Showing posts with label CAKE. Show all posts
Showing posts with label CAKE. Show all posts

10 April 2015

MAKAN2 DI PEJABAT

 
Brownies Cheese

Tempahan minggu ini... terima kasih kepada pn Linda dan rakan2 sepejabat

Fruits Tart & creampuff


Bingka ubi penambat selera...



30 March 2015

BREAKFAST + CELEBRATE B'DAY THIS MORNING



Tempahan utk pagi ini (30/03/2015) utk makan2 juga celebrate b'day staff di pejabat 
Terima kasih Azie dan rakan2..



 



23 October 2013

KEK KARAMEL



Kek Karamel yang menjadi kegemaran semua...

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba bolehlah refer  resepi nya di sini atau pun di blog  AnaQawina

29 January 2013

KEK NENAS

Assalamualaikum..!
Sebenarnya ini entry yang tertunggak.. kek nenas ni dah buat lama juga, minggu yang lepas dan lepas... lagi, kebetulan ketika itu cik abg bawak balik 2 biji nenas segar dan besar-besar pulak tu.. yang baru petik dari kebun di Pontian, nenas tersebut pemberian dari
 Cikgu Khairuddin (officemate mr hb), sedap dan manis sangat nenas tu.. sebiji dah habis di makan cam tu jer.. dan ada satu lagi fikir punya fikir nak buat apa ya nenas ni.. tetiba teringatlah pulak kat dapur yatie pernah nampak yatie selalu buat kek nenas dimana nama sebenarnya ialah  UPSIDE DOWN PINEAPPLE CAKE
Jadi terus jer.. selongkar dapur yatie dan cari resepi kek tersebut dan terus cuba buat dan inilah hasilnya..!  

Cuma kek nenas ni taklah cantik macam yatie punya sebab yang ini guna nenas yang dipotong sendir jadi saiznya pun tak sama ada kecik dan besar tapi kalau guna nenas dalam tin tu.. sure cantik sebab sama jer bentuk dan saiznya, apa pun tak kisahlah ya.. kek nenas ni sedap..!

Separuh daripada kek nenas ni.. hari tu.. suruh mr hb bawak jer ke sekolah makan-makan dengan staff yang lain, di berikan juga kepada tuan punya nenas ni.. ramai juga yang menyukainya..
Bagi sesiapa yang teringin nak mencuba bolehlah tengok resepi kat bawah ni ya.. mohon kongsikan di sini pula ya yatie..!



UPSIDE DOWN PINEAPPLE CAKE 
(Sumber : yatiememories)
BAHAN-BAHANNYA
  • 2 tin nenas berkaleng/gegelang dalam tin-ditoskan
  • Ceri merah secukupnya
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
  • 135 gm gula halus
  • 135 gm tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 cwn jus nenas dlm tin- saya tambah

Bhn utk karamel
  • 2 camca besar butter di cairkan
  • 1/4 cwn gula perang/brown sugar
CARA MEMBUATNYA
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
  2. Tuang butter yg di cairkan ke dlm loyang dan tabur rata brown sugar.
  3. Susun gegelang nenas dalam tin, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  4. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  5. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  6. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  7. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.

15 January 2013

RED VELVET CUP CAKE

 Lama dah nak mencuba RED VELVET CAKE/CUPCAKE, boleh dikatakan memang dah ketinggalan jauh, orang lain dah lama buat tapi kita juga yang baru nak mencuba. Itu pun dah tak macam warna merah dah jadi warna kecoklatanlah pulak. Ini kes terlebih warnalah tu.. 
Tapi.. tak apalah kan.. janji yang pentingnya dapat merasa apa itu KEK BALDU MERAH.. yang sering menjadi sebutan ramai..!
Ini juga adalah entry yang dah lama tertunggak.. RVCC ni buat Disember lepas.. di sebabkan kemalasan yang melanda maka beginilah jadinya..! 

 Selebihnya bakar pula dalam loyang, oklah juga RVC ni.. sedap rasanya..!

 Terima kasih kepada penyumbang resepi di bawah ya..

RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@Cakes2U & Ana Qawina

Bahan-bahan
 A)
300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam
B) 125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
  • 280 g gula castor
C) 2 biji telur (gred B)
D) 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih @cuka kurma
  • 1 camb pewarna merah
E) 240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

 CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese frosting.
 
