Oleh kerana musim cuti2 Tahu Baru Cina ni seminggu anak2 tak bersekolah &si bapak pun sambung cuti sama juga maka seperti biasa orang dapur kenalah pelbagaikan menu dan juadah utk santapan sekeluarga.
Nasib baik ada mood rajin juga tapi adakala mood malas melanda jawabnya sarap kat kedai jugak ler..
Tapi baru-baru ni ternampak pulak kat rumah Cikgu Zana kita menayang 'PRATA PUFF' ni hati memang dah tertarik sangat nak mencuba sebabnya senang & mudah membuatnya, lagi pun prata segera 'KAWANKU' memang selalu beli dan ada dok tersedia dalam petisejuk jadi tak susahlah., cuma rajin dgn tidak aje nak buat..! Tapi bila mood malas melanda maka jawabnya prata segera tu berbulan-bulanlah terperap dlm petisejuk tak berusik langsung.
Dalamnya letak inti kentang + keledek oren (lebih buat talam permata keledek tempohari) dan daging kisar.
Bila buat sendiri jadi intinya bolehlah di isi penuh-penuh sampai buncit-buncit dan gemok-gemuk ya puan-puan..! heee...
Lepas tu memang tersangatlah sedap dimakan sebab penuh dengan inti...!
Prata Puff yang telah siap di make-up hanya tunggu utk masuk oven aje... |
Prata intant ni dibelah 2 dan diletakkan inti ditengahnya kemudian di tangkup balik dan ditekan kelilingnya dgn garpu. Setelah itu di sapukan dengan kuning telur di atas permukaannya dan dibakar di dalam oven sehingga kekuningan atau garing. Memang mudah membuatnya..
Untuk mendapat penerangan & photo yang lebih jelas cara membuat PRATA PUFF ni bolehlah lihat kat sini ya, kat rumah cikgu zana yang rajin ke dapur dgn pelbagai menu yang menarik.
Prata 'KAWANKU' ni dlm nya ada 5 keping bila di bahagi 2 maka dapatlah dlm 10 biji prata puff kira cukuplah utk sarapan sekeluarga. Tapi walau bagaimana pun si bujang montel tu tetap tak cukup juga, bila sedap kat tekak dia maka merungutlah dia, katanya kenapa mama buat sikit sangat..! tak puas makan tau...
Hiss.. his... si bujang ni memang asyik tak puas makan aje.. maklum tengoklah badan...
kusss-semangat..!!! heee...
Memang sedap terutama di makan time panas2 dan amat berbaloi membuatnya tak percaya cubala ya...!
Juga boleh dibuat awal2 atau dibuat malam dan difrozenkan dan esok pagi bolehlah dibakar dan amat sesuai utk sarapan anak2 ke sekolah atau sebagainya terutama bagi para ibu2 yang bekerja menu yang ringkas dan mudah.
aslmkum kak am.. puas makan prata puff yg kembong2 ni..saya pun selalu buat stok puff ni.. sng bila teringin nk makan.. tgok muka sibujang yg ala2 ustaz tu..cute pulak.. hihihi.. seronok tgok anak2 yg sedang beselera nk makan.. klau anak dara saya tu dah pandan mkn budget2.. nk jaga badan..
ReplyDelete>>zana: w'salam zana, tkasih kerana am dpt tiru prata puff ni dan menjadi kesukaan semua. bujang tu mcm ustaz? amin..! tapi perangainya adakala buat mamanya terjerit-jerit, heee, samalah anak dara am pun cam tu juga, nak berdiet kononya walhal bdn dh kurus melemping..!
ReplyDelete