Showing posts with label LONTONG/SOTO. Show all posts
Showing posts with label LONTONG/SOTO. Show all posts

23 April 2012

LONTONG/SAYUR LODEH


Hidangan Lontong bersama Sayur Lodeh & Sambal Tumis Daging yang dah licin...
Masak lontong ni masa sama-sama buat Lempeng Nasi tempohari...
Jadi tengok ajelah ya... menu yang dah lama habissss...!


Time ni masak lontong aje untuk makan tengahri jadi hari ni cuti masak nasi sebab kebetulan ada lagi stok nasi impit yang dah terperap lama dalam kabinet. kalau tak di buat alamatnya takut expiredlah pulak..


SAYUR LODEH
source: yatiememori.blogspot.com
source : am@serojakitchen

Bahan- Bahan Sayur
         10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
  • 2 biji kentang - di potong dadu/kecil - (x letak)
  • 1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
  • 1/4 biji kobis - di hiris
  • 1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
  • 2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
  • 1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
  • 2 keping tempe*
  • 2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)
  • 2 btng cili merah- di potong serong
  • 2 btng serai- di titik – (x letak)
  • 3 cwn santan cair*
  • 3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak utk menumis

Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
  2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
  3. Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
  4. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
  5. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
  6. Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
  8. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
  9. Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.

19 November 2010

LONTONG GORENG

Pagi ni bersarapan dgn LONTONG GORENG & Nescafe.., sebenarnya x berapa minum sgt nescafe ni tapi sbb buatkan mr hb jadi teringin pulak.
Ini kes org tamak sbb balance dari lontong segera (yg siap dah direbus) yg dibeli sempena Aidil Adha tempohari. Ada lagi sebtg masih belum bersentuh jadi daripada terbuang cepat2 kita gorengkan dia..
Kalau dulu2 mcm tak reti pulak makan lontong goreng ni mcm pelik gitu tapi dah lelama jadi suke pulak.
Lontong goreng ni togel aje.., tak bnyk perencah dia sbb buat pun apa yg ada dlm stok kat dapor ni.., ada daging, tumbuk ikan bilis & pecahkan telor, itu aje rencahnya..! Tapi tetap sedapppp...!

**************************
LONTONG GORENG
BAHAN
1 mangkok lontong (dipotong kiub)
1 senduk cili yg dah diblender - (nak pedas lagi blh tambah)
(cili kering + bwg + bwg putih)
1 kiub pati ayam
1/2cwn ikan bilis (ditumbuk)
1-2 biji telor
sedikit hirisan daging (yg telah direbus dulu)
(kalau ada isi ayam atau udang pun boleh)
garam secukup rasa
sedikit minyak (utk menumis)
BAHAN HIASAN
daun bawang
bawang goreng
(Tapi yg ni x berhias sbb nak cepat, lagi pun bahan hiasan pun dah x ade dlm stok)
CARANYA
Tumis cili blender hingga garing, masukkan kiub pati ayam - digaul rata
kemudian masukkan hirisan daging/udang/isi ayam
Digaul rata.. kemudian pecahkan telor biar hingga garing & hancur2kan
masukkan sedikit garam
Masukkan lontong yg telah dipotong kiub/kecil2 digaul rata
Goreng hingga rencahnya sekata dan agak kering
Angkat & hidangkan
Hias dgn bawang goreng & daun sup

09 December 2009

SOTO DAGING - II

Ni juga salah satu menu utk bebudak kat umah brkfast pagi tadi merangkap lunch jugak. 2 in 1.. sonang sikit koje mama dia org..! Saki-baki daging korban (x habis2 lagi tu!), fikir punya fikir buat jelah soto daging. Habis citer.. hilang jap fening2 tu..!!!
Soto memang favorite sefamily.. buatnya tak ler susah mana pun, tapi kadang tu.., termalas jugak! Tapi makan memang suker bebenor..!

Layan jerlah ya, soto daging ni.., sedap betul bila dpt mnghirup kuah dia...!! Buat org kecur je ek..?? Tak pe.., sesape yg agak terliur tu, cepat2 gi dapur godeh cepat2 tau! Resepi nyer tak payahlah yer! Simple dan biasa2 jer, semua org pun dah tahukan...?? Sonang jer...

16 November 2009

LONTONG LAGI..!

Minggu ini x de N3 sgt..., sebab tengah sibuk, ulang-alik ke hospital. Sabtu ari tu, mak akak ditahan di wad hospital Sultan Ismail, Pandan J.B.
Mak terjatuh kat rumah dia hari tu, tak tahan sakit dah bawak pergi berurut 2 kali tapi sakitnya masih tak kurang jadi sabtu ari tu bawak dia check kat hospital dan pergi x-ray sekali, mungkin ada effect kat tulang belakang dia. Biasalah org dah tua.., tulang mereka mudah rapuh apalagi bila dah terjatuh ada aje kesannya. Itu yg kena tahan wad, dan akak terpaksalah berulang-alik dan ptg ni balik koje terus tidur di hospital sebab nak jaga dia.

Jadi lontong ni pun menu simple dan nak cepat jadi buat pun mana yg sempat aje!