 
 CREAM CHEESE FROSTING 
(Utk Cupcakes, gunakan separuh dari resepi dibawah)
Cream Cheese Frosting by AnnaQawina
  • 500 grm whipping cream-brand VIVO
  • 250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
  • 60 grm gula icing
  • 110 grm butter
  • 2 titik lemon paste
Cara -cara :
  • Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
  • Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  • Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
  • Boleh digunakan untuk menghias kek anda


18 December 2012

KEK KUKUS ASAM MANIS

Assalamualaikum...
Ketika ini asyik hujan aje.. (Alhamdulillah... begitulah kurniaan dari Illahi..!) persekitaran sentiasa basah dan suasana terasa sejuk memanjang walau apa pun tugas di dapur tetap berjalan seperti biasa malah rasanya dengan suasana yang sentiasa hujan begini rutin para ibu semakin bertambah kot..! Mananya tidak.. waktu hujan-hujan mulalah perut pun berbunyi sana-sini.., petang-petang mulalah terasa laparnya maka nak tak nak ke dapur juga akhirnya untuk mengisi perut yang berkeroncong kan..! 
Maka dengan itu berbagailah menu yang keluar ya.., dengan goreng pisangnya, jemput2nya, dengan teh 'o' & kopi panasnya dan macam-macam lagilah dan yang terlebih rajin sikit pula dengan pelbagai kuih-muehnya. Jadi kat rumah ni pun tak terkecuali juga.., busy jer kat dapur memenuhi keinginan anak-anak tapi yang sebenarnya tekak sendiri pun nak  jugak..!


Salah satu menu tuan rumah ketika hujan2 ni ialah Kek Kukus Asam Manis/Hawflakes Sebenarnya ada 2 versi kek ni iaitu seperti biasanya menggunakan biskut marie tapi yang kali ini tak menggunakan biskut marie, dan pernah juga buat sebelum ini.
Sebenarnya dah beberapa kali beli asam hawflakes ni,, asyik tak berbuat juga keknya akhirnya dimakan cam tu jer.. sebab akak ni memang suka asam ni.. yang dulu time kecik2 kita orang gelar 'ASAM BELACAN' ada rupa belacan ker..? tapi begitulah nama diberi..
 Kek Kukus ni memang suka sangat tapi nak membuatnya kadang tu ada banyak malasnya..! Walhal taklah susah sangat..! Tapi pada pandangan akak yang menggunakan biskut marie lebih sedap sikit ada lemak-lemak gitu.. 


Ramai yang telah mencubanya sebelum ini mungkin sebab pembuatannya yang agak ringkas serta mudah dan yang penting sedap..! Boleh tengok resepinya di bawah..

KEK KUKUS ASAM MANIS
Sumber :  Kak Fida - myresepi.com

Bahan-bahannya
5 biji telur
225g gula halus - (akak letak 200g)
2 sb susu pekat  - (akak tambah)
150ml susu cair
100ml minyak jagung
220g tepung gandum
1sk baking powder
1sb ovellate
1sk vanilla
1/2 sk garam
Asam Hawflakes secukupnya
Pewarna digemari
Caranya
Ayak tepung & baking powder dan campurkan semua bahan lain kecuali minyak, asam hawflakes & pewarna. Pukul sebati sehingga gebu...
Masukkan minyak jagung dan digaul rata dengan senduk kayu
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan hijau & kuning
(Boleh juga buat beberapa bahagian dan pelbagai warna lain yg disukai..)
Loyang dialas kertas minyak dan dilenser butter/minyak
Tuangkan 5 sudu besar adunan kuning ke dalam loyang ratakan dan susun asam hawflakes
Kukus selama 5-7 minit, dan letak pula sedikit adunan hijau dan seterusnya..
Ulangi proses melapis sehingga habis
Lapisan terakhir kukus selama 20 minit agar kek tersebut cukup masak



26 November 2012

KEK GULA HANGUS

\
Assalamualaikum..! 

