Showing posts with label PASTA/LAKSA. Show all posts
Showing posts with label PASTA/LAKSA. Show all posts

26 August 2010

SPAGETI LADNA - RAMADHAN 15

Semalam jenjln & tinjau2 rumah kwn2 cyber, last2 trnmpk kat umah ayu-s'pore
'MEE LADNA', macam teringin pulak buat utk berbuka tapi nengok kat umah ada pulak stok spageti so buat ajelah maka jadilah 'SPAGETI LADNA'.
Kalau balik dah lewat, sesampai umah dh pukul 6.30 ptg jadi menu yg ringkas & senang ajelah buat utk berbuka. Klentang-klentung.., pang-pung2 kat dapur maka siap ler.. SPAGETI LADNA utk berbuka semalam.
(Yg benarnya balik keje x ler lewat, tapi yg buat lewatnya menyinggah sana-sini.. beli brg.)
Sedap juga resepi Ladna ni rupanya sehinggakan mr hb & anak2 berselera sungguh..! Lagi pun senang & simple aje prosesnya.., campak2.. baling2 aje..! kejap dah siap..!
***********************************
(Copy dari Ayu-S'pore)
MEE LADNA
  • Bahan2
  • 150g mee kuning (akak guna spageti)
  • 1 tbsp minyak sayur
  • 1 tbsp kicap pekat
  • isi sotong & udang
  • 1 tbsp tepung jagung
  • sayur-sayuran seperti bunga kobis, baby corn, carrot, dll-
  • 2 ulas bawang putih - dicincang kasar
  • 1 cup stok ayam (ltk kiub ayam knnor)
  • 1 tbsp sos ikan (x ltk)
  • 1 tbsp sos tiram-(oyster mushroom) gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper-(sugar, msg & a bit of white pepper powder)
Cara2nya:-
Gaul isi sotong & udang sedikit tepung jagung dan maggi seasoning (x letak). Perap selama 10 minit. Di dalam mangkuk, gaulkan mee/kuey teow dengan minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam non stick pan sehingga warna kekuningan.Angkat dan sejukkan. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga berwarna kekuningan. Masukkan isi udang & sotong yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.Masukkan sayur sayuran, sos ikan, sos tiram, gula(x ltk) & serbuk perasa. Kacau sehingga rata. Masukkan pula tepung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas mee. Taburkan sedikit white pepper.

24 August 2010

PUDING ROTI MARBLE & LAKSA JOHOR

Ada masa cam teringin nak makan puding2 jadi mngodeh jugaklah puding roti ni..
Resepinya dari Dek Hana kita nun jauh di sana.
TQ.. Hana, dah bnyk kali pun buat puding roti ni..
Menu Berbuka ke 11 Laksa Johor request dar Mr. Hb, yg mmg favorite dia. Tapi laksa ni x lengkap accessories dia sbb kat umah ni mmg x suke taugeh, bawang & daun2 semua. Kira togel cam tu ajelah, yg suke cuma timun aje..!

24 March 2010

MAKARONI GORENG BASAH - For Breakfast

Layan jelah.., menu brkfast yg dah licin dah pun..! Makaroni goreng simple aje.., apa yg ada dlm esbok jer..!
Budak2 & bapak budak kat umah ni, kalau mee2/makaroni mesti nak yg basah2 atau pun agak berkuah sikit. macam2 pesen..!

16 March 2010

LAKSA PENANG - II

Laksa Penang yg tak cukup geng..!
Nak buat Laksa penang tapi dah siap2 rupanya trlupa gengnya spt daun salad, nmpk cam satu kekurangan..! Telur rebus pula mmg x reti pulak makan dgn Laksa Penang ni.., itu yg x pernah letak. (Jakun sikit kot..!)

Menu Laksa yg dah bebrapa hari dan dah licin pun.., tn umah trlupa nak update kat sini.
Jenis2 laksa cam ni mmg menjadi kegilaan mr hb..! Pasti brselera dan licin dibuatnnya.., w/pun x cukup geng sekali pun, no prblm bagi dia..!

23 December 2009

LAKSA JOHOR - III

Hari2 nak kena masak, adakalnya fening2... apanya yg nak dimasak? Dah beberapa hari amalina ada sebut nak makan Laksa Johor, kalau laksa johor mmg favorite semua trutama mr hb paling2 suker sesangat. Tak caya nengok ler nanti dia makan baper pinggan bertambah-tambah..! Utk memudahkan koje, jadi buatlah laksa johor hari ini utk brkfast dan merangkap lunch sekali.., senang 2 in 1. Settle kerja..!

