20 July 2009

JEMPUT2 UDANG PEPAI

Menu breakfast weekend, hanya goreng jemput2 udang pepai berskali dengan nasi goreng udang pepai juga. Ternampak kat pasar jumaat udang pepai yg fresh terus sambar tanpa berlengah lagi.
Bila dibuat jemput2 rasanya sedap dan lembut..
Sebenarnya jemput2 ni boleh juga dicicah dengan sambal pencicahnya tapi lupa pulak nak snap.
Caranya buat seperti mana jemput2 lain cuma diletak udang pepai lebih sikit dan ditambah dengan daun kunyit utk aroma yg lebih wangi sedap.

Selain tu buat pulak nasi goreng pedas udang pepai juga, seperti nasi goreng biasa cuma ditambah dengan udang pepai semasa menumisnya sehingga agak sedikit garing.

JEMPUT2 UDANG PEPAI
(A)
1- 1 1/2 cwn tepung gandum
2 cwn udang pepai (dicuci & ditoskan)
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
sedikit garam
sedikit air
Bahan Diblender
4-5 tangkai chili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Caranya
Satukan bahan 'A' kemudian masukan bahan yg diblender. Digaul rata, buat spt adunan jemput2 yg lain, andai pekat boleh ditambah air sedikit lagi. Seterusnya panaskan minyak dan boleh digoreng spt biasa.
*Sedap dimakan dengan sambal pencicahnya.
Sambal Pencicah
3-4 biji chili basah atau kering
1 ulas bawang putih
sedikit chili sources
sedikit kicap lemak manis
sedikit gula
Caranya
Chili dan bawang putih diblender dgn sedikit air suam. Masukkan kicap, chilli sources dan gula lalu digaul rata.

2 comments:

  1. Gerau panggil ni udang geragau. Tapi kita buat rencah mi bandung je sebab dia banyak pasir.

    ReplyDelete
  2. kami buat belacan je lg best! http://bmwawasan.blogspot.com

    ReplyDelete