Showing posts with label COOKIES. Show all posts
Showing posts with label COOKIES. Show all posts

26 November 2010

BANGKIT LEMAK MANIS

Salam Jumaat yang ceria..!
Hari ini kita bercookies pulak ya.., pasti ramai yg tertanya-tanya apasal ler.. buat biskut bagai, nak kata utk raya haji dah lepas. Tetiba jer tayang biskut ni.. kot2 ni biskut raya lepas tak..??
Hisss..his.. ini baru bakar malam tadi tau, fresh lagi baru keluar dari oven, panas.. panas lagi tau..
Tengah menerap biskut ni malam tadi, tetiba mr hb pun tanya "Nak raya apa ni..?" Tup2.. buat biskut ni..? malas nk cakap bnyk, jawap ajelah "kan nak krismas x lama lagi," heee...!
Lagi satu boleh juga buat kudapan anak2 kat rumah time cuti2 sekolah ni, maklum bila dok rumah semua asyik mandang lapar sesaje..!!!
Sebenarnya ada simpan resepi bangkit ni, dapat dari kawan, dia pulak salin dari resepi 'KEMAS'
Tengok2 resepi dia cam lain sikit sebab resepi ni guna tepung CUCUR LEMAK MANIS(ADABI)
itu yg beriya-ya sgt nak mencuba satu hari nanti. Tepung ni pun dah dibeli bulan lepas tapi tak berusik juga jadi sebelum terbiar gitu aje, lebih baik dicuba dulu..
Utk pengetahun kwn2, adik2 dan kakak2 semua bangkit ni memang sedap dan rangup serta sesuai dgn nama dia lemak manis (tapi x ler manis sgt pun..) oklah rasa dia.. sedap kat tekak..!
Tapi kita buat tak ler molek sangat, nak cepat punya pasal..! lebih kurang aje..
Ada yg dihias dgn gula kaler2 & ada yg tak berhias langsung, nasiblah kan..
Tapi belum keluar dari oven lagi anak2 dah tak sabar nak merasa, bila dia org makan semua kata sedapnya..!!! siap ada yg kata, "Jangan Habiskan Tau..!"
Sape lagi yg kata cam tu, kalau bukan bujang montel sorang tu..! bab makan memang dialah hero
tengoklah badan dia tu, kus semangattt.., sihat walafiat..! heeeeee..
oklah nak tahu jom tengok resepi kat bawah ni, senang aje..

*********************************

BANGKIT LEMAK MANIS
(sumber: Resepi Kemas)

BAHAN
1 bungkus tepung cucur lemak manis (ADABI)
150g tepung ubi
125g butter
50g gula halus
1 biji telur (kuning sahaja)

CARANYA
Pukul butter dgn gula hingga kembang
Masukkan kuning telur kacau sebati
Masukkan tepung & tepung ubi – gaul rata
(sekiranya adunan lembik tmbah tpg ubi & jika keras tambah butter)

Uli rata dan canai mengikut bentuk disukai
Sapukan kuning telur diatas bangkit tadi boleh dihias jika suka
Bakar suhu 160-170°c (ikut kesesuaian oven masing2)

14 September 2010

KOLEKSI BISKUT RAYA 2010

CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
Ini adalah salah satu biskut raya tahun ni, buat pun dah hujung2 last minit nak raya, nasib baik sempat jugak buat sikit w/pun dlm kesuntukan masa sangat. Tapi tak tahulah apa jadinya meringue conflakes ni jadi cam lain aje.. rupanya x sama langsung dgn conflakes Inahar tu..! Apa pun rasanya tetap sedap dan sebenarnya 1st raya lagi dah habis pun...! bebudak kat umah ni kalau conflakes cam ni mmg kejap aje licin..!
Copy dari Inahar,
Thanks Inahar, akak share resipi kat sini pulak ya..!
****************************************

CORNFLAKES MERINGUE COOKIE
(RESEPI ASAL DARI : LG)

