Showing posts with label TALAM. Show all posts
Showing posts with label TALAM. Show all posts

10 April 2015

TEMPAHAN

 
 Aneka talam & bingka
Terima kasih pn ziela...

300 biji apam beras


08 October 2011

TEMPAHAN ANEKA TALAM


Talam Sri Sarawak yg mana lapisan bawahnya ada campuran sagu biji+ kelapa parut+ soohun
manakala lapisan tengahnya lapisan kastard perisa pandan dan lapisan atas sekali gula melaka
memang sedap sekali..!

2 kotak Talam Sri Sarawak

2 kotak Serimuka

Berkotak-kotak talam dari Ustazah Fizah (SMK Seri Alam-2)



****************************
Tempahan Talam Sri Sarawak lagi utk hari Jumaat (07/10/2011) dari cikgu Hanis utk makan2 bersama rakan2.


Terima kasih buat cikgu...

29 March 2011

TALAM SEKOTENG

Teruja juga akhirnya utk mencuba dan merajinkan diri membuat 'TALAM SEKOTENG' ni..,
Bila siap direbus sekoteng ni, kenyal2 & lembut & lembik2 lebih kurang mcm agar2. Kiranya inilah 1st time jumpa & melihat sekoteng tapi jgn tersalah sebut ya.. jgn jadi
'TALAM SEKODENG' dahlah ya..! ha..ha..

Sebelum kita berbicara tentang talam yg sedap & sweet2 gitu kalernya, kita bukak cerita dulu tentang sekoteng ni ya..

Ini rupanya 'SEKOTENG'

Alkisahnya.., rupanya ini dia yg dikatakan sekoteng, mati2 ingatkan yg warna-warni yg bubuh dlm bubur cha-cha tu.., (spt photo kat bawah ni..) tak sangka ada juga yg tak tahu ya..? his..his... hisss..!!!! heee..
Dapat buat talam ni sb berterimakasih sangat2 kpd Linda (teratakdhia.blogspot.com) yg baru balik dari KL dan belikan sekali utk akak & hantar pulak tu kat rumah.
Baik sungguh hati Linda ni..

Pulak tu rumah memasing bukannya dekat2 sorang di selatan & sorang di utara bandar JB.
Kenal Linda pun dlm facebook & sama join kelas Chef Asma di KL tempohari dan lepas tu terus dah jadi rapat & mesra hingga kini. Thanks.. Linda..! Linda ni memang terkenal dgn 'Kek Lapis' dia yg cantik2 belaka dan sesiapa nak order boleh jenguk blog Linda ya.

Lepas Linda balik menghantar sekoteng ni terus teruja sangat nak tahu maka teruslah rebus tapi disebabkan khayal dok ngadap TV maka sekoteng atas dapor pun terhangus..hitam-legam jadinya. Sayangnya.. terpaksalah rebus sekali lagi..
Rasa2nya sekitar JB ni tak jumpa lagi sekoteng ni.. tapi tak tahulah kalau kita yg tak terjumpa..
Tapi Linda pun kata dia puas cari area JB memang tak ada jual mungkin area KL dan ke Utara banyaklah kot..? Mungkin juga org belah2 Utara tahu sangatlah ya..!


Di sini akak berkongsi resepi 'TALAM SEKOTENG' dari Chef Asma

TALAM SEKOTENG
Resepi : Chef Asma
Source: Am-flora@serojakitchen

LAPISAN BAWAH
50g sekoteng (rebus & toskan)
(Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink, itu kata Chef Asma)

(*)
150g tepung beras
250ml santan pekat
450ml air
1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)
150g gula castor
1tsp garam

CARANYA
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api
Masukkan sekoteng (yg telah direbus tadi) dan kacau rata
Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS
150g tepung gandum
300g gula halus
5/3/2 biji telur
250ml santan pekat
500ml air
1/2 tsp garam
1 ½ tsp perisa rose (Brand : AMINA) - akak guna apa yg ada kat dapor.

CARANYA
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
Tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit

* Guna Loyang 10x10x2 @3