Showing posts with label PUFF/POPIA/PIZA. Show all posts
Showing posts with label PUFF/POPIA/PIZA. Show all posts

27 January 2012

PRATA PUFF


Oleh kerana musim cuti2 Tahu Baru Cina ni seminggu anak2 tak bersekolah &si bapak pun sambung cuti sama juga maka seperti biasa orang dapur kenalah pelbagaikan menu dan juadah utk santapan sekeluarga.
Nasib baik ada mood rajin juga tapi adakala mood malas melanda jawabnya sarap kat kedai jugak ler..

Tapi baru-baru ni ternampak pulak kat rumah Cikgu Zana kita menayang 'PRATA PUFF' ni hati memang dah tertarik sangat nak mencuba sebabnya senang & mudah membuatnya, lagi pun prata segera 'KAWANKU' memang selalu beli dan ada dok tersedia dalam petisejuk jadi tak susahlah., cuma rajin dgn tidak aje nak buat..! Tapi bila mood malas melanda maka jawabnya prata segera tu berbulan-bulanlah terperap dlm petisejuk tak berusik langsung.


Dalamnya letak inti kentang + keledek oren (lebih buat talam permata keledek tempohari) dan daging kisar.
Bila buat sendiri jadi intinya bolehlah di isi penuh-penuh sampai buncit-buncit dan gemok-gemuk ya puan-puan..! heee... 
Lepas tu memang tersangatlah sedap dimakan sebab penuh dengan inti...!



Prata Puff yang telah siap di make-up hanya tunggu utk masuk oven aje...


Prata intant ni dibelah 2 dan diletakkan inti ditengahnya kemudian di tangkup balik dan ditekan kelilingnya dgn garpu. Setelah itu di sapukan dengan kuning telur di atas permukaannya dan dibakar di dalam oven sehingga kekuningan atau garing. Memang mudah membuatnya..

Untuk mendapat penerangan & photo yang lebih jelas cara membuat PRATA PUFF ni bolehlah lihat kat  sini ya, kat rumah cikgu zana yang rajin ke dapur dgn pelbagai menu yang menarik.


Prata 'KAWANKU' ni dlm nya ada 5 keping bila di bahagi 2 maka dapatlah dlm 10 biji prata puff kira cukuplah utk sarapan sekeluarga. Tapi walau bagaimana pun si bujang montel tu tetap tak cukup juga, bila sedap kat tekak dia maka merungutlah dia, katanya kenapa mama buat sikit sangat..! tak puas makan tau...

Hiss.. his... si bujang ni memang asyik tak puas makan aje.. maklum tengoklah badan...
kusss-semangat..!!! heee...

Memang sedap terutama di makan time panas2 dan amat berbaloi membuatnya tak percaya cubala ya...!



Juga boleh dibuat awal2 atau dibuat malam dan difrozenkan dan esok pagi bolehlah dibakar dan amat sesuai utk sarapan anak2 ke sekolah atau sebagainya terutama bagi para ibu2 yang bekerja menu yang ringkas dan mudah.

06 December 2010

CREAM PUFF

Buat pusing2 & pintal2 cam siput.., ya ke cam siput? cam x de rupa siput jer..
Apa pun layan ajelah ya.. cream puff yg x berapa nak cntik ni..!
Cream puff filling coklat kastard... puas dok main pusing2 cam tu gak jadinya..! keras betul tanganku ini..!
Bnyk resepi cream puff yg boleh dicuba tapi akak dah biasa follow resepi zaliana jer..

29 November 2010

VIRUS PUFF MENULAR DAH...

Orang mengepuf kita nak jugak, tapi puff kita x ler cntik2 cam org lain tu ha.. sbb buat pun last2 minit gitu, time nak cepat time tu pulak tergerak nak bakar puff. Sebenarnya buat utk sarapan anak2 pagi tadi, lama dah terperap dlm esbok tak berbuat gak. Time kwn2 semua buat puf angin malas melanda cuma nengok ajelah puf org yg molek2 & berpintal-pintal serta ada yg menganyam segala. Boleh nengok kat blog Nor (secubitgaram), blog Hana (Hanamemories) blog Matgebu(Tiffinbiru) dan ramai lagi ler..

Tapi puff kita simple & biasa2 jer buat kecik2 dan comei2 jer senang nak makan sekali ngap aje habis..!
Yg anyam2 tu nantilah try sbb pepagi tadi pun dah kesuntukan masa sangat.. sempat buat pun yang simple2 gini jer..

