Showing posts with label TART. Show all posts
Showing posts with label TART. Show all posts

19 March 2012

PULUT KUNING UTK B'DAY & CHEESE TART UTK HANTARAN TUNANG

 
Tempahan Blueberry Cheese Tart utk hantaran pertunangan Cikgu Noly dari Taman Rinting.
Order di buat oleh adik akak (selaku mak sedara sebelah suaminya.)
Majlis pertunangannya diadakan Isnin malam (minggu lepas)

 
Semoga pertunangan Noly kekal hingga ke hari bahagia hendaknya..!!!

 Tak lama lepas hantar tempahan ni.. terima call, nak order lagi cistat utk kakak Noly pulak utk di bawa pulang ke Penang . Kelang-kelibut juga menyiapkannya... Alhamdulillah.. sempat juga akhirnya...

 **************************************************************


1 set PULUT KUNING & RENDANG AYAM untuk HARIJADI..!!!

 Tempahan dari Rohaya yang memang dah selalu order dgn akak, tapi kali ni nak pulut kuning ada hias-hias sikit katanya sebab nak hadiahkan kpd seseorang yang menyambut ulangtahunnya pada Khamis lepas.

Nak hias bagai-bagai tak berapa terror jadi apa yang terlintas ajelah ya..!
 Order terakhir dari Rohaya tahun lepas rasanya, tapi bila jumpa kali ini macam tak kenal pulak sebab dah jauh berubah tambah cantik nampaknya..! heee..

Terima kasih Rohaya..!


16 November 2011

600pcs Blueberry Cheese Tart


Bersambung dari tempahan 11.11.11 yang lepas yang terhenti seketika tempohari di sebabkan
tuan rumah nak berehat sementara maka ini dia tempahan 11.11.11 & 12.11.11 tempohari
yg di tempah oleh Ms. Joanne untuk hari Sabtu & Ahad yg lepas iaitu sebanyak 600pcs blueberry cheese tart.


600 pcs Blueberry Cheese Tart untuk jamuan tertentu.



04 November 2011

TEMPAHAN SEMALAM - 03hb Nov. 2011

100 pcs coklat tart

Lama tak menjengah rumah yang satu ni ya..! Kadang-kala masa tak mengiizinkan utk singgah lama2.. ini pun dapat update sekejap dan mengejar masa utk menyiapkan tempahan seterusnya utk hari ini.

Tempahan pelbagai jenis tart ni ditempah dari adik Mimi dari UTM Skudai, rupa2 nya student UTM, akak ingatkan bekerja di UTM.
Semalam petang pergilah menghantar ke sana, rupanya Mimi nak bawa balik ke kampungnya di Alor Star, Kedah sempena Raya Haji beberapa hari lagi ni.
Apa pun terima kasih kepada adik Mimi dan rakannya dan moga selamat sampai ke kampung halaman ya..!


Mimi juga menempah 50pcs fruits tart

150pcs blueberry cheese tart & 100pcs coklat tart

Nampaknya banyak sungguhlah Mimi nak berangkut bawak balik ke kampung nanti ya..
Thanks Mimi...!!!


27 March 2011

TEMPAHAN UTK SEMALAM & HARI INI...

Assalamualaikum semua..!

Haii..! kejap2 timbul.. kejap2 tenggelam ya..
Apa nak buat beginilah jawapnya, time sibuk tu tenggelamlah kejap apa pun tetap bershukur kerana masih diberi kesempatan utk bersama di alam siber ni ya..
Kepada yg pertanyaannya tak sempat dibalas melalui email mohon maaf ajelah ya.. adakalanya nak buka email pun tak menyempat. Jadi utk memudahkan kpd sesiapa yg nak bertanya tentang tempahan dan sebagainya harap melalui sms aje menggunakan H/P Nombor yg tertera di sebelah kiri tu ya..

Ini himpunan blossom polkadot lagi dgn warna-warni ceria utk tempahan pagi semalam.
T/kasih kpd yg menempah.

Ini pula 50 biji apam beras tempahan yg dibuat utk pagi ini, masih panas & berwap-wap lagi..! T/kasih juga..