Musim-musim cuti-cuti sekolah sebgini memang ada saja menu-menu yang kerap ditayang sebab biasalah waktu-waktu cuti sekolah anak-anak duduk kat rumah asyik lapar memanjang..!
Mama dia orang pulak kenalah fikir-fikirkan apakah menu-menu yang sesuai yang mudah lagi ringkas untuk digodak kat dapur untuk santapan mereka.

KEK GULA HANGUS atau lebih dikenali dengan KEK SARANG SEMUT yang mana sebelum ini pernah juga dicuba tapi menggunakan resepi yang berbeza dimana adunannya  kena di perap leih kurang 4 jam lamanya tapi untuk resepi kali ini adunannya tak payah lagi diperap maka itu yang berkorbar-korbar nak mencuba. 

Sebelum ini juga pernah terlihat kat blog denuanza tapi pandang-pandang gitu aje tak kisah pun nak salin resepi atau nak mencubanya tapi bila terpandang kat dapur Madiha (cantik pulak keknya.. bersarang sakan..!) entah macam mana hati ini macam bersemangat pulak nak terus mencubanya. Kebetulan ketika petang Jumaat lepas cuaca agak mendung macam nak hujan, jadi perut pun terasa lapar aje.. tekak pulak macam nak makan sesuatu jer.. maka itu yang macam rajin gitu nak mencuba kek gula hangus ini. Maka tanpa berlengah lagi terus jer.. ke dapur mengodak kek gula hangus ni..


Tapi kek yang akak buat ni taklah cantik macam yang Madihah punya, yang bersarang sakan kelihatannya. Sebenarnya kek ni bersarang juga cuma akak tak sempat nak potong seperti mana yang di sarankan, yang baru nampak sarang2nya tu.. sebab ketika ini adik dah menunggu sebab kek ni nak di jamahkan pada mak dan sedara-mara terdekat juga. Itu yang potong hentam aje sebab nak cepat..! Nak tengok kek yang cantik yang bersarang boleh tinjau kat dapur Madiha


Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
Resepi : Cida de'Nuanza
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
(MaDiHaA guna loyang 9"x9") - pun guna loyang sama

Bahan2 Gula Hangus
(Buat yg ni dulu sblm bancuh adunan)
2 cawan gula pasir (MaDiHaA guna 1 1/2 cawan + 1 sudu besar) - akak guna 1 3/4 cawan
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega


Cara:
Masukkan gula dlm kuali atau periuk.
Bukak api sederhana kecil...
Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi keemasan macam madu..
Kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik.
Nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula yang hangit.

Pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2 sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
Pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan

Bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai (MaDiHaA guna 1/3 tin susu yg tinggi sikit tu)
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila



Cara:
Pukul telur sampai kembang.
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je. MaDiHaA guna mixer)
Pastu masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati.
Masukkan pulak esen vanila
 
Ayak tpg gandum + soda + baking powder
Masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td... blend lagi!

Bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius.
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
Kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
Biarkan sejuk sblm potong

Nota Cida : utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut.



06 November 2012

TEMPAHAN DARI BAKAL2 GURU (IPG)


Tempahan pada tarikh 02/11/2012 (Jumaat) dari bakal-bakal guru di IPG (Institut Pendidikan Guru) TEMENGGUNG IBRAHIM - J.B.
Yang dulu-dulunya terkenal dengan nama MAKTAB PERGURUAN TEMENGGUNG IBRAHIM (MPTI), JOHOR BAHRU,


Penempahnya Cik Norlin memaklumkan bahawa deretan tempahan ini adalah untuk jamuan akhir tahun mereka bersama para pensyarah semua.
Terima kasih Norlin & rakan-rakan..




Mereka menempah :-
2 set Pulut Kuning + Rendang Ayam
100 Apam Polkadot
50 Creampuff
1 kotak Bingka Ubi

 Pulut kuning masih berwap lagi..

Tempahan lainya...

 50pcs Creampuff repeat order dari Noraishah (jiran setaman)

*
*
*

Yang ni pula bukan untuk tempahan tapi saja2 nak baking, tak silap sabtu lepas (sebelum bertolak ke Desaru..) kek pisang berbadam khas untuk di berikan kepada mak dan saudara-mara di kampung. (kg. dekat jer.. 20 minit dah sampai..)

