20 July 2009

SUP MERAH TULANG

Hb teringin sangat nak makan sup merah tulang kambing, itu yg dia tak sabar2 pergi cari sendiri tulang kambing. Sebenarnya kat rumah ni tak makan kambing kecuali hb dan sibongsu (nur ain). Yg lain termasuk akak memang x suka dan x pernah makan kambing. Walau cam ne pun, masak tetap kenalah masakkan juga sebab hb nak makan sangat. (macam mengidam pulak!)

Sup merah ni sedap katanya apalagi dicicah dengan roti perancis atau roti kosong biasa, tapi lepas tu.. minumlah air macam2 spt. oren atau limau kasturi ke.. bagi yg alah dgn kambing takut sakit kepala pulak nanti.
Lagilah kalau ada darah tinggi, kena beringat tu..!
Tengok hb & si ain tu makan adoi.. berselera sungguh dua beranak tu! sehingga berpeluh-peluh & menjilat jari.. kita yg x makan kambing tengok jelah..!
Boleh juga dibuat sup merah daging/tulang lembu sedap juga..(kalau suka boleh juga diletak carrot/kentang)
BAHAN2
  • 1kg daging/tulang (kambing/lembu)
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1-2 biji buah tomato
  • 2 sb rempah sup merah (kalau x de, rempah kari daging pun boleh)
  • 3 sb gula (blh ditambah ikut rasa masing2)
  • 3 sb chilli sos (blh ditambah)
  • 1-2 btg serai (dititik dlm rebusan tulang tadi)
  • Air secukupnya
  • sedikit garam
  • sedikit minyak (utk menumis)
Bahan Kisar
  • 10 tgkai cili kering (nak pedas blh lebihkan)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1" lengkuas (optional)
Caranya
Tulang kambing digaul dgn tepung terlebih dulu (utk hilang bau hamisnya) dan dicuci. (Kalau lembu x perlu digaul dgn tepung). Rebus tulang tersebut dengan titikkan serai (2 btg), bawang putih (2 ulas) & halia (1"). Didihkan sehingga masak.
Sementara itu, tumis bahan yg telah diblender dgn sedikit minyak, masukan tomato puri, rempah kari dan tumis hingga garing. Letak chili sos & gula lalu dimasukan air diikuti dgn garam. Bila dah agak nak mendidih masukkan buah tomato dan biar sehingga betul2 mendidih dan agak pekat. (Bagi yg suka blh juga letak carrot/kentang). Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan bawang goreng & daun sup. Sedap dimakan panas2..

6 comments:

  1. sedapnya kak am. sy rajin gak buat sup merah ni tp a bit simpler the resipi. jiran sy yg dok spore ajar. mmg sedapp!!

    ReplyDelete
  2. Akak pun mak sedara yg dok s'pore ajar. mula tu cam jakun gak tapi bila dah kerap buat, dah biasa!

    ReplyDelete
  3. Salam,ini gerau. Sedapnya sup tulang singapore tu. Kat shah alam ni ada kedai sup tulang ni. Amboi sedap betul. Tapi yang tulang lembu lah. yang kambing takut, nanti pengsan. darah tinggi meninggi.

    ReplyDelete
  4. Kaler die cam gulai plak... kalau sup boleh la hirup kuah tu byk2... cicah roti pun memang best nie..

    ReplyDelete
  5. >>geraugebang
    salam, sedap juga..sup merah ni, tapi akak suka lembu, sebab x makan kambing.

    >>blogresepi
    tulah mula2 dulu rasa heran gak, tapi skrg dah ok memang cicah roti pun baru sedap!

    ReplyDelete
  6. hi kak Am...orang JB? sama la kite hehe...eh eh cakap pasal sup tulang merah nih saya baru jer upload pics kat blog saya SEMALAM masa makan di Singapore Beach Road Gardens Food Centre minggu lepas.

    Sedapppp. Di malaysia nih JB jer yang femes tapi negeri2 lain kureng skit..nape yek?

    Nanti jenguk yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan jer 100%tak der citer lain hehe kebanyakan nye di area JOHOR sebab maklum la orang JB.
    Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

    ReplyDelete