Showing posts with label PULUT KUNING PENGANTIN/HANTARAN. Show all posts
Showing posts with label PULUT KUNING PENGANTIN/HANTARAN. Show all posts

06 July 2013

MASIH DENGAN TEMPAHAN BULAN JUN 2013

Pulut Kuning Pengantin tempahan dari  Pn Aniza (officemate lama) khas utk 
Majlis Perkahwinan adiknya di Dewan Bandar Baru Uda, J.B. - 08/06/2013

*
*
Tempahan utk Majlis Perkahwinan di Dewan Tmn. Rinting
9 kotak pelbagai jenis talam (Talam Sarawak/Talam Suji & Kole Kacang)
(Maaflah lupa nama tuannya)


 2 sets pulut kuning + Rendang Ayam
untuk Pn. Marini & Pn. Rohaya
 


 100pcs Apam Beras, Bingka Pandan, 150 Karipap
tempahan dari Pn. Su (Telekom Sentosa)
 

Tempahan dari Cikgu Shaiful khas untuk anak muridnya di SMK Seri Alam 2

09 December 2012

100 BEKAS PULUT KUNING

Assalamualaikum.. buat rakan-rakan yang sudi berkunjung ke serojakitchen..
Terima kasih di atas kunjungan anda semua..!

Kali ini bercerita tentang tempahan pulut kuning lagi cuma kali ini untuk 100 bekas pulut kuning + rendang ayam dan ditambah pula dengan sebiji telur rebus seperti mana yang di minta oleh customer.
Tempahan kali ini dari Cikgu Yam yang diambil semalam pada tengahari Sabtu - 08/12/2012
Terima kasih... dan mohon maaf  andai ada yang terkurang...

Jenuh juga ya... nak mengupas telur sebanyak 100 biji..




03 December 2012

PULUT PENGANTIN & KARI DAGING

Semalam 02/12/12(Ahad) ada 3 customer yang membuat tempahan dan salah satunya ialah tempahan Pulut Pengantin ini, dari Zulaikha. Minggu lepas semasa buat tempahan tak di beritahu pulak untuk siapa.. dan bila tiba masa untuk menghantar pulut ni di Dewan Masai, kelihatan ramai orang tengah sibuk di dlm dewan tersebut, juga tersergam indah pelamin yg berhias indah memang cantik, tanpa berlengah terus tanyalah orang2 yang ada kat dewan tu.. nak jumpa Zulaikha, dia orang cakap Zulaikha sekarang kat Masjid tengah akad nikah..!
Al-kisahnya rupanya dia (Zulaikha) sendiri yang jadi pengantinnya..! jadi tak dapatlah jumpa time tu.. cuma letakkan aje pulut tu.. atas meja makan berdamai dan terus berlalu sebab nak cepat kerana nak jumpa customer yang dua orang lagi...

Apa pun terima kasih Zulaikha dan SELAMAT PENGANTIN BARU..!









Sebenarnya Zulaikha nak Pulut Berhias dengan Kari Daging sebagai lauknya.. jadi buatkan kari daging yang pekat-pekat sikit.



14 October 2012

PULUT KUNING PENGANTIN - 2 TINGKAT



Assalamualaikum..!
Alhamdulillah.. bersua kembali dengan tempahan minggu ini iaitu PULUT KUNING PENGANTIN pada 13/10/2012 di Tmn. Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Cerita sebenarnya tempahan pulut kuning pengantin ni utk  Azita  tapi di sebabkan pada tarikh tersebut Azita ada hal dan tak dapat nak buat tempahan ni jadi Azita paskan kat akak. Mulanya memang berasa bimbang juga nak terima tempahan ini sebab memang tak ada pengalaman langsung bab deco2 ni terutama pulut kuning pengantin sebegini. Memang terus nak tolak aje.. tapi Azita merayu juga suruh cuba buat dan beri semangat. Insyallah.. boleh katanya..!

Hati ni.. mmang tersangatlah berat nak menerimanya, keesokkannya puas fikir dan cuba cari rujukan2 pulut kuning pengantin dan lama berfikir juga barulah call Azita katakan bolehlah cuba..!!! (Walaupun dalam hati ni tetap rasa takut, bimbang dan macam2 lagilah perasaan sebab ni utk majlis kahwin jadi takut juga kalau tak menjadi atau tak dapat buat dengan sebaik yang diharapkan)

Sangat2 berterima kasih kepada Azita sebab dengan galakan, dorongan serta kata2 semangat dari dialah maka di beranikan juga untuk mencuba untuk pertama kalinya.
Jadi inilah hasilnya....

Pandangan tingkat bawah

Nampak tak..? ada seekor anak burung mata buta..? sebab apa matanya buta da cuba2 tengok lagi photo yg lebih jelas kat bawah ni ha..


Betul kan..? memang tak bermata anak burung ni.., kesiannya..! Zalim sungguh pembuatnya ya..? heee..
Sebenarnya memang tahu dan perasan pun anak burung ni tak bermata tapi di biarkan jer.. sebab dah kesuntukan masa nak cari cengkih  masa pergi kedai tu.. boleh terlupalah pulak. Jadi masa nak hantar pulut ni.. biar jelah tapi bentuk anak burung tetap ada oklah tu kot..? hee..
Buat anak burung ni pun cuma 3 ekor jer.., 2 ekor kat tingkat atas dan seekor kat tingkat bawah tapi ketiga-tiganya mata buta.. kira cacatlah tu ya..! kesiannnn...

Buat juga accessories sampingan untuk pulut ini dengan 4 cup yang di isikan juga dengan pulut dan di taburkan serunding daging atasnya dan diletakkan telur puyuh dan tomato cerri.


Pulut kuning ni di lapiskan dengan serunding daging (termasuk yg dalam cup tu..) 

Masa nak hantar pulut ni kat rumah pengantin tersebut berdetup-detap juga jantung ni.. sebab risau juga takut tak cantik  dan berkata juga dalam hati, takut tuan rumah tak suka ke dan macam2 lagilah yang bermain di fikiran. 
Pagi2 lagi dah hantar pulut ni.., sebelum ramai tetamu dan jemputan yang datang sebab takut tak boleh nak final touch-up kalau ramai orang tengok.., kang menggeletarlah pulak kot..!

Bila dah lepas hantar lega sungguh rasanya sebab dah selesai masalah.. sebab dah selamat  juga akhirnya menyiapkan tempahan ini.
Alhamdulillah.. shukur kepada mu Ya.. ALLAH..!!! 
Tanpa keizinannya mungkin akak tak dapat buat semua ni..!



Ketika proses mendeco pulut kuning.. masa ni tak sedar dah nak hampir ke subuh...

Jam 1.30 pagi tersedar pulut kuning belum dibuat tanpa berlengah lagi teruskan projek di dapur maka selagi tak siap rasanya tak boleh nak lelapkan mata..