Bahan2:
220gm Cornflakes
125gm Choc Chips
150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
3 Biji Putih Telur
1-2 Sth Vanilla Esen
60gm Almond Sliced

Cara-cara
Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
Masukkan gula sikit2 hingga habis
Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)

07 September 2010

BISKUT BUNGA CINA - Nor67

Salam semua, tinggal lagi beberap hari dah nak raya, memasing dah ready dgn segala persiapan raya terutama biskut2 raya, dah memenuhi ruang blog masing2 tapi tn umah yg sorang ni tahun ni macam x mnyempat aje.., mana taknya biskut raya pun x de lagi, cuma baru mlm tadi dpt cuba buat 2 jenis. Yg sibuknya anak dara tenit tu ha.. (si ain) hari2 memujuk mama dia ajak buat cookies. Dialah yg rajin menolong kat dapur, manakala yg 2 org lagi tu.. hemm.. x kisah langsung..! Tapi bila biskut dah siap keluar dari oven, dia dulu yg merasa.. hai! anak..anak..!!!

Tertarik dgn biskut Nor(Ganu) yg putih melepak, iaitu 'BISKUT BUNGA CINA' tapi bunga cina kita x le melepak sangat, x tahu ler apa silapnya..! tapi apa pun dari segi rasa ok.., hinggakan bila keluar dari oven aje sorang2 merasa bukannya satu tapi dah nk hampir separuh loyang. Cam ner nak simpan utk raya ni..?? he..he..
Masing2 kata sedap.., termasuklah juga bapak budak.. lepas satu.. satu.. merasa! (Ini dah bukan merasa lagi ni.., he..he..)

Resepinya minta izin dikongsikan di sini pula ya..
(TQ.. nor! sedap, lembut & rapuhnya biskut ni..!)

*****************************************************************

BISKUT BUNGA CINA - (Nor67)

Bahan-bahan
( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan)
• 100gm mentega/marjerin
• 90gm gula caster/halus• 1 biji telur (A)
• 2 cawan tepung jagung
• 1 cawan tepung ubi/kanji
• ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
cara
1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.2. Masukkan kedua
2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

14 July 2010

SOFT & CHEWY CHOCOALTE CHIPS COOKIES - Ummi

YESsss... mmg sedap & berbaloi-baloi.., x rugi mencuba. T/kasih buat ummi sbb sudi brkongsi resepi Coklat chip cookies yg sedap ni..! Tapi nape am punya x cntik sgt lah ummi..
Dahlah ringkas, mudah & cepat membuatnya pas tu teramatlah lembut & rangup (dh lmbut rangup pulak..?) dan sedap sangat. Pasti bebudak mnyukainya tapi mak budak lagi ler sukee tau..!

Tertarik dgn knyataan ummi yg anak2 ummi smua suka x kira yg kecik/besar.., tu yg kita pun bersemangat nk mencuba juga, lagi pun bebudak kat umah ni mmg antu cookies yg cam ni.
So x payah beli chip more lagi..! he..he..
Kalau tambah srbuk koko lagi sedap ya ummi..? For next time mungkin boleh cuba ..!

Resepi angkut dari umah Ummi(Kuantan) yg mmg dah trkenal dgn kepakarannya di dapor.
Ummi tumpang copy ya.. Thanks..!
SOFT AND CHEWY CHOCOLATE CHIP COOKIES
Ingredients
2 1/4 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking soda
1 cup (2 sticks) unsalted butter, room temperature
1/2 cup granulated sugar
1 cup packed light-brown sugar
1 teaspoon salt
2 teaspoons pure vanilla extract
2 large eggs
2 cups (about 12 ounces) semisweet and/or milk chocolate chips (*I used Van Houten choc chips + button chips)
Directions
Preheat oven to 350 degrees. In a small bowl, whisk together the flour and baking soda; set aside. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, combine the butter with both sugars; beat on medium speed until light and fluffy. Reduce speed to low; add the salt, vanilla, and eggs. Beat until well mixed, about 1 minute. Add flour mixture; mix until just combined. Stir in the chocolate chips.
Drop heaping tablespoon-size balls of dough about 2 inches apart on baking sheets lined with parchment paper.
Bake until cookies are golden around the edges, but still soft in the center, 8 to 10 minutes. Remove from oven, and let cool on baking sheet 1 to 2 minutes. Transfer to a wire rack, and let cool completely. Store cookies in an airtight container at room temperature up to 1 week.