Tupware2 b/berry cistat ini ditempah oleh Azie (repeat order) sebanyak 100pcs dan
50pcs utk Intan
Kedua-duanya ini utk tempahan semalam.
Tkasih Azie dan kpd sesiapa yg sudi membuat tempahan yg tak putus2 dari serojakitchen. Alhamdulillah...!


4 tingkat himpunan b/berry cistat yg ditempah semlam..













14 February 2011

EGG TART

Assalamualaikum..
Agak lama juga tak dpt mengadap blog, kalau dpt pun cuma sekejap2 aje..
Apa pun alhamdulillah.. shukur kpd allah, sebab masih diberi kesihatan dan dpt berceloteh di sini w/pun hanya utk sebentar cuma..

Oklah tak dpt nak citer panjang2.., kita terus kpd cerita sebenarnya iaitu hari ini w/pun dah ptg2 sempat jugak pang-pung2 kat dapor menyiapkan egg tart tempahan dari seseorang. Katanya utk anak lelakinya yg memang menyukai egg tat ni..! Thanks Maryln..

Mungkin ramai yg menggemari egg trat ni kan..?

Tapi bagi akak egg tart atau cistat atau yg ada bunyi hujungnya tat2 tu.. memang kureng sikit heee.. dan rasanya memang tak berapa gemar sangat dari dulu2 lagi. Cuma suka buat aje.. nak makan memang kurengggggg..! Ni buat pun memang tak menjamah langsung..
Entahlah ya.. tekak ni susah benar nak merasa apa lagi nak makan, cium baunya aja dah cukup heee...

Egg Tart ni bersaiz 5cm bermakna lebih besar drp saiz cistat yg biasa2 tu..
sebabnya bila dituang kastadnya x mudah menyerap atau pun meleleh ke luar kerana pastrynya lebih tebal sikit berbanding yg saiz kecil tu..

Resepinya kemudian ya...



25 January 2011

B'BERRY & S'BERRY CISTAT

Order utk Ahad lepas juga dari RHB Bank & Developers Tmn. Austin, J.B.
300 B'berry & S'berry cistat yg berjumlah 600 kesemuanya.
T/kasih buat Pn. Ziela diatas kepercayaan yg diberi, Order demi order yg sudah beberapa kali dlm jumlah yg agak bnyk. Diharap berpuas-hati hendaknya.
Dah lama berurusan dgn pn. ziela baru pertama kali ni dpt bersua-muka, selalunya hanya mr hb aje yg jumpa sb beliau diminta tolong menghantarkan order2 tersebut.
Gembira dpt berjumpa pn ziela w/pun hanya sebentar cuma....

Ini dia...,
deretan loyang2 cistat yg menyebabkan tuan rumah busy seketika dihujung2 minggu.


22 January 2011

ORDER YG BNYK dgn BADAN YG TAK BERAPA SIHAT..!

Banana cupcake yg baru keluar dari oven & masih belum dipacking.
Assalamualaikum..!
Nak bercelotah pun macam nak tak nak aje..! Mentang2 ler sakit.. tapi heran jugak kan, sakit2 tapi boleh buat order yg bertimbun-timbun tu..? macam mana tu ek..? dan rasa2 nya juga dah 2-3 hari tak online..
Sebenarnya order ni telah diterima awal 3 hari, time tu ok aje.. tapi entah macam mana semakin hampir hari yg dijanjikan tup2.. kesihatan pulak tak berapa mengizinkan..! Tiba2 aje diserang bisa kepala yg teramat sangat sehinggakan dpt mc sehari, chek kat doktor darah naik terlalu tinggi..! Mak haiii.. tak pernah2 kena mcm ni tetiba aje.., apa kena ya..?
Doktor kata mungkin tekanan, atau pun kepenatan itu yg boleh mnyebabkan darah pun naik. Jgn kena darah tinggi dahlah ya..? Doktor pulak kata, kena chek dlm 2-3 kali lagi kalau tekanan darah masih tinggi macam tu, alamatnya memang kena darah tinggilah jawapnya.
Mintak2 dijauhkanlah hendaknya.., risau juga dibuatnya.
Tapi sentiasa berdoa agar diberi kesihatan & harap2 dapatlah hendaknya menyiapkan tempahan orang yg telah diterima utk hari sabtu & ahad ini. Nak cancel serba-salah juga sebab majlis tersebut dah hampir sangat, jadi nak tak nak tawakal aje.. dan buat juga.
Pulak tu, tempahannya bukan sikit.., tengok ajelah yg berderet kat bawah tu..!
Apa pun shukur & alhamdulillah sangat sebab walaupun badan tak berapa sihat tapi masih dpt juga menyiapkan semua tempahan2 tersebut. Tinggal utk esok pulak dgn tempahan & jumlah yg sama juga.

cupcake pisang yg telah siap dipacking oleh mr hb

Inilah semuanya cupcake pisang tersebut berjumlah 300biji utk hari sabtu dan 300 biji juga utk esok hari ahad.

