19 July 2011

TETIBA.. TERINGINLAH PULAK NAK MAKAN BENDA-ALAH NI..!!!


Mula2 tanak/kukuskan pulut & hidangkan macam kat atas ni...


Asyik tayang tempahan aje.. apakata kali ini kita layan menu yg satu ini. Kali ni kena layan tekak sendiri pulak..
Sebenarnya tak tahulah kenapa tetiba macam teringinlah sangat nak makan benda-alah ni, mentang2lah sekarang ni memang tengah musim durian maka bertambah membaralah keinginannya.

Sebelum terkempunan jom kita cari durian yg tengah bersepah kat merata-rata sekarang ni.. & cepat2 godeh kat dapor apa yg patut dan jom kita layan tekak dengan 'SERAWA DURIAN'..! heeeeemmm.. sedapnya...



Step yg berikutnya.., letak kuahnya kat sebelah pulut...



Lepas tu lagi... kita kasi tuangkan sikit kat atas pulut tu ya..! Biar agak2 sedikit meleleh...


Seterusnya tuang.. dan tuangkan lagi.... sampai terus meleleh...


Lagiii.. dan lagiii.. sampai meleleh terus & melimpah..!! ha..ha...



Tengok tu.. kuah dia dah meleleh & banjir sakan..! jadi apa tunggu lagiiii..???? ngaplah...! hemmmm.. sedapnya..!!!!

Sesiapa yg agak2 terkecur & nak meleleh air liur tu sorrylah ya..., g cari durian cepat...!


Bukanlah nak mintak puji.. tapi dah sahlah memang tersangatlah sedapnya..! ha..ha..
sebab dah lama tak makan serawa durian ni..., lepas ni alamatnya beranginlah satu badan ya..! penangan pulut punya hal, heee...


Sesiapa nak mencuba serawa durian boleh cuba resepi yg dicopy dari Cik Mat
Minta izin letak kat sini ya..

****************************************

RESEPI SERAWA PULUT DURIAN
(Sumber : Mat Gebu@tiffinbiru.com)
(Sumber : am@serojakitchen)

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...



Bertambah enak bila dimakan ketika minum petang bersama teh 'o' panas..
pehhhh... slurpppp...!!! tak terkata nikmatnya...


9 comments:

  1. tergodanya mas tengok...
    slurpppppp.....

    ReplyDelete
  2. terliur btul..kat sini blum byk durian..masih mahal..belas2 sekilo...

    ReplyDelete
  3. >>mas: mmg saje nk mengoda.., heee..!

    ReplyDelete
  4. >>cikgu nor: ya ker..? kat jb dah murah2 & berlambak-lambak lagi. x per nanti durian dah sampai hilangkan terliur tu ya..! heee..

    ReplyDelete
  5. Assalam Kak Am, memang betulx2 buat saya teringin nak mkn juga kak!! sedapnya....ishhh sabar jer lah nanti nk kena cari doyan siam frozen la kat sini...hehe

    ReplyDelete
  6. Assalam Am..apa khabar...waaah ada pulut serawa...fav kita ni tauu..igt x kita masa makan tuh...hehe

    ReplyDelete
  7. >>nieza : wsalam, tulah akak mmg nk nieza g cari derian cepat tu, heee..

    >.ummi : fav. ummi ya..? samalah kita, teringat ummi tulah yg dok tayang sakan ni, heee..

    ReplyDelete
  8. Pak job Ads and http://allpkjobz.blogspot.com advertisements for Karachi,Lahore,Quetta,Peshawar,Multan,Hyderabad,Rawalpindi,Islamabad and all cities of Pakistan.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum k.Am

    Sedapnya serawa doyan tu...mana nak cari kat sini...tumpang jamu mata...

    ReplyDelete