20 April 2010

MURTABAK MAGGI

Nak mencuba juga Murtabak Mee Segera ni, apa rasanya..? Buat ni pun dah 3 hari lepas kot.., baru ni dpt diupdate sbb busy memanjang aje. Busy di dapur dan busy gak di office.., dua2 busy tu yg lama x ronda2 rumah kawan2. malah rumah sendiri pun x berkemas lagi ni ha..!

Menambah pulak.., dgn mayonis pusing2 ni.., apa pun sedapnya..!

Buat 2 adunan, kang buat satu x cukup pulak.., dapatlah 6 keping besar tu ha..! puas jugaklah makan. Paling suke semestinya anak2.. maklum ada mee maggi kat dlm tu..!

Resepi copy dari rumah mamafami..TQ.., mama..!

MURTABAK MI SEGERA
Adapted from : Watie
Ingredients :
1 packet instant noodle (curry flavour)
2 eggs1 packet curry flavour (in the packet)
1 piece beef burger ~ diced
1 onion ~ diced
1/2 red capsicum ~ diced
1/2 yellow capsicum ~ diced
1 tablespoon buttercooking oil
Method :
1. Boil water and add in the noodle. Cook till noodles are soft. Put through a sieve. Keep aside.
2. In a bowl, break the eggs. Add in curry flavour and half of the diced onion. Keep aside.
3. In a pot over medium heat, add in butter. Once melted, add in the other half of the diced onion. Saute till translucent. Add in beef burger, red and yellow capsicum. Fry till beef burger is cooked through.
4. Add the burger into the eggs mixture. Add in the soft noodles and mix well.
5. Heat a bit of oil in a small non stick pan. Spoon the noodles onto the pan dan leave to cook. Flip it over so that both sides are well cooked.
6. Serve with tomato or chillie sauce.

27 February 2010

MINI SARDIN ROLL & MEE GORENG

Cuti-cuti Maulidur-Rasul semalam, utk brkfast time cuti2 ni hanya goreng mee siam dan buat juga sardin roll. Sebenarnya dah lama benar simpan resepi sardin roll ni, kengkawan yg lain kebanyakannya dah pun mencuba tinggal ler kita sorang. Pepagi semalam.., trpaksa kuat kan semangat juga mengodeh sardin roll ni..! Sebenarnya bab nak mecanai tu yg lemah sikit, sbb tulah nak buat kueh jenis2 karipap ni agak kureng rajin sekit..! Entahlah kenape..! (kot2 memang dasar pemalas.. agaknya..!)



Sorry ya.., menu yg dah langsai pun..!


SARDINE ROLL
Sumber : Kak Teh
Pastri
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air sejuk
Kaedah penyediaan :
1. Gaulkan mentega dan tepung dengan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
2, Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
3. Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.
Filling
1 tin sardin dalam sos tomato
Bawang besar dicincang
Hirisan cili
Perapan limau/lemon secukup rasa
Garam secukup rasa
Kaedah penyediaan :
Hancurkan ikan sardin dan masukkan bahan-bahan lain.
Kaedah penyediaan Sardin Roll
1. Keluarkan doh dari peti ais. Gelekkannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
2. Letakkan filling di atas doh dan roll.
3. Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus) sebelum sapu telur kuning di atas doh tersebut.
4. Bakar selama 40 minit dalam kepanasan 175 C

25 February 2010

MINI PIZZA SEGERA

Biasanya bila pepagi mesti para ibu2 pening2 lalat kan nak prepare brkfast utk anak2 & bapak anak2. Bagi yg sering kelang-kelibut time pepagi buta macam tn rumah ni, maka salah satu brkfast yg cepat, mudah & segera boleh kita buat bagi membereskan tugas & tanggungjawab pada keluarga. Cewah.. mak hai..! macam berceramah pulak ek pepagi ni..!
Yg lecehnya bebudak kat umah ni, kalau roti main sapu jem atau butter tabur gula ke.., sorry ler memang x lakulah malah x telan pun dia org ni. Tapi kalau cam ni ada benda hanyir2 spt hotdog ke, telur ke, pas tu tuangkan cili sos dan mayonis.., ha.. memang cepat jer licin-bersih. Exspecially sibujang montel sorang tu.., dah bagi 2 keping nak 3, dah 3 nak lagi..! Biasalah dia sorang mesti nak lebih dari org lain..! dahlah semakin montel...!
Dahlah nak cepat pepagi ni, anak2 nak gi sekolah, bapak anak nak gi koje dan menghantar anak2 ke skolah, pas tu nak nunggu oven ni adoi.. lembab betul rasanya nak cepat2 pizza ni garing-maring. Cam tulah kan.., bila nak cepat apa2 pun terasa lambat aje..!
Jom makan pizza segera..! Tak sangka.., sedap jugalah..!!!

