25 January 2012

TALAM PERMATA KELEDEK


Semalam mood rajin pun ada maka cubalah buat Talam Permata Keledek dari ratu talam kita siapa lagi kalau bukan Pn Yatie kita. Kalau nak rujuk segala jenis talam maka singgah2lah ke rumah Yatie insyallah.. pasti tak menghampakan berbagai jenis kueh-mueh terutamanya jenis2 talam ada cuma rajin dgn tidak aje nak buat.

Pertama kali nampak kat rumah Yati hati dah mula tertarik dgn warna dan rupa talam yg cantik & menarik ni tapi cuma belum sampai seru rajin aje nak buat. Bila shoping barang dapur ternampak pulak keledek oren, itu yang terus aje sambar sebab teringatkan talam permata keldek ni..

Baru2 ni nmpk juga kat rumah Dayang Jack cantik sungguh talamnya cuma kat rumah kita aje yg tak berapa nak cantik macam ada yg kurang aje.. tapi dari segi tekstur dan rasanya memang best & sedap tak berapa manis lembut2 gitu..! Bagi yang nak rasa maka cuba-cuba lah membuatnya ya..!

3 ketul Talam berposing sakan...


Bagi sesiapa yg nak mencuba memang tak rugi, memang sedap dan sedap sangat..
Terima kasih kpd Yatie yg sudi berkongsi resepi .
Malu nak tunjuk kat sifu yatie talam kita yg tak berapa cantik jauh beza dgn yatie al-maklum sifu talaml-ah katakan, heee...

 
Kita kongsikan resepinya di sini pula ya..


TALAM PERMATA KELEDEK
Resepi : Yatiememories.blogspot.com
Source : am@serojakitchen

BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci
  • 2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)
  • 1 1/2 cwn tepung beras*
  • 1 cwn santan pekat*
  • 2 cwn air*
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 1 cwn gula halus*
  • sedikit garam*
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
  2. Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • secubit garam
  • pewarna merah dan hijau
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
  2. Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah. Ketepikan.
CARA MELAPIS KUIH
  1. Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
  2. Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10 minit.
  3. Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan.
  4. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.
  5. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.
  6. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
  7. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.


 


6 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Am,
    tq sudi mencuba resepi kuih talam ni, menjadi dan cantik kuih akak ni...yatie pun suka tengok kuih2 ya akak buat dan buat niaga ni, moga bertambah2 murah rezeki akak..teringin tul nak jumpa akak..

    ReplyDelete
  2. w'salam yatie, tkasih juga sudi brkongsi resepi, malulah talam akak x berapa cntik cam yatie punya, tapi hati melonjak-lonjak ingin mencuba juga sb tertarik dgn kaler & rupanya. akak pun teringin nak jumpa yatie, heee..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak am..
    saya pun asik teringin je bila tengok akkak kakak buat kuih talam ni. cantik je potongan nyer. lawa la kak kuih ni. naakk

    ReplyDelete
  4. akak nk tanya 100 cupcomel triffle akak jual brape??

    ReplyDelete
  5. Hari-hari masuk sini, mau terduduk saya, sebab tak dapat capai kuih-muih yang teramatlahhhhh sedapnya.

    ReplyDelete
  6. izah: buatlah, izah punya hasil tangan pun apa kurangnya..!
    Hanafaryna : triffle 1pc rm1.70
    abbot: ya ke abbot, masuk dapur awak pun apa kurangnya.. bukan terduduk lagi malah tergolek terus, heee..

    ReplyDelete