Jumlah cupcake pisang sebanyak 600 biji utk RHB Bank & Developer.
Tempahan personal juga sebnyk 50 biji cupcake pisang utk kawan beliau (pn ziela).
T/kasih...

Ini pulak, 150 b/berry & 150 s/berry cistat = 300
Jumlah semuanya 600 (b/berry cistat + s/berry cistat) utk tempahan yg sama.

b/berry cistat jumlah semuanya sebnyk 300

s/berry cistat yg kesemuanya juga berjumlah 300

W/bagaimana pun t/kasih tidak terhingga buat pn. ziela (RHB Bank) yg telah beberapa kali membuat tempahan sebnyk ini. Semoga berpuashati ya..!

29 December 2010

KEK PISANG BADAM & CISTAT utk FAMILY DAY

Buat kek & b/b cistat ni Jumaat malam utk dikirimkan kpd kwn2 reunion yg mengadakan family day di Sunrising Resort, Telok Ramunia, Kota Tinggi, Johor pada hari Sabtu lepas(25/12/2010)
Disebabkan tak dpt join sama masa family day ni, kerana ada perkara2 yg terpaksa disettlekan dan kebetulan juga ada majlis perkahwinan sedara yg kebetulan jatuh pada hari yg sama.
Tentunya seronok kwn2 bersama family masing2 bercuti di sana..
Buat semua ni pun last2 minit gitu jadi nengok ajelah rupanya mcm tak senonoh aje gayanya..
Apa pun t/kasih kpd Lina yg sudi membawa juadah yg tak seberapa ni utk kwn2 semua.

Blueberry cistat yg sentiasa mempunyai peminatnya yg tersendiri...


20 December 2010

100 B/BERRY CISTAT - Utk Liza Lagi..

100 b/b cistat utk Liza lagi..., lama dah liza ni call nak-kan cistat pada 20hb hari ini.
petang nanti kita jumpa ya Liza..
T/kasih atas kesudian Liza yg tak jemu2 menempah cistat dgn akak.
Petang nanti baru deliver cistat ni kat Liza lepas balik kerja, spt mana yg dijanjikan.


18 December 2010

500pcs BLUEBERRY CISTAT - Transfer Order

Pagi ni mr hb tolong menghantar tempahan b/berry cistat sebnyk 500pcs di RHB Bank Austin Perdana. (kalau x silaplah..)
Sebenarnya ini adalah transfer order dari Leen (loyangkuih) yg memang pakar bab kueh-mueh terutamanya bab kek2 b'day & weeding kek. Leen tak dpt buat sebab ada hal yg tak dapat dielakkan jadi minta tolong akak terima order ni.., kebetulan akak baru aje habis menyiapkan order2 yang lain, jadi adalah free sikit maka akak pun setujulah utk terima order ni. W/bagaimana pun pada mulanya bercongak-congak juga memikirkannya sebab last minit order dan bnyk pulak tu.. 500 biji cistat, kira jenuh jugak nak menggentel kulit tat tu nanti.
Tapi alhamdulillah-lah.. akak cuba juga dan akhirnya dpt juga menyiapkannya pada masa yg ditetapkan. Apa pun t/kasih bnyk2 buat Leen yg percaya kat akak utk tempahan ni... juga t/kasih juga kpd Pn Ziela yg menempah cistat ini, moga pn ziela berpuashati hendaknya..!
5 kotak b/b cistat berjumlah 300 biji dan 4 bekas lagi berjumlah 200 biji yg mana kesemuanya berjumlah 500 biji.
Kesemuanya telah selamat dihantar pagi ini, TQ juga diucapkan kpd mr hb yg tolong menghantarkannya..!