13 July 2010

TART BERINTI NENAS + EPAL HIJAU

Saje2 nak menerai tart tapi kali ini tart nenas + epal hijau, dengar jer dah tahukan mesti rasa2 dia pun lebih kurang inti nenas masam2 -manis gitu. Saje ubaH2 selera & kaler beri kelainan sikit pada tart kali ni..
Buat pun beberapa biji jer.. sbb saje2 nak menerai dan nak rasa sedap ke tak inti cam ni..! Lagi satu.., terliur jap nengok biskut2 kat umah yatie US tu.. terasa cam nk raya pulak kan? walhal.. puasa pun belum..

Ada tu yg masih dlm acuan.., posing tetap posing tu..!

For next time, boleh guna acuan yg lebih kecik biar comei2 sikit, yg ni guna acuan cistat sbb tu besar ler sikit.
Utk resepinya pula, boleh guna mana2 resepi tart nenas biasa.., sama jer dan guna acuan cistat biasa.
(yg ni benarnya adunan tpg cistat yg lebih2.. tapi guna adunan tart nenas biasa lagi ok..!)

10 April 2010

BLUEBERRY CHEESE TART

Teringin nak buat cheese tart tapi bila mengenangkan nak buat kulitnya tu.. yg macam malas sikit..! Nak menekan satu per satu yg lomah den.. dibuatnnya..!
Apa pun layan ajelah blueberry cheese tart ni berposing ok..!
Sesape nak jamah cekut ler sorang satu tapi x boleh lebih tau..! takut x cukup pulak kang..! Tapi nak.., ambik yg kat atas & bawah tu tau.., yg tengah2 ni jgn ambik belum bakar lagi tu..! he..he..

Emmmm... sedapnyaaaa...!

26 September 2009

COOKIES - (COKLAT CORNFLAKES)

Tak habis2 dgn cookies, sebenarnya ini cookies yg ketinggalan, buat pun last2 minit nak raya. Tapi time tu buat tup2 nengok2 dah tinggal separuh balang. Ini keje si iman tulah (bujang montel sorang tu..) memang favorite dia, cekelat cornflakes ni..

Cookies green princes ni pulak sebelum ni dah pernah buat dan dah tayang pun kat sini tapi lain shape je! Yg hari tu, buat utk mak tapi kali ni utk rumah sendiri pulak. Buat pun sipi2 je..nak raya tempohari.

15 September 2009

COOKIES - BISKUT DENMARK

Ha..kali ini biskut Denmark dah tiba ke sini pulak ya! Dah bebrapa hari trtangguh nak buat asyik tergendala je.. bahan2nya pun dah lama beli, jadi hari ini kita tayang biskut ni ok. Sedap memanglah sedap basic biskutnya lembut/rangup, brsalut cekelat dah-lah tu, golek lak dgn kacang, mananya tak sedap? Lemak2 kat body pun makin cepatlah bertimbun..! Malam tadi buat dgn sikenit ain, kalau buat cookies memang dialah yg rajin sgt nak menolong. Balik Terawih je, hari2 dia akan tanya, mama hari ini buat biskut apa..? kalau kita kata x buatlah penat.. mesti dia merungut, alah buatlah..buatlah..! Anak2.. bukannya dia tahu kita lepak selepaknya..! (Maklum dia dah sonoklah tu, nak buat cookies..)

Spt kata maklang, inilah juga biskut yg paling ngetop.. dlm senarai tempahan cookies dia tahun 2009 ini. Sedap sesedapnya.. dah makan satu nak lagi satu.. dan satu.. lagi satu..!
Maklang kita tumpang copy je ya.. thanks for sharing the receipe.