08 October 2009

SOTO DAGING

Menu semalam, malasnya nak masak nasi jadi utk memudahkan dari brkfast & lunch melantak soto daging ni aje! Jadi ada sikit masa trluang tu boleh-lah buat keje lain pulak, w/pun cuti tak keje tapi bnyk benar keje kat rumah ni yg nak dibereskan. Rasanya cam tak cukup masa je.. kejap dah petang dan malam. Biasalah kan, bila dok umah ada aje benda yg nak dibuat jadi tak de masa nak menilau-nilau ke tmpt lain.

Resepinya pulak sama aje dgn soto2 yg lain cuma tukar je kpg daging.. apa pun still sedap dan makan pun brulang-ulang kali selagi tak habis.

01 September 2009

SOTO AYAM & APAM GULA MERAH

Ini menu brbuka puasa hari sabtu lepas (Posa ke 9) sorry x sempat aje nak brN3. Faham jelah kan masa amat mencemburui kerana ada tugas & tggungjawab yg perlu dilaksanakan trlebih dulu. Sebenarnya nasi impitnya dibuat sendiri tau, konon2nya lah baru nak belajar.. tapi alhamdulillah berhasil & menjadi juga akhirnya. Jadi lepas2 ni x payah beli lontong yg instant lagilah kan..cewah! kot2 asyik x mnyempat je..nanti main beli gak kot?

Apam beras ni pun dah pernah buat juga sebelum ini cuma yg kali ni guna gula merah.

Biasanya soto ayam, ayamnya dicarik2 tapi yg ni lain pulak ayam nya ditakek2 je biar kecik2 sikit. Ini juga kes nak cepat.. x de masa-lah nak carik2 cam tu, kang x sempat pulak nak brbuka! Masa utk prepare hidangan/juadah brbuka cuma dlm 1 jam je..!
Resepinya sama juga spt apam beras yg lepas2, cuma brown sugar ganti dgn gula merah aje, ada sesetengah tmp panggil gula timbang.
APAM BERAS GULA MERAH
Bahannya
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn gula merah
3/4 cwn gula
1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
blend nasi dan air sehingga hancur.setelah hancur, campur gula merah dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.Perap selama 3 jam.masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

NASI IMPIT(Kak Hanieliza)

Bahan

  • 2 cawan beras
  • 6 cawan air
  • daun pandan
  • garam & daun pisang
    Cara
  • Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang
    dalam periuk biasa atau rice-cooker.
  • Masakkan saperti masak nasi biasa.
  • Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg
    dilapikkan daun pisang.
  • Tekan sampai padat dengan potato mash.
  • Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan
    yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
  • Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
  • Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah
    lodeh.

RESEPI SOTO (Diana)

Bahan-bahan ( 12 orang )
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara
Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.

Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

19 August 2009

LONTONG GORENG

Just simple and sempoi je..for brkfast today. Actually balance lontong hari tu yg still dok dlm fridge, kononnya nak buat soto sekali check punya check lontongnya dok tinggal sebuku je.. so x dapetlah den nak buat soto. Itu yg tukar plan sebab dah tinggal sikit buat lontong goreng jelah! at least dpt gak mr hb brkfast this morning. Sebenarnya buat apa yg ada kat fridge, just campak2 je.. sekedar apa je yg trlintas kat kepala.. tulah yg trsenarai kat lontong goreng ni.

Tengok rupa lontong ni pun pucat semacam je.. sebab nak cepat bantai guna chili padi je! 2-3 ulas bwg kecik dan 2 ulas bwg putih, masuk lesung just tumbuk je kejap. Lepas tu.. campak udang dan ada sayur kobis potong halus2 campak juga. Nak bagi resepi malulah..simple sangat! Semua pasti dah tahu dah kan..?
Dah ready hidang tu.. campak lagi bawang goreng tabur2lah macam bunga rampai atas lontong goreng tu. SIAP.. Jom makan!!

17 August 2009

LONTONG

Menu weekend yg simple hanya masak lontong je. Lontong nasi ni pun buat sendiri punya bukan beli instant tau..cewah! bukannya apa selalunya main beli yg instant je just main rebus atas dapur je. Tapi kali ni entah apa mimpi agaknya.. trgerak nak buat sendiri je, padahal xlah susah mana pun, cuma selama ini malasnya yg lebih!

Lontong makan dengan kuah lodeh dan sambal telur + ikan bilis je! mula tu, nak buat serunding sikit last2 dah malas pulak..itu yg x menjadi serundingnya.
Resepinya nanti jap ok!


12 May 2009

LONTONG GORENG

Balen lontong semalam sayang pulak nak dibuang jadi buatlah lontong goreng je.. taklah bnyk sangat belennya. Bila dah digoreng tak cukup pulak anak2..! Biasalah yg sikit selalunya tak cukup2...!
Senang je spt buat nasi goreng juga
Resepinya
1 biji telur
sedikit ikan bilis/udang kering
cili kisar/3 biji cili padi

Caranya
Semua bahan di atas dikisar atau di tumbuk
panaskan sedikit minyak dlm kuali tumis bahan2 yg dikisar. Biar garing sedikit pecahkan telur, biar telur garing sikit dan dihancur2 kan sikit. Kemudian masukkan secubit garam/perasa dan masukkan lontong yang telah dipotong kecil2. Digaul rata hingga masak dan diangkat boleh dihidangkan.
*Sebagai hiasan boleh juga ditaburkan bawang goreng atau daun sup