Tapi sesape nengok laksa ni jgn heran pulak sbb bnyk accessories laksa yg tak ada, sbbnya kat umah ni mmg tak suka yg lain2 tu.. spt taugeh & bawang terutamanya. Kira yg suka cuma apa yg ada ni ajelah!

Cara & resepinya pernah ditepek kat sini sebelum ini.
Rasanya tak kuasa nak bebel pnjg-lebar.., Jom kita makan Laksa Johor...!!!

30 October 2009

LAKSA-LAKSAM

Teringin nak buat laksam ni dah lama dah pun tapi tak terbuat-buat lagi. Nasib baiklah time raya ari tu, dpt gak makan laksam kat umah Nkpp(yatie) kira 1st time makan..! okey sedap..
Nak try buat laksam sbb cik abg tu mmg suka benda2 cam ni.. specis mee/laksa/laksam mmg favorite dia. Tapi nak ngukus satu2 laksam tu yg x confident tu! Lagi satu, x sempat pun ya..
Pas tu, nmpk kat umah Nor67 (Nor lagi..? tiru kejap ye nor..) dia guna laksa je.. tu yg cubalah buat kebetulan stok laksa mmg sentiasa ada kat umah. Ikan pun dah ready je menunggu.. apalagi menjadi jugalah.. tapi nama tu trpaksa kena tukar jadi LAKSA-LAKSAM! (dah jadi rojak dah.. ada kena marah dgn sesape ni..! Ampun...) sbb guna mee laksa tapi pakai kuah laksam! betul ke tu..???
Laksa-laksam ni utk brkfast pagi tadi.. wah! bukan main sonok & selera lagi cik abg makan. Favorite dialah katakan....! Tapi kite x ltk bnyk ulam-ulaman sbb kat umah ni ramai yg x baper suka trmasuklah si tukang masaknya. Cuma ltk timun, daun kesum dan carrot je..! Lupa lak, sambal belacan pun trlupa nak posing sama... dah siap tumbuk dah last2 alamak! trlupa pulak, x pelah ya! Belacan yg seketul tu pun x letak, sbb x retilah nak makan cam tu.. (jakun sikit kot!) Kira yg tu jelah..ikut tekak sendiri2 je..!

Alamak tumpang copy lagi nor.. sorry ya nor, tumpang lalu jap nak mngopy ni!

LAKSA KUAH PUTIH (copy drp Nor67)
1kg laksa ~ atau boleh diganti dgn laksam
3/4 cawan santan fresh
800 - 900ml air
3 ekor ikan ~ boleh guna ikan selayang/ikan lolong (kite ltk 1kg ikan kembung)
1sudu besar lada hitam ~ boleh tambah jika nak lebih pedas
2 - 3 bj bawang merah
secubit belacan
garam
2 sudu besar jus limau nipis (x letak)
ulam2an ~
(terpulang pd stok/citarasa masing2timun batang~dipotong cam batang mancis/diricih)
daun ulam raja ~ dihiris halus
daun kesum ~ dihiris halus
pucuk ketereh@jambu golok@gajus
daun serai kayu~ dihiris halus
kacang panjang ~ dipotong
kobis ~ dihiris halusdaun kemangi/selasih ~ dicarik2kan
bunga kantan ~ hiris halus
bahan sampingan belacan
cili mesin/tumbuk

09 October 2009

MAKARONI GORENG

Makaroni goreng adalah menu berbuka semalam, kira HARI RAYA LAGI..!!! semalam juga dah tamat kita berpuasa 6..yeeh! alhamdulillah! habis juga setelah tertangguh last week dek kerana bulan yg mngambang. Jadi utk menu yg senang, cepat dan simple sesimple nya goreng jelah makaroni utk hidangan brbuka sendiri, sendiri masak sendiri juga makan sorang2..!

