya.
Kalau bab coklat2 ni memang laku sesangatlah jawabnya. Belum keluar oven lagi bebudak ni dah beratur menunggu kat oven, berebut tak sabar2 lagi nak makan. Lepas 1 tray 1 tray habis licin dimakan, lepas tu.. siap suruh buat lagi.., hai..malas dah.. x kuasa nak mengodeh lagi.

Mak budak pun merasa juga.. ermmmm.. patut ler bebudak ni berebut, sedapppp.. rupanya..!!!
Jom kita kongsi resepi ni ok..

MUFFIN COKLAT CHIPS

BAHAN
1 ¾ tepung gandum
¼ serbuk koko
1 cwn gula kastor
1 bji telur
1 cwn susu segar
(akak ltk susu cair jer..)
1/3 cwn minyak masak
1sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1sk essen vanilla
½ sk garam
sedikit coklat chips
CARANYA
Semua bahan spt tepung, serbuk koko, baking powder & bikarbonat diayak
Telur, gula, susu, garam & vanilla disatukan dan dikacau rata
kemudian masukkan bahan2 yg telah diayak tadi - kacau rata
Boleh juga dimasukkan coklat chips - jika suka
Masukkan 3/4 dlm paper cup yg dialas tray muffin
Letakkan beberapa biji coklat chips diatasnya kemudian
Dibakar suhu 160°c selama 15 minit/sehingga masak
(*Boleh juga dikukus selama 12-15 minit)

05 June 2010

MUFFIN LAGI..!

Banana Choclate Muffin yg besar gedabak sungguh..! Makan sebiji aje dah kenyang kot..?
Lebih2 tu saje ajelah letak dlm cup yg besar gedabak ni..! Nak makan pun cam dah kenyang pulak.. he..he..

Yg ni pulak spt biasa ler.., ada org punya yg order..! Buat comei2 aje...


Spt. biasa resepi boleh refer kat label muffin, dah bnyk kali buat muffin ni, sedappp...! anak2 pun sukeee..! Maklum bab coklat2 ni memang laku.. dan cepat aje licin..!

04 May 2010

MUFFIN PANDAN & COKLAT

Muffin pandan yg sedap dan lemak.., sedap masuk ke anak tekak buat cenonet aje..!

Muffin coklat chips pun sama juga.., sukee buat kecik2 molek dan cenonet senang nak ngap sekali sumbat aje dah habis..!
(Resepi muffin ni cedok dari rumah Kak Hanieliza pakar masak kita..!)

22 April 2010

BANANA CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Hari ni jamu mata pula dgn BANANA CHCOLATE MUFFIN. Muffin yg sedap, lembut dan segalanya..lah..! Buat kecik2-molek biar senang nak dingap..! masuk mulut pun x terasa sbb cenonet sangat.

Asalnya tak ada coklat cips tapi akak saje menambah x sah kalau x letak cklat chips, tak tahulah kenape ek..? macam satu kemestian gitu..!

Dah ready di pack.. sebnyk 50pcs.. , siap utk dihantar pada customer..!

03 March 2010

MUFFIN KOKO

Merajinkan diri mlm tadi, mngodeh muffin koko resepi dari kakfida Myr.
Salah satu drp muffin yg sedap juga ..!
Tapi buat comei2 jer.. dan ada yg tabur coklat rice, cklt rice kaler2 dan taburan badam.
Skali masuk ke mulut pasti x terasa sbb cenonet sesangat..! Makan satu nak dua, makan dua nak tiga dan seterusnya..! Prhabiskan semua..!! he..he..!
Sorry ya ...! tn rumah x mnyempat nak mngopy resepi..!

04 February 2010

COCONUT PANDAN CUP-CAKES


Walaupun sejak dua menjak ni, agak busy, adakalanya nak membaking pun x sempat. Tapi disebabkan trgoda dgn Coconut Pandan Cake (dari Jun) ni maka bermulalah projek malam buta ni..! Tenang & aman rasanya dok sorang2 kat dapur, bila budak2 & bapak budak dah nyenyak tidur. Yg bestnya x de org kacau.., kalau tak makin berkecahlah dibuat bebudak kat rumah ni..! Ada aje nak menolong tapi tambah brselerak nanti, tu.. yg x nak tu..! Jadi kali ni buat senyap2.. dia org dah tidur lena, aman rasanya..!

Asalnya Jun buat kek tapi telah di cupcakes-kan oleh kita, sorry ya Jun.
Pilih2... ada 2 saiz, adik bongsu ada, malah kakak sulong pun ada.., ada 2 pilihan, kecik cenonet dan besar sikit, tapi still sedap dgn rasa aroma pandannya..! 