BISKUT DENMARK
Bahan-Bahan:-
2 cawan gula (mklang guna 1½ cwn)
1½ cawan butter
3 cawan tepung jagung
2½ cawan tepung gandum
Vanilla
2 biji merah telur

Bahan Icing:-
2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje) - sama gak kita..
2 bungkus gula icing
4 camb serbuk koko
Air panas

*(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan
mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk) - kita pun sama follow mklang!

Cara-Cara:-
Adunkan butter + gula hingga berkrim·
Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati·
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati·
Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut.
Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.. bakar dan sejukkan.- celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk

14 September 2009

COOKIES - (BISKUT OREN)

Hari ini mesti pusing mata, balik2 nengok cookies je.. maklum dah hampir2 nak raya ni jadi sibuk sesibuknya. Kenalah settelkan bab cookies ni dulu..selain koje2 lain yg dah dok line-up menunggu! Adoi.. cam nak nangis je.., semuanya nak dibuat.. cam x cukup tangan dibuatnya..!
Tertarik dgn cookies ni sebab ada rasa oren2.. macam2 manis, itu yg sedap..! Yg ni pulak copy dari kak hanieliza, thanks kak..copy ya!

BISKUT OREN (Hanieliza)
Bahan
250 g butter
130 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
1 s/b oren pes
1 s/k pewarna oren
coklat chips [hiasan]
Bahan Diayak
300 g tepung gandum
50 g tepung naik sendiri
50 g tepung jagung
50 g tepung kastad
Cara1.
Butter dan gula digaulkan sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaulkan sebati.
3. Masukkan perawna oren dan pes oren. Gaulkan sebati.
4. Masukkan bahan yg diayakkan dan gaulkan sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
6.Hiaskan dengan coklat chips.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.8. Bila telah sejuk simpan dalam balang kedap udara

COOKIES - COCONUT CRUNCHY

Ini juga cookies yg dibuat malam tadi lepas balik Terawih, nak cepat siap sebab bnyk lagi koje nak buat ni..cam busy je kali ni!

Resepinya pun dari maklang yg terror bab mngookis ni..thanks maklang!

Coconut Crunchy
sumber : baya
Bhn A
450gm tepung ubi (sangai)
150gm tepung gandum
1 tsp b.p
Bhn B
1 bji telur
200gm gula aising
110gm kelapa kering (toasted coconut)
300gm butter/ marjerin
1 tsp esen vanila
Bhn Hiasan
Kuning telurkelapa kering diwarnakan hijau (kite ltk cklt rice je, klapa x cukup!)
Cara
Ayak bhn A.
Campurkan bahan A & B.
Putar hingga sebati & menjadi dohCanai & terap. sapu kuning telur & taburkan kelapa kering. bakar hingga masak

COOKIES LAGI - SWEET TART (Munge2)

Weekend pun tak dapat buat cookies sebab time weekend nilah nak melayan kerenah anak2 dara dan bujang montel sorang tu, gi shopping keperluan mereka. Balik2 je dah hampir petang dah sibuk nak prepare hidangan brbuka pulak. Buat tak buat pun lepas balik terawih, kalau tak memang tak menyempatlah jawabnya nak brcookies ni! Tup-tup2 kejap je ya, dah nak raya, rasa2 macam baru je..berpuasa! Cepat sungguh masa berlalu, pulak tu, bnyk juga koje2 yg belum disettelkan. Fikir2 pening gak..
Mulanya nak buat tart gulung tapi sebab dah malam sgt malas pulak nak menekan acuan tart gulung jadi buat jelah sweet tart (tart munge2) ni, rasanya lebih senang, mudah dan cepat sikit!

Resepinya angkut juga dari rumah maklang , thanks akak, tumpang copy resepi ya kak! Apa pun sedaplah tart ni, lembut dan rangup dan lemak2 gitu!