09 September 2009

LAKSA JOHOR-II

Laksa Johor lagi... Menu Iftar semalam. Plan yg dah tersasar dari landasan. Mulanya plan nak buat Laksa Asam/Penang, time kat office, dekat2 nak balik tu.. call anak kat rumah suruh check ada tak stok paket laksa, dia kata ada jadi balik keje je.. singgah kedai hanya beli salad & nenas je! Senang sikit koje sebab laksa asam ni ringkas je main rebus sakan.. tapi bila ready nak dok masak kat dapor tup2 nengok bukannya laksa beras tapi jenis spaggeti punya. HB kalau yg spaggeti ni, dia lebih suka buat Laksa Johor. (Dah tahu dah, hb memang favorite dia laksa johor) cuma laksa johor ni leceh sikitlah bnyk sikit bahan2nya. Nasib baiklah isi ikan dah siap direbus dan diblender sebelah mlmnya. Kalau tak kecoh gak..kelang-kabut lagilah jawabnya.
Maka penyudahnya tukar plan buat pulak laksa johor je.. daun salad & nenas yg telah dibeli potong jelah.. letak juga kira laksa johor rojaklah jawabnya. Cam ne pun, ok juga.. biasanya daun kesum/daun selasih tukar jadi daun salad & tambah nenas je! yg lain still maintain.. (nengok tu, kaler sambal belacan dah nak sama kaler kuah laksa! trsilap cedok alamat melepuhlah lidah kepedasan..) Bagi peminat laksa johor pula, jgn pelik ya, sebab ulam-ulaman tu without taugeh & bawang potong, benda2 tu sefamily x suka & x makan.. tu yg x trmasuk dlm list!
Nengok cik abg makan mak ooi.. kus semangat! memang favorite dia laksa johor ni..! Anak2 pun boleh tahan gak, brselera memanjang.. maklum posa2lah katakan!
Minuman penyegar tekak cuma Teh 'O' pandan. Aromanya yg harum mewangi, penyegar tekak yg dah kekeringan. cewah!

Resepi laksa johor ni sesiapa yg nak mencuba boleh refer kat label Laksa sebab pernah juga buat sebelum ini.

29 August 2009

LAKSA SARAWAK

Ha..ini pulak menu brbuka semalam punyer! spt biasa utk ringkas dan mudah buat je Laksa Sarawak ni. Tapi ada rupa Laksa Sarawak ke ni? Kena tanya dayangjack ni, kang x de rupa ada kena sekel dgn dayang! Sebenarnya akak buat ikut tekak sendiri tau, resepi asalnya guna taugeh tapi akak pergi mandai2 tukar timun.. (mintak ampun dayang!) bukannya apa..kes x nyempat nak beli taugeh & cabut ekornya, nanti x brbuka lak anak2... Lagi satu, resepi asalnya guna pesnya tapi akak gi bantai pes tomyam tau.. tapi still sedap..!! cewah..
Itu yg anak2 & hb brtambah-tambah lagi. Rebus 2 jenis mee, satu mee siam & satu lagi mee laksa tapi dua2 licin. Hb kata sedap mee siam sebab tulah Laksa Sarawak ni guna mee siam!


Resepi asal guna telur dadar yg dimayang halus & bulat tapi akak trlebih rajin tambah lak dgn telur rebus lagi.. kira ada choicelah! sape x suka telur rebus leh makan telur dadar..
Resepinya dari pakar masak kita iaitu Pn. Dayang, thanks ya..akak copy tau!

BAHAN
150 gm pes laksa Sarawak
1 peket bihun (dicuci dan dicelur)
200 gm udang basah
200 gm santan
2 keping tauhu (digoreng dan dihiris)
100 gm tauge (dicelur) -x letak ganti timun je!
3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus) - x de..guna daging
1½ liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai (diketuk)
sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)
1 helai daun limau purut
4 biji limau kasturi (dibelah dua)
garam dan gula secukup rasa
2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)

utk sambal :
5 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar udang kering, 1/2 inci belacan, 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit garam,gula dan asam jawa.

Cara-cara
Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.
Sedap dimakan ketika panas. ***kalau x cukup pedas, tambah le sambal atau hirisan cili api.