Dok makan cupcake ni dgn secawan nescafe 'O', ehmmm.. cedapnya.. terlupa anak kejap..! (Ehhh.. x ler lupa sgt sbb anak gi skolah dah dibekalkan dgn cc pandan ni..!)
Resepi dari rumah June, thanks ya Jun.. minta izin letak resepi kat sini pulak ok. 
COCONUT PANDAN CAKE
INGREDIANTS
1 1/2 to 1 3/4 cup castor sugar
4 medium large eggs
2 cups all purpose flour
1 ½ teaspoon baking powder
½ teaspoon of salt
1 teaspoon vanilla essence
1 teaspoon pandan essence
½ teaspoon green food colouring
1 box santan (equivalent to 1 cup of thick santan)
1 tablespoon vegetable oil

METHOD
1. Beat eggs and sugar on high speed untill frothy and creamy.
2. Add in the essences and the food colouring and mix well.
3. Sift flour, baking powder and salt into the egg mixture and beat on medium speed.
4. Pour in half of the santan content into the mixture and blend well.
5. Alternate this step with the dry and wet ingredients, finishing off with the dry ingredients.
6. Beat till smooth.
7. Lastly, fold in the vegetable oil in the batter.
8. Pour the batter into loaf tins or you can use an eight inch cake tin.
9. Bake in 180 degrees celcius for 40 minutes or untill the skewer comes out clean.
10. Serve hot with a cup of steaming kopi kampung.
** you may add a cup of chocolate chips or raisins.~

Separuh dari cc ni pulak ditabur dgn coklat rice & coklat chips kat atasnya. Apa2 pun tetap ok..!

02 October 2009

MUFFIN PISANG COKLAT

Tak dpt nak citer panjang lebar, sebab bnyk pulak koje time ni.. (keje offis & keje kat dapur!)tapi sempat kejap tu, brN3 ni.. citer pasal buat muffin pisang coklat mlm tadi utk hidangan marhaban kat rumah malam ini. Buat bnyk pulak tu, sampai 4 adunan tapi dptnya cume dlm 50 biji je! Muffin ni tak merekah atasnya dan taklah naik melambung sangat tapi rasanya tetap best..tip-top!! Mungkin ramai juga yg dah mencuba kan? kita baru nak try ni ha.. belek2 resepi baru terjumpa resepi ni, bukannya apa senang & mudah sikit! Sebab balik koje nanti, ada lagi benda yg nak digodeh kat dapur tu..! Busy.. busy.!!!
Muffin ni asalnya letak cekelat chip tapi selongkar kat kabinet, dah habis pulak.. jadi tepek jelah apa yg ada belen buat biskut raya hari tu, ha..main tabur je coklat rice kaler kuning tu.. cam buruk je rupa jadinya!

Resepi ni dari yani MYr.. TQ! Tapi kita tumpang copy dari Nina-SL, thanks juga.. buat keduanya.

MUFFIN PISANG COKLAT

BAHAN2 :
100gm pisang
100g tepung gandum
50g mentega-cairkan
20g serbuk koko
50g gula halus
1 biji telur- suhu bilik
1 sudu kecil baking powder
50ml susu segar
walnut secukupnya - kita tukar ke coklat rice

Caranya:-
Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.- Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik.- Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati (kita main ayak semua je..)
Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.- Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau- Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.-
Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.- Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati.-
Kemudian sendukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.- Tabur Choc. Chip di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit. SIAP..!

22 July 2009

MUFFIN BLUEBERRY

Jom kita jamu dgn muffin blueberry pulak.
Dah lama nak buat asyik tertangguh je! Blueberry filling tu.. lama dah dok dlm fridge tak diusik-usik, cian dia..
walaupun bab muffin ni x berapa gemar tapi suka nak buat juga, mungkin suka nengok bentuk2 muffin cam ni.. kira teruja jugalah! Yg penting utk anak2... suka dia org makan dan boleh tapau lak ke sekolah.
Follow resepi dari CMG memang best dan sedap! (just copy je ya..)
MUFFIN BLUEBERRY
(Resepi CMG)

Bahan-bahannya:
170g mentega/butter
160g gula kastor
4 biji telur
350g tepung gandum
20g baking powder
1 st esen vanilla
blueberry filing
(saya ubahsuai skit .. kalu saya letak buleberry filling, saya tambahkan pewarna ungu, kalu tidak saya gantikannya dengan blueberry emulco)160ml susu segar

Cara-cara:
1. Mentega & gula kastor dipukul hingga kembang
2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan diikuti dengan esen vanilla. Sebatikan.
3. Tepung diayak dengan baking powder
4. Akhir sekali dimasukkan tepung & susu berselang seli.

* Boleh juga digantikan dengan strawberry emulco untuk strawberry muffin

03 April 2009

BANANA CRUMB MUFFIN

Muffin ni buat sempena majlis yassin malam Jumaat ni, yang satu ni saje je tepek kan coklat chips. (Sumber : Mamafami - thanks for nice receipe)

24 March 2009

MUFFIN CHOCLATE CHIPS & CHOC. RICE

Sebenarnya muffin ni, dah buat last week lagi, cuma baru ni, dapat update. Saja buat utk makan dan selebihnya bawa balik kampung. So... kita layan aneka muffin ni, ada letak choclate chips, choclate rice kaler-kaler lagi.
Saje je nak tabur coklat rice & coklat chips

Muffin coklat rice kaler-kaler....


Muffin coklat rice Saje je nak tabur coklat chips & coklat rice kaler-kaler...terlebih rajin kot.