Bukannya apa.., time ni tak ada apa nak buat jadi tangan tu macam gatal aje nak buat sesuatu, kebetulan pulak stok pisang pun ada maka jadilah kek pisang dengan taburan hirisan badam ni.. (tangan gatal PULAK nak menepek  sesuka-hati..!)
Tapi.. Alhamdulillah..! mereka semua menyukainya dan dah licin-selicinnya..



05 October 2012

KEK KARAMEL - Hari Ini Dlm Sejarah..!

 

Assalamualaikum..!
Entah mimpi apalah hari ini.., tup-tup boleh bersemangat nak mencuba 'KEK KARAMEL' yang dah memang popular kepada para blogger masakan. Orang dah jauh nun naik ke bulan tapi kita baru nak merangkak-rangkak.. baru nak mencuba buat. Walhal dah lama simpan resepi ni sejak mula-mula lagi kek ni mula nak popular, dah begitu ramai yang dah mencuba dan ada yang dah semakin laris bisnesnya dengan kek karamel ni tapi kita juga yang ketinggalan..! 

Entah kenapa sebelum ni.. bila tengok jer resepi kek karamel ni terus tak jadi nak buat sebab macam leceh dan berderet gitu resepi dan bahan2nya. Akak memang tak berapa gemar benda yg leceh2 ni..! itu yang tak berbuat juga sampailah ke hari ini, Itu yang dikatakan "HARI INI DALAM SEJARAH..." ini pun dek masinnya mulut Ana kot.. yang katanya tengoklah tak lama lagi akak pulak yang tayang kek ni..! Heee.. 

 Orang baru nak mencuba jadi tak berapa nak cantik kejadiannya.. tapi kalau nak tengok kek karamel yg cantik intai-intai dan jenguk2lah ke dapur Pn. AnnaQawina kita tu.., yang memang dah pakar dan terror bab kek ni..! Bagi sesiapa yang rasa malas nak buat order aje kat Anna ni.. segala macam kek dia buat. (Promote sikit..!) Hai.. macam manalah Ana boleh buat berloyang-loyang kek karamel ni ya..??? Kalau akak adoi.. mintak ampunlah jawapnya..! buat 1st time ni pun entah apa nasiblah..


Bila nak potong macam menggeletarlah pulak tangan ni.., bukannya apa tapi tak sanggup nengok karamelnya yang lembut2 gitu..! (Nampak sngt mcm jakun benar...)
Ni belum makan sangat pun baru rasa sikit jer.. sebab nak biar kek ni dok terperap dalam peti sejuk dulu.. kata orang lagi sejuk lagi sedap..! 

Masa bakar tu bahagian bawah kek tu bukan main naik mengebu lagi sampai penuh atas loyang, rasanya lain kali nak buat guna loyang 4 segi yang besar sikit (9'x9'/10') sebab bahagian kek tu macam tebal sangat.

Satu lagi.. bila masa nak terbalikkan kek tu, ya ampun..! berdetup-detap jantung rasanya.., takut entah apakan jadi kat karamel tu nanti, hancur lebur ker..? itu pun tersompeklah juga sikit kat tepi karamel tu tapi nengok Anna punya bukan main  licin & cantik-molek aje rupanya ya..! Tangan pakar  lagi pun memang dah biasa buat  (beratus-ribu biji lagi..)  lain juga ya..! 


Disini akak sertakan resepinya tapi copy dari pakar kek karamel kita Anna, mohon letak kat sini ya Anna..! Di sebabkan tengok cara-cara dan tip2 dari Analah yang akak bersemangat juga akhirnya nak mencuba kek yang menjadi sebutan dan kegilaan ramai.. cewah..!

KEK KEREMEL II
Sumber asal : Puan Munira Baharom
Sumber baru : Puan Shasha rahmat & Puan Sha Hafizi (kalau ada yang lain sbg rujukan maaf yer, blh bgtau saya..), Kak Nadz COSK



Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek 

  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
  D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :
  • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
  • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  • Sedap dimakan sejuk.
** Nota utk sendiri (utk citarasa sendiri akan dtg..) :
1) susu pekat - ¾ / ½ cwn jer..
2) Guna loyang 4 segi  9x9 /10x10
3) Suhu 160°c 1jam 15 minit


Tertonggeng-terbaliklah.. kek ni kena di posing-posingkan..!