11 November 2012
SUP MERAH DAGING KORBAN
14 January 2012
MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD
MUSHROOM SOUP
Resepi asal : Minami MYR
(copy : yatiememories.blogspot.com)
Bahan-Bahan
- 1 keping dada ayam
- 1500 ml air -boleh tambah lagi ikut kepekatan yg di kehendaki
- 500 ml susu segar ~ fresh milk
- 1 ketul kiub ayam - Yatie letak 2 ketul
- 1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
- garam ~ secukup rasa
- 1 cawan tepung gandum-Yatie guna 1/2 cwn bancuh dngn 1 cwn air
- Sedikit lada hitam
- Potong ayam kecil2.
- Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
- Rebus sehingga masak.
- Masukkan susu dan kiub ayam.
- Masak guna api yang perlahan.
- Masukkan mushroom.
- Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan gaul sebati.
- Sedia untuk di hidangkan bersama roti.
Garlic Spread
- 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
- 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
- 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
- sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah, Yatie pun sama, akak pun
- Gaulkan semua bahan
- Siap digunakan.
28 November 2010
KEK COKLAT MOIST & SUP MERAH TULANG
02 September 2010
SUP MAKARONI
Makaroni (secukupnya) - guna yg spiral sama dgn nor jugak
3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
1sdk lada hitam - tumbuk
2ltr air/ secukupnya
segengam soohoon ~ x letak
blh juga diltk sayur spt carrot, bunga kobis dan sebagainya
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging
Bahan sampingan
ikan bilis kecil/halus - digoreng (x letak)
daun sup/bawang - dihiris
bawang goreng
Cili tumbuk ~ tak buat, makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi (sama nor)
Segengam cili padi
garam
1 sdb jus limau kasturi
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau
Cara Penyediaan
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang
27 August 2010
SUP TULANG MERAH - RAMADHAN 16
08 October 2009
SUP IKAN MERAH
Mr. hb beli ikan merah ni nak suruh masak asam pedas, tapi time kat dapor tu trlintas pulak akan sup ikan merah, jadi curi 2 ketol terus buat sup ni, macam nak makan pulak sup ikan. Tapi selebihnya tu.. tetaplah kena masak asam pedas juga jawabnya.05 October 2009
SUP MERAH TULANG - (GEAR BOX)
Sup merah tulang kambing lagi tapi kali ini buat time geng2 masjid mr. hb nak sesangat dtg rumah sabtu malam (03/10/09). Seboleh-boleh juga dia org cakap dgn hb nak juga dtg rumah sebab mungkin ada diantara mereka rasanya belum pernah lagi mnjejak- kan kaki ke flora heights ni kot!
Rasanya bnyk kilo gak hb beli tulang kambing ni, tapi alhamdullilah! habis dan brselera nampaknya dia org makan, maklum bila makan ramai2 kan seronok gitu.. jadi mungkin seleralah kan! Mr. hb siap beli straw lagi tau.. bukan main lagi masing2 mnyedut tulang kambing tu! Kita je yg tak makan kambing ni, tapi nengok org makan cam selera gitu. Resepinya pernah ditepekkan sebelum ini, sesiapa nak mncuba boleh refer je kat label sup.02 October 2009
SUP MAKARONI & JUS CARROT BERSUSU + LAICI
Lagi, Lagi.. & lagi.. sup makaroni jadi pilihan hati! Entah cam ne, dah jatuh cinta sesangat dgn menu sup makaroni ni, sejak mula mencuba dah jadi kerap pulak. Menu yg simple & mudah sangat tapi sedap masuk ke tekak! Balik koje terus je, ke dapur prepare sup makaroni ni utk juadah berbuka semalam. Menu ni dah jadi favorite sekeluarga! Belek2 dlm fridge ada pulak carrot terus je blend dan buat jus carrot bersusu + laici. Aduh.., sedap & segarnya masuk ke anak tekak... lagi2 time tekak tgh betul2 kering pulak tu.
Alhamdullilah.. hari ni dptlah 5 hari sudah berpuasa enam, walaupun tahun ni agak terlewat sikit tapi sekurang-kurangnya dpt juga settelkan sebelum habis bulan syawal nanti.
