18 November 2009

SAYUR LEMAK PISANG

Pisang Muda masak lemak... memanglah favorite semua terutama mr hb yg cukup gemar sgt dgn lauk pisang ni. Dia cukup suka lebih2 lagi kalau campak kan sikit kupang ke dlm lauk ni, hai.. tak tahu ler nak cakap apa.., mahu tak cukup nasilah jawabnya! Tapi kali ni tak de pulak kupang x sempat nak meronda-ronda kat pasar cari kupang, jadi bantai jerlah!

Biasanya kalau masak lemak pisang ni mesti goreng ikan kering dan tumbuk sambal belacan atau pun sambal tumis. Ada geng2 dia cam tu.., barulah terangkat dibuatnya! Tapi pagi ni tak sempat nak buat semua2 tu, cuma masak asam pedas ikan pari jer! (tak n3 kat sini sbb dah biasa sgt menu tu, kluar kat sini..!).

Resepinya sama aje spt masak2 lemak yg lain spt lemak nangka, ada letak sikit lada hitam dan daun selasih. Pisang tu, disiat2 dulu kulitnya dan isinya ditumbuk dlm lesung sikit (agak2 pecah2 sikit jer!) kemudian direbus hingga empuk. Lepas tu masak spt biasa, rencahnya ikan bilis + bwg + kunyit sikit & diblender hancur dan masukan santan, perasa secukupnya, SIAP..!

5 comments:

  1. kak ammmmmmmmmmmmmmm!!!! nak sepiukkkkkkkkk!!! ni fav kita gak niiiiiiiiiiiiii!!!!

    ReplyDelete
  2. salam...singgah,lawatan dari taiping,

    ReplyDelete
  3. salam kak am,
    Tahniah, tahniah, umah cat baru kak?
    Lamaa dah tak makan sayur lemak pisang ni. gulp! lapar la kak... hihi

    ReplyDelete
  4. alalala....lamanye x makan lemak pisang nih! tingat kat kg kalo time kenduri kendara mesti ada masak lemak pisang nie wat utk org yg dtg rewang...(sebelah utara la...)...windunye...

    ReplyDelete
  5. salam kak am...alahai dah banyak terlepas kapal...ruginya, mesti dah habis tu...lama betul ima ni tak merasa sayur lemak pisang tu...

    ReplyDelete