Assalamualaikum..!
Nak bercelotah pun macam nak tak nak aje..! Mentang2 ler sakit.. tapi heran jugak kan, sakit2 tapi boleh buat order yg bertimbun-timbun tu..? macam mana tu ek..? dan rasa2 nya juga dah 2-3 hari tak online..
Sebenarnya order ni telah diterima awal 3 hari, time tu ok aje.. tapi entah macam mana semakin hampir hari yg dijanjikan tup2.. kesihatan pulak tak berapa mengizinkan..! Tiba2 aje diserang bisa kepala yg teramat sangat sehinggakan dpt mc sehari, chek kat doktor darah naik terlalu tinggi..! Mak haiii.. tak pernah2 kena mcm ni tetiba aje.., apa kena ya..?
Doktor kata mungkin tekanan, atau pun kepenatan itu yg boleh mnyebabkan darah pun naik. Jgn kena darah tinggi dahlah ya..? Doktor pulak kata, kena chek dlm 2-3 kali lagi kalau tekanan darah masih tinggi macam tu, alamatnya memang kena darah tinggilah jawapnya.
Mintak2 dijauhkanlah hendaknya.., risau juga dibuatnya.
Tapi sentiasa berdoa agar diberi kesihatan & harap2 dapatlah hendaknya menyiapkan tempahan orang yg telah diterima utk hari sabtu & ahad ini. Nak cancel serba-salah juga sebab majlis tersebut dah hampir sangat, jadi nak tak nak tawakal aje.. dan buat juga.
Pulak tu, tempahannya bukan sikit.., tengok ajelah yg berderet kat bawah tu..!
Apa pun shukur & alhamdulillah sangat sebab walaupun badan tak berapa sihat tapi masih dpt juga menyiapkan semua tempahan2 tersebut. Tinggal utk esok pulak dgn tempahan & jumlah yg sama juga.
cupcake pisang yg telah siap dipacking oleh mr hb
Inilah semuanya cupcake pisang tersebut berjumlah 300biji utk hari sabtu dan 300 biji juga utk esok hari ahad.
Jumlah cupcake pisang sebanyak 600 biji utk RHB Bank & Developer.
Tempahan personal juga sebnyk 50 biji cupcake pisang utk kawan beliau (pn ziela).
T/kasih...
Ini pulak, 150 b/berry & 150 s/berry cistat = 300
Jumlah semuanya 600 (b/berry cistat + s/berry cistat) utk tempahan yg sama.
W/bagaimana pun t/kasih tidak terhingga buat pn. ziela (RHB Bank) yg telah beberapa kali membuat tempahan sebnyk ini. Semoga berpuashati ya..!





Cup Cake pisang lagi...dan lagi..., selagi ada pisang maka selagi itulah adanya cake atau cupcake! apalah merepek pulak ya.., sabtu lepas buat cc ni utk bawak balik muar sempena ada majlis kenduri kat rumah bapak mertuaku...! Rasanya inilah cc yg senang dan simple dan cepat nak buat! Lebih-lebih lagi time nak kejar masa dgn berbagai urusan maka inilah cc yg senang sgt.. cewah!
Resepinya pernah disiarkan sebelum ini, boleh rujuk dkt label cake. Tayang cc posing2 sakan dulu ya! dgn macam2 gaya tersendiri.. trtonggeng.. terbalik pun ada. (tuan umah x de koje kot, main posing2 sakan.. ewah! Rasanya naik meluat org nengok kan..??? 