22 December 2009

POPIA VIETNAMESE

Sebagai merasmikan kulit popia vietnamese ni yg dikirim dari jauh, maka kenalah buat juga kan..T/kasih sekali lagi buat abbot diatas segalanya ini. Jenuh juga nak perhabiskan kulit popia ni ada 1 paket lebih lagi. Tak per boleh simpan2 dulu for next time..!

Jom.., kita rasa popia ni, dgn isi perutnya yg masih fresh2 lagi..! sorry ya, isi perut popia ni terjulur-julur gitu.., nmpk sgt x de skill betul kan? Apa pun kira bolehlah kan.., pas ni ngap masuk mulut gak kan..!

Curahkan sambal atas body dia..., baru terasa kesedapannya!!

16 December 2009

POPIA LAGI..! (Minggu Popia..)

Haaa...! kan .. dah kata minggu ni minggu popia! Masih lagi bercerita pasal popia.., sebenarnya ini lanjutan dari cerita/tayangan popia basah hari itu. Segalany dari yg sama iaitu inti dan sambal popia basah juga cuma tukar pulak kpd popia goreng sebab popia basah ni budak2 kat umah ni KURENGGG... sikit! Buat popia basah ari tu pun sikit je.. selebihnya buat ler popia ni ha..! Kejap aje.. laju jer.. licin!!!

Dari kuah sambal rojak tepung tu, diolah sikit dgn bubuh sos cili godak balik maka jadilah sos popia ni pulak! apa2 pun still sedap...! Jom.. kita makan popia, rangup nyer.. krap.. krup.. krap..!!!

15 December 2009

JOM BUAT POPIA BASAH

Kuah kacang lebihan dari rojak dibuat pulak popia basah, mandai2 sendiri aje..! Apa pun menjadi jugak. Ni.., kira popia basah instant lah.. tapi ok juga sedap..


Cara2 buat popia basah


Inti dan sambalnya


Celup kejap kulit popia kat air suam, cpt2 angkat dan letakkan atas dulang/pinggan rata kemudian tepek dgn sambal atas kulit popia tu!



Letak intinya & tabur bwg goreng & sapu lagi dgn sambal atasnya dan tabur kacang tanah tumbuk. SIAP..!!! Boleh ler dingap...!

Tiru dari hajar fotopages, t/kasih hajar, akak tepek kat sini pulak ya!

POPIAH BASAH (copy dari : Hajarfotopages)

Bahan2

  • kulit popiah (yg biasa tu..)
  • sengkuang (sagat/potong kecik2)
  • timun sagat halus
  • carot sagat halus
  • telur rebus hancurkan (akak x ltk)
  • kacang tanah - goreng dan tumbuk (beli yg dah siap je..)
  • bawang goreng
  • taugeh - celur (x ltk juga, x de stok)

Caranya utk intinya

Tumis ngan bawang putih + udang kering + serbuk perasa , masak kejap aje agak2 supaya tak layu sangat (carrot/sngkuang/timun) - ikut apa yg ada pun boleh jugak!

Sambal hitam/sos utk sapuan

cili kering + bawang merah + bawang putih - blend gula merah serbuk perasa - kita ganti ngan sos ikan gula putih sikit petis / otak udang - (petis akak x ltk tapi ltk kicap lemak-manis je..)

  • 1. Tumis cili + otak udang + gula merah + gula putih + serbuk perasa (agak2 lee ya) bab nie tak ada sukatan, buat mcm masak sambal lee..
  • 2. Dah siap sambal tu sejukkan dulu baru sapu atas kulit popiah dan letakkan semua sayur2 tadi
  • 3. Kemudian letak telur rebus, bawang goreng dan kacang tanah - gulung 4. Dah gulung popiah tu sapu sedikit sambal atas popiah tadi....(kita tabur sedikit kacang di atas sambal tu pulak)

Nota Kaki Hajar: Setelah buat beberapa kali popia basah ni, kulit popia tu boleh celup dlm air suam je atau celup dlm air masak sejuk pun takpe...kulit dia tetap lembut dan boleh dibuat sekeping sekeping bukan 2 keping spt yg mula2 kita buat (tambah sikit ya.., tapi andai kata lah trkoyak sikit kulit tu blh lapis dgn satu lagi kira cover lah tu!)

18 August 2009

POPIA GORENG

Brkfast tadi, budak2 nak popia tapi mak budak nak lempeng kelapa, nasib baiklah bapak bebudak x kisah pun.. apa2 pun jadi! susah sgt buatlah kedua-duanya.. habis citer! dua2 dpt makan tapi yg lepak mama dia.. juga! yg jadi mudahnya sebab inti puff ari tu.. dah ada cuma tambah carrot & sengkuang je dan masak kejap atas dapur maka jadilah inti popia & menjadilah popia!

