Showing posts with label CREAM PUFF/ECLAIRS. Show all posts
Showing posts with label CREAM PUFF/ECLAIRS. Show all posts

18 October 2012

CREAM PUFF with FRESH FRUITS

 
 Tulah dia..., minggu ini merupakan minggu Cream puff sebab dah berturut-turut buat 
cream puff ni..
Selain untuk tempahan, anak2 merengek nak makan puas2 kata mereka, jadi mama dia orang kenalah mengodak lagi cream puff tapi dengan citarasa yang berbeza. Kali ini ubah selera dengan ditepekkan buah-buahan segar pulak. Memang sedap dan menyelerakan..!!!
Tak percaya lihatlah riaksi2 di bawah ini betapa seleranya dia...!
Model Cream puff terkenal dengan seleranya yang pelbagai..! sentiasa berselera aje...
Mana tak MONTELLLLnya..!!!



Buat cream puff banyak2 setimbun cam kat atas tu..kalau bebudak ni tak puas juga makan, hai.. tak tahulah lagi..!

Nak sangat kan..? Ha.. amek kau..!!!!




Sesiapa nak mencuba boleh buat spt biasa cuma di letekan buah-buahan segar jer.. 


PELBAGAI JENIS KUEH-MUEH - MINGGU INI..

Berturut-turut tempahan Creampuff minggu ini...!

50 pcs untuk Pn. Ann - SMK Seri Alam-2



50pcs juga untuk jamuan di SMK Seri Alam-2




2 sets Kole Kacang dan Talam Keladi tempahan dari Cikgu Roslinda SK Tmn Rinting-1



Terima kasih Cikgu.. harap berpuashati hendaknya...!


**********@@@@@@@@@@@************


2 sets Bingka Ubi dan 150 Blueberry cistat utk Pn Rahmah





23 October 2011

CREAM PUFF




Lamanya tak bersiaran ya..! Nak kata busy rasanya taklah juga kot.., tapi pc ada problem sikit, itu yg lama tak menjengah rumah kawan2, rindu rasanya...!
Jeling2 ajelah ya.. order yg lepas ni.


Ini adalah tempahan minggu lepas 100pcs cream puff

28 February 2011

CREAM PUFF

Geram bila tengok cream puff yg gebu2 dan montok2 belaka. Pernah juga cuba buat sebelum ini, itu pun atas tempahan seseorang. Maklum benda yg tak pernah dibuat tetiba buat biasalah ada aje kesilapan & kekuranganya.. lepas tu lama dah tak pernah buat2 lagi.. jadi macam manalah nak jadi ok..!

Tapi dlm minggu ini juga terpanggil utk membuat cream puff lagi sebab ada tempahan juga dari singapura, walaubagaimana pun cuba jugalah, adunan yg pertama tu jadi juga cuma agak kurang memuaskan, disebabkan tak puas-hati.. buat adunan kali kedua nasib baik jadi bolat2 dan naik cuma nak kena tanya pakar cream puff jugaklah. Kenapa ya bila sejuk cream puff ni jadi lembik..? atau memang begitu keadaannya yg sebenar bila dah sejuk..?
Siapalah pakar cream puff ya..?


Layan ajelah gambar2 cream puiff ni ya..
Bagi yg mahir & pakar bab cream puff ni mungkin lagi okey kot..?
Maklum kita ni buat pun jarang2.. sesekali barulah buat jadi rupanya taklah semolek orang2 yg biasa buat..

Terdapat beberapa resepi cream puff yg boleh dicuba biasanya akak cuma cuba resepi dari Zaliana kat myresepi.com tapi kali ini cuba dari blog Zai (Teratak Impian)
Jadi.. jom kita tengok resepinya spt dibawah ni ya...

**************************

CREAM PUFF
Resepi: copy dari Teratak Impian - Zai

Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm gandun red ross (kita guna gandum biasa aje )
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanila

Intinya:
4 sudu besar tepung custard.
1000 ml air
140ml susu cair
1 tin jagung Cream
6 sudu besar gula (Lebih pada yg suka manis)
sedikit garam.

cara-cara buat kulit - Puffnya
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bial sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)

Intinya:
Air dan susu cairkan campurkan dalam mangkuk dan kacau rata.
Masukkan gula dan garam kacau rata kemudian muasukkan tepung custard kacau rata.
Lepas tu masukkan jagung.
Jerang dan kacau atas api hingga sebati dan masak. (Jadi agak pekat)
Letakkan dalam Cream Puff yang dah dibelah.

*Tapi bagi yg nak cepat, ringkas & mudah boleh cuba resepi intinya spt dibawah dari resepi Chef Noraini
Bahan-bahan inti:
125 gm Instant custard
325 ml Susu UHT

Kaedah menyediakannya :
1. Satukan kedua-dua bahan, kacau pada kelajuan tinggi sehingga adunan pekat.
2. Paipkan custard kedalam krim puff.
3. Sedia dihidang.


19 July 2010

CREAM PUFF - TESTING & ORDER

Agak lama dah menyimpan resepi cream puff ni, tapi belum sampai seru kot nak mencubanya..! Bila ada order utk cream puff ni maka kelang-kelibut gak nak membuatnya.. barulah padan muka kan..? Tapi bab filling dia tu agak terlembik sikit, mualanya dah ok tapi gatal2 pulak tangan ni nk adjust tu yg tercair sikit. Apa pun Alhamdulillah.. akhirnya menjadi juga w/pun mungkin x lah secantik org lain punya.

Mak budak baru nak belajar.., mencuba-cuba..!
Follow resepi Zaliana dari MYResepi, t/kasih buat yg menyumbangkan resepi yg sedap dan menepati selera anak2 & bapak anak2..! he..he..