11 August 2009

LAKSA JOHOR

Menu brbuka semalam, plan asalnya nak buat laksa penang, on the way balik keje citer kat hb nak buat laksa penang je.. tiba2 dia kata buatlah laksa johor. Lah pulak.. kononnya nak mudah sikit tapi x pe-lah , on the way balik tu, singgah kedai cuma beli serai/langkuas & limau kasturi je, sebab bahan lain semua dah ada. Kenalah tukar plan dari Penang x jadi pergi ke Johor pulak. Sebenarnya nama laksa2 ni memang favorite hb x kiralah laksa apa pun.. tapi yg paling dia suka Laksa Johorlah.. mungkin sebab lemak2 gitu kot.. sebab ada santan. (memang bnyklah lemak..!) Sesiapa yg biasa makan Laksa Johor jgn heranlah ya.. sebab bahan hiasan laksa ni benarnya x complet sebab kat umah ni memang x suka bawang potong & taugeh mentah. Sebab tulah x letak pun so macam janggal je kan!

Yg bestnya sambal belacan-lah.. x de x sedap rasanya dan macam x sempurna rasanya.

Bahan2 :
1 pkt laksa/1 kotk spageti (direbus hingga lembut & titiskan sikit minyak)
1kg ikan kembong/tenggiri /parang
(ikan direbus kejap & diambil isinya & diblender, air rebusan diambil juga)
(kalau nak lagi sedap blh tambah sedikit isi udang juga direbus & diblender)
1 biji kelapa (ambil santannya)
4-5 kpg asam gelugor/asam keping
sedikit garam & minyak (utk. tumis)

3sb kerisik & 2sb rempah kari ikan

Bahan Diblender(*)
10-15 tgkai lada kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 btg serai
1" lengkuas, 1" halia & 1/2" kunyit

Bahan Hiasan
2 biji timun
(timun dimayang halus, senang guna alat sagat)
4 tgkai daun kesum (dimayang halus)
4 tgkai daun selasih (dimayang halus)
5 biji limau kasturi (dibelah dua)
sedikit taugeh
1 biji bawang besar (dimayang halus)

Sambal Belacan
5-6 biji cili merah + 3-4 biji cili padi
(kalau suka pedas blh tambah)
2-3" belacan
(belacan dibakar/goreng dulu dgn sedikit minyak)
*semua bahan diatas dblender/tumbuk

Caranya
Tumis bahan2 yg diblender(*) dgn sedikit minyak, masukkan rempah kari (dibancuh dgn sedikit air dulu) dan biar garing. masukan kerisik, isi ikan bersama airnya dan juga santan. masukan pula asam gelugor & garam. Biar hingga mendidih dan sambil dikacau. Bila dah rasa garamnya tutup api dan siap.

Hidangan
Laksa dihidang dgn hirisan timun, sedikit hirisan daun kesum & daun selasih, taugeh, & hirisan bawang. Masukkan kuah laksa dan diperah limau kasturi dan digaul rata dgn sedikit sambal belacan. Siap boleh makan..!
(ada juga yg suka letak lobak asin yg hancur)

04 May 2009

LAKSA PENANG

Menu lunch sabtu hari tu... rasa malasnya nak masak nasi so buatlah laksa penang ni atau laksa asam. Tapi tak tahulah betul ke tidak resepinya, maklum bila dah tiba ke JB resepinya dah jadi ala2 jb-lah jawabnya kot. Ni-lah yang selalu buat mungkin laksa penang betul2 lain agaknya, Itu kena tanya si Mimi kita yg lebih maklum... orang penang!
Biasanya ada orang letak bunga kantan bagi aromanya naik... tapi kat sini tak letak pun sebab family semua tak gemar aroma bunga kantan, pelik sikit!

Bawang potong pun tak letak, sama gak... semua tak suka bawang potong2 tu.. termasuklah org. yg brcakap sendiri!
Bahan-bahannya
(A)
1 paket laksa
(B)
2 biji timun
1 biji nenas
1 tangkai daun salad
(semua bahan 'B' dihiris kecil2)
(C)
1 kg ikan kembong
20 ekor udang basah (diblender sama isi ikan)
(bersihkan, direbus, ambil isinya & diblender)
6-7 tangkai lada kering
2 biji bawang besar
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (kalau suka)
asam keping/air asam
sedikit garam
CARA
Laksa (di rebus hingga kembang dan lembut & ditos-kan)
Lada kering dan bawang diblender, kemudian dimasukan ke dalam ikan/udang yg telah diblender tadi lalu dimasak atas api.
masukkan asam keping/air asam jawa secukupnya, setelah mendidih masukkan pula daun kesum/bunga kantan. Letak serbuk perasa dan garam secukupnya.
Hidangan
nenas/daun salad/timun (dipotong kecil2)