Panas2 masuk ke mulut memanglah kejap je licin.. masih rangup2 gitu..krup-krap2! suka benarlah bebudak tu.. tapi bapak budah pun suka gak tu..!

  • BAHAN
    1pkt kulit popia
  • 1 sb tpg & sedikit air (sebagai gamnya)

INTINYA:-

  • 1 biji lobak (dimayang pjg2)
  • 1 biji kecil sengkuang (dimayang pjg2)
  • 1-2 cwn daging kisar (optional) - ikan bilis pun blh - ikut suka
  • (daging kisar dibersihkan & ditoskan dulu)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bwg besar
  • sdikit garam
  • 1sb rempah kari (optional)
  • sedikit minyak - (utk tumis)

CARA INTI POPIA:

  • Bwg besar dan bwg putih diblender.
  • panaskan minyak tumis bahan diblender hingga naik bau
  • masukan rempah kari biar agak garing sikit.
  • masukkan daging kisar (kalau suka), biarkan kejap agak daging empuk
  • letak garam dan potongan sengkuang/lobak - dikacau rata
  • Biar hingga masak & agak sejuk sikit baru di gulung dgn kulit popia tadi
  • Gulungan disapu dgn tepung tadi sebagai gam. SIAP! boleh digoreng!

SOSNYA

  • 4-5 biji chili merah (chili kering ladi sedap)
  • 1-2 ulas bwg putih
  • sedikit gula/chili sources/kicap
  • *Diblender chili & bwg putih dan digaul rata dgn gula/chili sources & kicap
  • *kalau pekat blh tambah air suam (ikut selera masing2)

14 August 2009

PUFF DAGING

Buat puff lagi tapi kali ni berintikan daging kisar + kentang. Buat kerana nak menghabiskan stok puff pastry yg tinggal seciput je! Makan time panas2 baru keluar oven memang sedap..!
Bahan:
1 pkt puff pastry
telur
Inti (ikut suka)

Cara : sekeping pastry diletak inti (sesuka hati) lipat dan tekan kelilingnya dgn garpu. susun dlm tray yg telah dilenser dgn sedikit butter dan disapukan telur diatasnya. Dibakar dgn suhu 200c sehingga kekuningan.

07 August 2009

SOSEJ PUFF PASTRY

Dah lama dah nak buat puff pastry, tapi nak cari puff pastry ni x dpt2.. gi Tesco x de, gi Giant dah habis.. itu yg terbantut je projek ni. cam ne pun x putus-asa minggu berikutnya gi Giant lagi, ha..barulah dpt kali ni. Itu pun dah tinggal sikit je.. laku benar puff pastry ni, kejap je licin.. itu yg susah betul nak dpt-kannya!
Buat brkfast pagi tadi, makan panas2 sedapnya.. hb pun suka sesangat! Don't worry stocknya ada lagi.. (borong brpaket-paket, geram nengok asyik habis je!) for next time blh-lah buat lagi.

PUFF PASTRY SOSEJ
(resepi kat myr)

BAHAN
Beberapa ketul sosej
1 pkt puff pastry
sedikit telur

Caranya

Sosej di rebus kejap & ditoskan
ambil sekeping puff pastry dan letakkan sosej lalu digulung kemas
kelar2 kan sikit dgn pisau diatasnya dan disapukan telur
Letak kan dlm tray yg telah dispu butter
Bakar dlm oven lbh kurang 30 minit - 180°C

16 April 2009

MINI PIZA



Lepas masak malam tadi, try pulak uli piza ni.. bukannya apa boleh buat sarapan dan anak2 bawa ke sekolah sebagai bekalan. Buat mini piza dan lebihnya pulak buat mak piza (besar punya). Letak sosej dan nenas je.. sebab tu aje yg ada kat umah tapi ok juga! Kejap aje dah licin masing2 nak bawak 2 keping sorang so ma2 & abahnya terpaksalah makan yg besar punya.. hai! anak.. anak sukahatilah!!

Resepinya gi inatai2 kat umah kak ummi kita yg terror bab masak2 ni. Sorry ya ummi kita copy je ye...
Bahan-bahan ( 10 biji )

200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung

Topping: (ikut topping yg ada kat umah)
pizza cheese (x ada)
mini tomato (x letak)
sosej
nenas
asparagus (pun x letak)
sos tomato / sos pizza
telur untuk sapu pada roti

Cara Membuat:-
Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan. (*akak uli je macam biasa tu..)
Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda.
Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5
-10 minit untuk nampak warna lebih perang.