Ayam masak merah pulak memang tak tinggal, menu yg mesti ada setiap kali sambutan hari raya.
Ini ajelah menu raya kita hari tu..!
Tak tahan rasanya nengok donat labu kat rumah Hana & Ika, dan ramai juga yg dah mencubanya. Jadi flora kitchen pun tak ketinggalan nak mencuba dan merasa keenakan donat labu ni. Balik koje semalam pergi cari labu dan malam baru try nak mengadun donat ni. Comot benar rupa donat ni kan? ini koje org nak cepat main tabur gula icing je.. itu yg comot semacam je tu..!!
Memang betul-lah.. kata dek Hana & Ika kita ni, adunan donat ni betul2 mencabar keimanan & kesabaran.., nasib baik time mengodeh tu, tak letak air dulu, kalau tak lagilah menyiksakan rasanya dgn tahap lembik & melekitnya adunan ni. Tapi bila x letak air terus uli dgn tepung kira okeylah juga taklah sukar sangat. Nak bentukkan jadi tayar tu pun pakai tangan je, lagi senang, kalau main terap2 guna cutter donat lagilah tersiksanya jiwa dibuatnya!
Walaupun agak mencabar kesabaran namun hasilnya alhamdulillah... adunannya naik mengebu sekali. Bila tahap kemalasan dah melanda maka macam2 bentuk & rupalah jadinya donat ni! Last2 gentel bulat2 je.. cucuk lidi jadilah macam sate! Anak2 lagi suka.., berebut-rebut pulak nak yg macam sate. Kebetulan memang buat 3 cucuk sebab dah tahu kalau buat kurang memang bergaduh punya! Bila 3 tak boleh berebut lagi, bagi sorang satu.. ADIL..!
Raya Haji ni kita pun busy tau.., busy dgn 'En. Embu' kat atas tu! KORBAN..! KORBAN..! BERKORBAN APA SAJE.. HARTA ATAU PUN NYAWA..! Auwwww..ngerinya!
Dah beberapa hari nak buat belebat ubi ni, asyik tertangguh aje! Ubi dah ada (free lagi!) daun pisang pulak tak ada, itu yg tangguh2 je..! Teringat pulak kat sekolah mr hb ada pokok pisang, apalagi semalam suruh dia ambik aje kat sekolah dia, bila officemate dia dengar nak angkut daun pisang semua tanya, ha.. ni mesti nak buat kueh, jadi pagi ni mr hb bawaklah juga beberapa ketol ke sekolah. Tak tahulah apa rasa..! takut tak sedap aje..!
Cup Cake pisang lagi...dan lagi..., selagi ada pisang maka selagi itulah adanya cake atau cupcake! apalah merepek pulak ya.., sabtu lepas buat cc ni utk bawak balik muar sempena ada majlis kenduri kat rumah bapak mertuaku...! Rasanya inilah cc yg senang dan simple dan cepat nak buat! Lebih-lebih lagi time nak kejar masa dgn berbagai urusan maka inilah cc yg senang sgt.. cewah!
Resepi kek pisang yg sama cuma dipelbagaikan aje, main tabur2 je coklat rice dan coklat chips sesuka hati kat atas cc ni! Spt biasa rasanya tetap maintain dan sedap..! Bila dah ada coklat rice/coklat chips ni, maka sukatan gula dlm resepi kenalah dikurangkan, sbb x gemar sgt kalau manis2 ni..., bila dah dikurangkan kira tahap kemanisannya oklah manis2 buah gitu!
Resepinya pernah disiarkan sebelum ini, boleh rujuk dkt label cake. Tayang cc posing2 sakan dulu ya! dgn macam2 gaya tersendiri.. trtonggeng.. terbalik pun ada. (tuan umah x de koje kot, main posing2 sakan.. ewah! Rasanya naik meluat org nengok kan..??? 