Baki lagi satu hari..? alamak! esok sabtu pulak..bnyk program tak tahulah rasa macam nak terus continue je puasa tu, sebab bila dah stop nanti payahlah nak sambung balik. Faham2 jelah bnyk sgt dugaan2 diluar sana..! Pulak tu, mlm ni kat rumah nak buat marhaban manakala malam esok pulak serombongan geng2 masjid hb nak dtg rumah, jadi masak tetap kena masak punyer tu! Harap2 biarlah dpt bertahan dan ditetapkan iman utk terus berpuasa sebab sayangnya lagi satu hari je ni! Dugaan.. dugaan...! 20 August 2009
SUP LAKSA
Sebut aje pasal sup sudah tentunya menjadi favorite sekeluarga especiallynya mr. hb.. namanya sup apa pun gerenti x tolak punya dan suka sesangat! Pagi ni juga tanpa dirancang terus terfikir nak buat sup laksa pulak maka jadilah juga w/pun simple je! Hanya letak fish cake & fish ball je sebagai bahan rencahnya. Sebenarnya nilah first time kita org makan sup laksa ni.. sebelum ni biasanya buat jenis mee2 je.. namun gitu, x mengecewakan.. ok! mr. hb pun bertambah-tambah nampaknya..! kenalah tu kot kat tekaknya..!07 August 2009
SUP MAKARONI wif TELUR BURUNG PUYUH
Menu berbuka semalam, akhirnya dapat buat juga sup Makaroni ni, walhal nasi & lauk dah ada tapi masih nak juga buat sup makaroni ni. Ini kes terliur kejap kat rumah Nor & Hana, itu yg x sabar2 nak rasa juga. Ikutkan kat rumah ni, memang x pernah masak makaroni x kiralah sup atau pun apa sekali pun sebab hb x berapa suka. Tapi semangat nak mencuba tetap membara... tengok kat rumah kawan2 cam sedap gitu! Lagi 1/2 jam nak brbuka sempat pulak tu.. kelentong-kelentang kat dapur, dgn telur puyuh belum berebus & sambal kicap blum dibuat. Akhirnya siap gak betul2 azan brkumandang time tu.. alhamdullillah! dpt rasa juga..
Tapi sup makaroni ni pun ditambah dengan sayur spt. carrot & kobis bunga, tambah lagi dgn fish cake & fish ball.. bagi campur semua!Resepinya copy dari rumah nor, thanks buat nor & penyumbang asalnya. (bolehkan nor?) bab copy-mopy ni no. satu.
Bahan2
Makaroni (secukupnya) - (kita pun guna yg spiral)
3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecil (kita pun sama, lebih lagi)
bebola daging - secukupnya ~ (kita letak fish ball & fish cake je)
2 kiub lembu/tulang rusuk ~ (samalah kita nor, ganti dgn pati ayam jer)
2ltr air/ secukupnya
segengam soohoon ~ (x letak pun)
sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ kita letak carrot, bunga kobis dan telur puyuh ... best juga!
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging
Bahan sampingan
ikan bilis kecil/halus - digoreng (x letak x sempat)
daun sup/bawang - dihiris
bawang goreng
Cili tumbuk ~ (kita juga makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi)
Segengam cili padi
garam
1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh...
(betullah tu..kita sokong! power gitu!)
20 July 2009
SUP MERAH TULANG
Hb teringin sangat nak makan sup merah tulang kambing, itu yg dia tak sabar2 pergi cari sendiri tulang kambing. Sebenarnya kat rumah ni tak makan kambing kecuali hb dan sibongsu (nur ain). Yg lain termasuk akak memang x suka dan x pernah makan kambing. Walau cam ne pun, masak tetap kenalah masakkan juga sebab hb nak makan sangat. (macam mengidam pulak!)
Sup merah ni sedap katanya apalagi dicicah dengan roti perancis atau roti kosong biasa, tapi lepas tu.. minumlah air macam2 spt. oren atau limau kasturi ke.. bagi yg alah dgn kambing takut sakit kepala pulak nanti. - 1kg daging/tulang (kambing/lembu)
- 1 tin kecil tomato puri
- 1-2 biji buah tomato
- 2 sb rempah sup merah (kalau x de, rempah kari daging pun boleh)
- 3 sb gula (blh ditambah ikut rasa masing2)
- 3 sb chilli sos (blh ditambah)
- 1-2 btg serai (dititik dlm rebusan tulang tadi)
- Air secukupnya
- sedikit garam
- sedikit minyak (utk menumis)
- 10 tgkai cili kering (nak pedas blh lebihkan)
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1" halia
- 1" lengkuas (optional)
Tulang kambing digaul dgn tepung terlebih dulu (utk hilang bau hamisnya) dan dicuci. (Kalau lembu x perlu digaul dgn tepung). Rebus tulang tersebut dengan titikkan serai (2 btg), bawang putih (2 ulas) & halia (1"). Didihkan sehingga masak.
Sementara itu, tumis bahan yg telah diblender dgn sedikit minyak, masukan tomato puri, rempah kari dan tumis hingga garing. Letak chili sos & gula lalu dimasukan air diikuti dgn garam. Bila dah agak nak mendidih masukkan buah tomato dan biar sehingga betul2 mendidih dan agak pekat. (Bagi yg suka blh juga letak carrot/kentang). Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan bawang goreng & daun sup. Sedap dimakan panas2..






