Showing posts with label MINUMAN. Show all posts
Showing posts with label MINUMAN. Show all posts

17 March 2011

JUS BUAH NAGA


Kesian pulak menengokkan buah naga yg tinggal separuh tergolek-golek dlm peti sejuk.
Bukak-katup peti sejuk hari2 tak teringin pun nak buat sesuatu sehinggalah hari ini tekak ni macam nak minum sesuatu yg sejuk dan menyegarkan tekak jer..,
maka terciptalah JUS BUAH NAGA..

Bila buah naga dah bercampur dgn susu cair dan ice, aduhh.. nyamannya hingga tak terkata..!
memang sangatlah sedap.. tak percaya bolehlah cuba sendiri ya..


Resepinya selongkar dari rumah Mat Gebu, minta izin copy dan letak kat sini pulak ya Mat, Terima kasih..

***************************
JUS BUAH NAGA
Resepi : Mat Gebu@tiffinbiru.blogspot.com
Source : Am-flora@serojakitchen.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA
1 biji buah naga jenis merah, saiz sederhana
1 1/2 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
3 cawan air mineral
1/2 cawan susu sejat IDEAL
3 titik esen vanilla - (x letak)
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-
Buah naga dibelah 4, ambik isinya dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 guna dan air. Kisar hingga hancur. Tambah susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan hidangkan sejuk.


13 August 2010

MENU IFTAR SEMALAM - (SPECIAL FOR ANIVERSARY)

Menu utk berbuka semalam, konon2 nya sempena ANIVERSARRY SEMALAM (120810)

Selepas balik kerja pang-pung2, bersilat, bertakewando & bagai2 lagi ALHAMDULILLAH.. SIAPLAH JUGA akhirnya.... masak nasi jagung, ayam percik & percuk nenas berserta puding triffle & sirap bandung soda. Ingat nk masak satu lagi lauk udang ke.. tapi dah x larat dah..cukuplah tu..!

Fuhhh.. berpeluh-peluh.. bagai lipas kodong wat kerja kat ceruk dapor sorang2.. nasib baik siap juga ngam2 pukul 7.00 settle semua. Sempat juga tarik nafas..
Nasi jagung yg last minit mengejar masa..!

Ayam percik yg bersilat kat dapur.. akhirnya siap juga..

Sebagai pencucui mulut, puding triffle, aha.. triffle ni buat time lunch, balik umah kejap, sempat pulak tu mengodeh triffle ni.. jadi dpt juga buat berbuka sekali.

Yg ni pulak sirap bandung soda.., mintak tolong anak dara amalina prepare kan.., itu pun atas arahan & tunjuk-ajar mama dia, apalah anak dara ni buat air pun x tahu..!

Kira settle-lah juga menu yg kononnya sepcial utk semalam tapi x special mana pun kot..? Walau pun berjurai-jurai peluh, kelang-kelibut nak masak semua tu dan terasa penat juga.. namun bila tengok anak2 & mr hb makan begitu berselera.., terasa hilang segala kepenatan tu..! Alhamdulillah...

Yg anak2 pulak mmg suke sesangat, dia org siap ckp.."kalau cam ni hari2 aniversary mama kan bagus.. boleh makan macam2..!" Hari2.. masak bagai2 cam ni, alamat..pengsan ler.. mama anak hoi..!!!

************************************************************

RESEPI AYAM PERCIK

  • Bahan diblender
  • 10 tangkai lada kering
  • 2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 1" halia
  • 1/2" kunyit
  • 2 biji buah keras
  • 2 btg serai

  • 1 cwn santan
  • sedikit gula kabong
  • garam secukup rasa
  • 1/2 ekor ayam (digoreng separuh masak)

CARANYA

Tumis bahan yg diblender hingga garing, kemudian masukkan gula kabong, garam, santan dan ayam. Biarkan hingga mendidih dan agak pekat sikit.