Dah lama rasanya simpan resepi kek durian ni, teringin sangat nak mencuba tapi time musim2 durian hari itu, beli durian asyik habis dimakan cam tu je! akhirnya tak dpt buat kek. Cam ner agaknya boleh teringat pulak lempuk/gula durian dlm peti sejuk terus cuba buat kek ni. Time bakar kek durian ni, dia punya wangi baunya menusuk hidung dan merebak ke pelusuk rumah. Memang bakar agak kekuningan dan garing2 sikit tepi2 & atasnya. Kek ni lembut sgt.. ada kalanya nak potong pun kena berhati-hati, takut berderai. Cam ner pun, rasanya sedap dan lemak2 gitu!
KEK DURIAN
Pisang Muda masak lemak... memanglah favorite semua terutama mr hb yg cukup gemar sgt dgn lauk pisang ni. Dia cukup suka lebih2 lagi kalau campak kan sikit kupang ke dlm lauk ni, hai.. tak tahu ler nak cakap apa.., mahu tak cukup nasilah jawabnya! Tapi kali ni tak de pulak kupang x sempat nak meronda-ronda kat pasar cari kupang, jadi bantai jerlah!
Biasanya kalau masak lemak pisang ni mesti goreng ikan kering dan tumbuk sambal belacan atau pun sambal tumis. Ada geng2 dia cam tu.., barulah terangkat dibuatnya! Tapi pagi ni tak sempat nak buat semua2 tu, cuma masak asam pedas ikan pari jer! (tak n3 kat sini sbb dah biasa sgt menu tu, kluar kat sini..!).
Resepinya sama aje spt masak2 lemak yg lain spt lemak nangka, ada letak sikit lada hitam dan daun selasih. Pisang tu, disiat2 dulu kulitnya dan isinya ditumbuk dlm lesung sikit (agak2 pecah2 sikit jer!) kemudian direbus hingga empuk. Lepas tu masak spt biasa, rencahnya ikan bilis + bwg + kunyit sikit & diblender hancur dan masukan santan, perasa secukupnya, SIAP..!
Semalam nmpk kat umah Dek hana kite, bukan main bulat2 lagi jemput2 nasi dia! Bahannya pun taklah susah mana, jadi balik rumah aje.. cubalah mengodeh jemput2 ni, rupanya tak cukup2 pulak. Sehinggakan anak2 semua berebut-rebut..., si adik siap suruh buat lagi! Adoi.., rasa cam malasnya nak mengodeh lagi! Tapi nengok cam kesian pulak sbb dia org macam tak puas makan. Adalah dpt merasa dlm 2-3 ketul sorang. Kat atas ni adalah set yg 2nd round mengodeh jemput2 ni! Kali ni baru dpt bulat2 sikit..! (tapi x ler se cun & bulat2 macam hana punya!). Apa pun licin jugak, mungkin semua tengah lapar kot.., dan mungkin kenalah tu pada tekak & selera memasing.
Sedap tau jemput2 ni, 1st time rasa pun dah terjatuh cinta.. cewah! Teksturnya pun lembut sangat! Kalau campak bawang goreng dlm adunan tu.. lagi sedap kot! Tapi akak ada add kiub ayam knor sikit. (pandai2 je menokok-tambah.. sorry!)
Kira ini 1st round punya jemput2.. yg tak cukup2 tu! Semuanya suka nmpknya..!
Minggu ini x de N3 sgt..., sebab tengah sibuk, ulang-alik ke hospital. Sabtu ari tu, mak akak ditahan di wad hospital Sultan Ismail, Pandan J.B.
Ha.. inilah apam marmar yg empunya citer tu! Trajedi betul-lah...
Pada akak ok juga cuma rasanya kalau letak pandan paste atau pun coklat emulco lagi sedap kot?? Kandungan gula nya agak manislah bagi akak, itu pun dah kurang kan sikit tapi masih terasa manis kat tekak, mungkin sbb akak ni x kuat manis kot! Tapi tak per.. yg penting dah tinggal cenonet je tu..! Suka buat apa2 kat umah ni.., sbb sedap ke... tak sedap... gerenti habis & licin punya! Tu yg suka... tak membazir!! he..he.. sbbnya, ada hero montel tu yg suka prhabiskan.. selamat..!!
Resepinya pulak ngintai dari umah CMG, minta izin copy kat sini ya cik mat.., TQ!