Penangan 'CREPE DURIAN ' memang dashyat sungguh, post CREPE DURIAN tempohari ramai sungguh yang masuk sehinggakan melebihi ke angka 10,000 kunjungan walaupun dalam masa yang amat singkat iaitu seminggu saja.
Popular betul CREPE DURIAN ya..!
Popular betul CREPE DURIAN ya..!
Kali ini berkaitan dengan durian lagi..! Selagi bersepahnya durian di merata-rata tempat maka tak habislah juga menu-menu yang berkaitan dengan durian yang sering muncul di sini. Pasti yang masuk sini naik jemu ya.., mananya tak asyik-asyik DURIAN aje..!
Tapi menu SERAWA DURIAN ini juga yang teringin sangat nak makan, petang semalam pergi lagi cari durian hanya kerana nak buat SERAWA DURIAN NI..!
Si bujang sorang tu (Iman) tak habis-habis suruh buat crepe durian lagi tapi mamanya dah malas nak mengcrepe, kalau nak makan lagi beli ajelah jawabnya..!!!
Baru lepas menjamah serawa durian tertunailah sudah hajat nak makan serawa durian tempohari
Tuang lebih-lebih..baru sedap dimakan..!
Ooops.. lupalah pulak resepinya boleh lihat kat sini
Licinlah sudahhhhh..!!!