Sweet Tat
Sumber : ResipiNet

Bahan
250g butter
70g gula halus
1 biji telur } ambil kuningnya saje
1sk esen vanila
350g tepung gandum
50g tepung jagung

Cara
Pukul butter + gula hingga sebati (maklang pukul ngan whisker je...)
Masukkan kuning telur dan esen vanila...kacau
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul rata Bakar dengan suhu 170 selama 15’...(ikut oven masing2)

11 September 2009

BANGKIT CHEESE & GREEN PRINCESS

Tak payah citer panjang2 jom kita tayang cookies ni, buat malam tadi dgn lepak & letih sgt tapi sronok sebab dua2 cookies sedap sangat dan menepati citaras. Sesiapa tak caye boleh cuba. Green princes ni angkut dari runah ummi, sorry ya ummi minta tumpang copy kat sini pulak ya. Sedaplah ummi biskut ni, sampai hb yg tak berapa gemar makan cookies jadi suka sangat. Cuma rupanya taklah secomel ummi punya. 1st time testing..!
Tentang Bangkit Cheese pulak ni, satu lagi cookies yg sedap sangat, copy dari rumah alongroz, thanks along kerana sudi brkongsi resepi yg best ni! Resepi asalnya dari Diana. Bangkit ni soft sangat dan lembut je bila masuk ke mulut.. tak rugilah bersengkang mata buat cookies ni. Along, kita tumpang copy juga ya..! Cuma bangkit ni tak de parutan keju atasnya, sebab kes keju dah yilek.. gi juga kedai malam2 buta tanya kedai runcit semua tak ada, kalau ada pun dah habis jadi nak buat cam no? adunan dah pun diuli last2 tabur jelah bijan..kira taklah nmpk kosong sangat. Betullah kata along, rupa tak de..tapi rasaya memang best..!!

BANGKIT CHEESE
(rasanya 200 keping ada kot)

BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.MAsukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.Masukkan bahan2 kering.
2. Canai & terap.Tabur parutan keju atas setiap biskut.Bakar 160C 15 min.

GREEN PRINCESS COOKIES
Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-
coklat masakan putih (*ummi tukar coklat) kita pun sama gak!
manik gula warna warni

Cara-Cara:-
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

10 September 2009

COOKIES - SARANG SEMUT

Jengah sana-sini ramai yg dah buat kueh raya, kita pulak dah 2-3 hari butter asyik keluar-masuk esbok tapi buat tak jugak. Bila badan terasa lepak sgt masuk balik butter tu..cian dia! Jadi malam tadi cam ne pun kena try juga buat, kira testing dululah! Belek punya belek resepi biskut yg dah brderet dlm list, mana satulah nak buat dulu. Fikir punya fikir akhirnya cam ne boleh buat biskut sarang semut ni dulu dlm bnyk2 list. Kira paling senang dan mudahlah kiranya. Sebenarnya bab buat biskut ni, lebih suka buat sorang2 (w/pun penat) dari dikacau oleh anak2 sebab nanti bertambah brselerak-lah dapur dibuatnya. Tapi mlm tadi siiman & ain sibuk nak menolong gak, bisinglah mulut mama dia pot-pet2 tak berhenti!
Biasalah bila buat dgn anak2 maka macam2 rupalah jadinya biskut dibuat mereka ada yg trkurang & ada trlebih ditabur coklat rice tu! Yg si ain pulak lepas keluar oven, satu2 masuk mulut tak stop2.. cam ne nak buat raya??? Silap2 utk makan2 jelah jawabnya kot..!

Tahun2 lepas pernah gak buat sarang semut ni, tapi kali ini ikut resepi kak Hanieliza pulak.
Tak berapa nmpk sgt bntuk cam mee halus2 tu, (naik melecet gak jari menyagat sarang semut ni) lagi pun acuan sagat tu lubangnya halus sangat..tersilap beli! cam lambat sangat..
BISKUT SARANG SEMUT
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla hiasan
Sedikit coklat rice sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.