04 July 2010

SIRAP FRUITS KOKTAILS

Cuaca panas2 ni.. sedapnya kalau dapat meneguk sirap fruits koktails ni kan..? dingin & sejuk aje bila lau ke anak tekak..!
Nak buatnya pun senang jer..! Air sirap + dgn fruits koktails dan disejukan dlm peti sejuk.

22 June 2010

JELLY AIS NENAS

Sebenarnya dah lama beli Jelly Powder ni asyik x mnyempat aje nak buat. Tu yg kali ni buat jugalah dari terperap jer tapi mulanya nak makan dgn fruit coktail, entah cam ner selongkar punya selongkar tup2 dah habis rupanya. Nak x nak makan jerlah dgn apa yg ada..
Yg ada kiub nenas jer.., itu yg jelly ais ni kaler kuning, nenas pun kuning, maka sepesenlah jawabnya tak nmpk bezanya. Dahlah tu.. limau kasturi pun kuning maka kuning2.. ler segalanya..! hentam sajelah..

Ermmm.. sedap tau..! sejuk2 gitu..! Nyaman jer masuk ke dlm anak tekak..!!


19 March 2010

MANGGO ICE-BLENDED

Time cuaca panas-terik nak buat ice blended ni asyik tertangguh jer..!
Dah time ujan2.., dah cuaca sejuk ni baru nak buat.., apalah tn umah ni ek..?
Apa pun layan jelah.., geram nengok kat umah kengkawan ramai tayang jus/smoothie bagai2..! kita pun nak gak..! he..he.. Hujan pun hujanlah..!! sedapnyaaaa.....!
Sebenarnya beli yg dah readymade punya, cuma tambah ice cube, manggo ice-blended instant & 1 cwn air. Lepas tu, blend sampai berbuih cam tu.., pas tu.. gurpp..gruppp..! leganya....!!!

29 August 2009

AIR SOYA & TAU FU FA (Sendiri Bikin..)

Kacang soyanya dah beli lama dah.. (tapi blum ke tahap naik bubuk tau!) tapi x buat2 pun, ada aje halangannya. Sebenarnya malas.. bukanny apa sgt! Kesian nengok kacang soya tu lama dah trperap jadi kuatkan semangat jugalah maka jadilah projek soya dan tau fu fa ni. Aduh..! naik sengal gak, tangan ni memerah kcg soya ni, perah punya perah tup2 boleh tertetas pulak kain tapis tu (cam tapis teh tarik). Tak pasal2 kena stop kejap..gi cari jarum & benang satu koje kena menjahit lak yg trkoyak sikit tu! Mungkin brsemangat sgt kot sampai trtetas kain tapisan tu! malang sungguh nasibku..
Apa pun x pelah.. sebab air soya & tau fu fa tu menjadi dan menyamankan anak tekak.. hilang penat memerah.. (al-maklum excited baru 1st time mencuba!)

Thanks buat zaliana (Jurnal rasa), dah lama dah simpan resepi ni..la ni baru brkesempatan. (minta izin copy ya!)

Bahan-bahan
250 gram Kacang soya (rendam selama 4 jam dahulu)
  • 1 liter airAir
  • 1 sudu teh gypsum powder (benda alah ni, beli dah lama dah..jauh lagi! Muar mari..)
  • 1 sudu besar tepung jagung + 1/4 cawan air panas
Untuk 'kuah'
Rebusan air gula + sedikit daun pandan.
Cara-cara
  • 1) Kisar kacang soya bersama air.Perah air soya guna penapis teh tarik.
  • 2) Masak perahan soya sehingga mendidih dan biar lama sikit.
  • 3) Bancuh tepung jagung,air dan gypsum powder.Letakkan dalam bekas.
  • 4) Tuangkan rebusan air kacang soya tadi ke dalam bekas berisi gypsum powder.Biarkan disitu sampai sejuk.Ingat jangan sesekali cuba kacau pati soya tu dengan bancuhan gypsum powder.Jangan diusik-usik! Nanti cair dan tak jadi.
  • 5) Bila dah sejuk boleh pindahkan dalam peti ais.Boleh dimakan dengan air gula atau gula manisan.Sedia untuk di makan. Yum!