Showing posts with label PULUT. Show all posts
Showing posts with label PULUT. Show all posts

28 March 2015

TEMPAHAN MAJLIS ULANG TAHUN - petang ini...


pulut kuning dgn hiasan yg simple + rendang daging


  
Bubur som-som sebagai pencuci mulut



 Bingka ubi penambat selera



25 May 2014

MUSIM PULUT BERHIAS

Pulut kuning 2 tgkt  + 3 sets kari ayam dari Pn. Jamaliah





Tempahan pulut 2 tgkt sempena sambutan Hari Guru tempohari - SMK Nusa Damai
 


Permintaan dari guru2 yg mengidam.. pulut kuning & rendang ayam
 


20 May 2013

YANG LEPAS-LEPAS... (April ~ May 2013)


Assalamualaikum..
Tempahan-tempahan yg lepas-lepas...


 Pulut Kuning & Kari Daging khas untuk Yassin & Tahlil di Masjid, tempahan ni dah lama dah.. dari Pn Ann


Blueberry Cistat



Apam Polkadot & apam Beras masih tetap diminati...


 Apam Polkadot & Mini Coklat Moist
 
Tempahan dari Pn. Lyn (Tmn. Cahaya Masai) khas untuk birthday anak sulungnya.
'HAPPY BIRTHDAY..! yang   ke 1 tahun.

Beliau menempah Nasi Goreng & MeeHoon Putih (50 orang makan)
Bingka Pisang - 2 kotak
Apam Polkadot - 200 biji
Kek Kukus Buah - 1 


Tempahan lama dah.. untuk jamuan di sekolah iaitu Meehoon Goreng, Sambal Udang & Talam Sarawak

Kenapalah.. mood malas semakin menjadi-jadi..! Malasnya nak update blog..


19 March 2013

PULUT KUNING LAGI...

Tempahan set pulut kuning & rendang ayam juga Fruits Tart dari Pn. Rohaya (regular customer) petang semalam - 18/03/2013

Assalamualaikum..!
Sejak dari awal March 2013 lagi memang agak sibuk dengan pelbagai tempahan yang di terima sehinggalah ke hari ini.
Di antaranya adalah tempahan pulut kuning biasanya khas untuk ulang tahun.
Akhir-akhir ini ramai yang lebih meminati pulut kuning bersama rendang atau kari untuk sambutan hari jadi.

 
Set pulut kuning + kari ayam order dari Pn Su Tmn Bukit Indah, J.B.
juga khas untuk sambutan ulang tahun ibu beliau.

  


21 November 2012

150 BEKAS PULUT KUNING TEMPAHAN DARI KOTA SINGA

Assalamualaikum buat semua..!
Lama dah tak menayang tempahan, sebenarnya ada yang menunggu utk ditayang tapi kenalah ikut turutan.. dan ikut ketidaksibukan tuan rumah juga..

Tempahan berikut ini baru saja di hantar (semalam) hari Selasa (20/11/2012) pada pukul 12 tengahari.
Tempahan pulut kuning + rendang ayam yang di packing dalam mangkuk sebanyak 
150 bekas. 
Pada mulanya mereka inginkan pulut kuning 2 tingkat bersama rendang ayam tapi kemudiannya ditukar pula untuk diisikan dalam bekas seperti ini mungkin juga sebagai berkat untuk para staff mereka.

Tempahan minggu ini dari Pn Noraini (warga Singapura) khas untuk jamuan di kilangnya sempena pembukaan kilang tersebut di Nusajaya, J.B.
Puas juga berpusing-pusing mencari area kilang tersebut maklum tak biasa lagi pergi area tersebut. Setibanya saja di kilang tersebut kelihatan tersergam indah canopy berwarna hijau/putih sedondon pula dengan warna uniform para staff mereka juga hijau/putih.. cantik juga kelihatannya..! Pulak tu.. dah ramai staff mereka yang menunggu dan duduk di bawah canopy tersebut hanya menunggu waktunya untuk jamuan, segan juga rasanya time tu..!

Sebenarnya tempahan ini telah dibooking hampir sebulan lamanya, mulanya risau juga boleh ke buat banyak-banyak ni..? Berdebarlah juga, yalah.. bimbang juga kalau tempahan orang tak dapat ditunaikan dengan sebaik mungkin.
Tapi alhamdulillah..! siaplah juga akhirnya. 

Lepas tu.. nak meghantarlah pulak ke Nusajaya yang sebenarnya belum pernah jejak lagi area Nusajaya ni, nama jer orang JB. Anak-anak bukan main suka bila dengar nak hantar ke Nusajaya sebab dia orang ingat nak pergi ke LEGOLAND lah tu ..! Bila dengar Nusajaya dalam kepala dia orang cuma LEGOLAND jer..! Ha..ha.. jumpa juga Legoland tu.. tapi cuma lalu & pandang2 dari jauh jer.. hee..! Merungut si Ain.. kenapa tak singgah Legoland..??? 

150 bekas pulut kuning + rendang ayam

Sebahagian daripada pulut kuning yang telah siap dikukus hanya menunggu utk. di packing.

Kali ini mengukus pulut hampir 10kg banyaknya... ada lagi dalam kukusan yang masih belum masak.
 Jenuh juga nak packing satu-satu dalam bekas cam ni..

Selain daripada itu ada juga tempahan aneka talam juga untuk jamuan tersebut iaitu Talam Sarawak, Talam Suji, Kole Kacang dan Serimuka Pandan
Terima kasih buat Pn. Noraini dan warga staff dari companynya
Harap berpuas-hati hendaknya dan mohon maaf andainya ada yang terkurang mahu pun yang kurang menepati citarasa.

16 October 2012

PULUT KUNING LAGI...


Selepas buat pulut kuning pengantin (Sabtu lepas) keesokkannya ada lagi tempahan pulut kuning dan rendang daging pulak sebanyak 3kg pulut dan 3kg daging.

Tempahan dari Pn. Zaitun dari Senai, Johor agak jauh juga tu nak ke Bdr Seri Alam ni, tapi di sebabkan highway baru jadi lancar aje kot.. mungkin perjalanan dari Senai ke sini lebih kurang 1/2 jam boleh sampai rasanya.
Terima kasih juga kepada suami Pn Zaitun yang datang mengambil di Tesco Seri Alam.

Pulut kuning ni tak di terap dalam loyang spt biasa sebab Pn. Zaitun nak packing2-kan, mungkin nak di bahagi-bahagikan kepada para tetamu sebagai berkat kot..


Harap berpuash-hati hendaknya ya.., Terima kasih Pn Zaitun dan suami..!