30 November 2009

HIDANGAN AIDIL ADHA


Sambutan Aidil Adha (Raya Haji) hari itu, cuma masak ketupat dan geng2nya spt ayam masak merah, kari daging, sayur lodeh dan rendang daging serta pencuci mulutnya puding roti hana. Ini ajelah yg sempat digodeh2 kat dapor. Nak buat lebih2 mak ooi.., tak terlarat lagi rasanya.., lepak betul dibuatnya. Tapi sayur lodeh dan rendang daging tak dpt ditayangkan kat sini sbb trlupa pulak nak snap. Time2 sambutan raya macam ni, nak masak menu2 lain susah sikit sbb mak akak memang tak nak punya, walau cam ne pun dia mesti nak ketupat tak kiralah ketupat instant pun tak apa janji spesis ketupat.



Kari-kekari ni, memang favorite mr hb! Kalau nengok dia makan mak datok.., kus-semangatnya!!!


Ayam masak merah pulak memang tak tinggal, menu yg mesti ada setiap kali sambutan hari raya.

Puding roti Hana.., (dah glamour gitu nama dek hana kita ya!). Suka buat sbb sedap...!
Ini ajelah menu raya kita hari tu..!

SEKITAR MAJLIS KORBAN


Mr. hb dah ready nak mulakan tugas menyembelih. Cewah2..! macam bersemangat waja gitu, padahal dlm hati tu dap..dup..dap..dup gak tu! Maklum baru 1st time mencuba. Tapi alhamdulillah..segalanya berjalan dgn lancar.
Mr. hb sedang melakukan proses penyembelihan, tengok tu, budak2 siap depan2 lagi, bukan main berani semua! Akak mula2 tu macam takut dan ngeri jugak nak nengok. Dah siap sembelih baru ler buat menyibuk dan berani nak dekat!

Siapa nak yg ini..??? Pls angkat tangan! Boleh bagi free lagi.., siapa nak cepat!!! Boleh gantung kat dinding rumah buat perhiasan! he..he..
 
Kerja2 melapah sibuk dilakukan oleh penduduk2 setaman.
Pada hari ahad semalam, mr hb dijemput utk melakukan pnyembelihan korban kat Tmn Pulai Jaya, J.B. (rumah adik hb sbb dia buat korban sefamily). Maka pepagi lagilah kita sekeluarga bertolak ke rumah dia. Apalagi kita org pun cuba lah berani kan diri, melihat proses pnyembelihan korban tu dan sehingga proses melapah daging dilakukan. Tapi pada 1st raya haji tu pun mr hb dah juga mnyembelih 3 ekor lembu & sekor kambing korban di masjid & surau berhampiran rumah. Bagi dia, inilah pengalaman pertama dia menyembelih musim2 korban ni!

Inilah pengalaman pertama menengok proses korban ni secara dekat dan dari mula2 nak sembelih lembu tu sehinggalah selesai kerja2 melapah & pembahagian daging korban tersebut. Naik muak juga ya, dlm esbok bnyk juga daging korban & tulang2 lembu yg menunggu utk dimasak.

26 November 2009

DONAT LABU

Tak tahan rasanya nengok donat labu kat rumah Hana & Ika, dan ramai juga yg dah mencubanya. Jadi flora kitchen pun tak ketinggalan nak mencuba dan merasa keenakan donat labu ni. Balik koje semalam pergi cari labu dan malam baru try nak mengadun donat ni. Comot benar rupa donat ni kan? ini koje org nak cepat main tabur gula icing je.. itu yg comot semacam je tu..!!

Memang betul-lah.. kata dek Hana & Ika kita ni, adunan donat ni betul2 mencabar keimanan & kesabaran.., nasib baik time mengodeh tu, tak letak air dulu, kalau tak lagilah menyiksakan rasanya dgn tahap lembik & melekitnya adunan ni. Tapi bila x letak air terus uli dgn tepung kira okeylah juga taklah sukar sangat. Nak bentukkan jadi tayar tu pun pakai tangan je, lagi senang, kalau main terap2 guna cutter donat lagilah tersiksanya jiwa dibuatnya!

Walaupun agak mencabar kesabaran namun hasilnya alhamdulillah... adunannya naik mengebu sekali. Bila tahap kemalasan dah melanda maka macam2 bentuk & rupalah jadinya donat ni! Last2 gentel bulat2 je.. cucuk lidi jadilah macam sate! Anak2 lagi suka.., berebut-rebut pulak nak yg macam sate. Kebetulan memang buat 3 cucuk sebab dah tahu kalau buat kurang memang bergaduh punya! Bila 3 tak boleh berebut lagi, bagi sorang satu.. ADIL..!

Kita posing lagi sampai ke dalam2 pelusuk rongga donat ni yg berlubang & bersarang tu...!

Resepinya nanti tepek kat sini, time ni tengah busy sikit!

25 November 2009

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA..! yg menyambutnya...

Raya Haji ni kita pun busy tau.., busy dgn 'En. Embu' kat atas tu! KORBAN..! KORBAN..! BERKORBAN APA SAJE.. HARTA ATAU PUN NYAWA..! Auwwww..ngerinya!
Busy menghantar daging korban kpd yg memerlukan! cewah! Tak delah yg busy mr hb kita je.. sibuk nak memotong kapala en embu tu! T/kasih buat semua yg mengirimkan e-kad dan maaf kalau x sempat nak gantung kat sini, maklum.. BUSYyyyyyy...!!!!!

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA ...!!! MAAF ZAHIR & BATIN..!

BELEBAT UBI

Dah beberapa hari nak buat belebat ubi ni, asyik tertangguh aje! Ubi dah ada (free lagi!) daun pisang pulak tak ada, itu yg tangguh2 je..! Teringat pulak kat sekolah mr hb ada pokok pisang, apalagi semalam suruh dia ambik aje kat sekolah dia, bila officemate dia dengar nak angkut daun pisang semua tanya, ha.. ni mesti nak buat kueh, jadi pagi ni mr hb bawaklah juga beberapa ketol ke sekolah. Tak tahulah apa rasa..! takut tak sedap aje..!
Tapi belebat ni tak berapa menariklah, warnanya pun pucat aje..! walaupun letak gula melaka tapi kalernya tak berapa gelap tak macam gula merah/gula timbang. Tapi apa pun...lakulah juga! dah lama juga tak makan belebat ni jadi anak2 pun sukalah juga. Kebetulan mak pun ada dok kat rumah lepas keluar hospital hari itu, sekurang-kurangnya ada juga kueh yg boleh dimakan time lapar2 atau time minum2 petang. Lagi-lah time2 cuti sekolah ni, anak2 kat rumah mandang lapar sesaje..!!

Ikut resepi Bro rozan ada letak telur, ikut tekak sendiri okey aje...! Bedal semacam aje!

BELEBAT UBI (Bro rozan)
Bahan-bahan:
600 gm ubi kayu parut
120 gm kelapa parut (putih)- boleh bubuh lebih sikit kalau suka.
100 gm gula melaka
220 ml air
100 gm gula pasir
2 sudu besar santan pekat (optional, org dolu-dolu tak gunakan)
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
secukup daun pisang utk membungkus kuih

Cara:
1) Masak gula melaka bersama air hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2) Ubi diperah kanjinya dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan kelapa parut, gula pasir, air gula melaka tadi, santan pekat dan garam. Kacau rata-rata.
3) Ambil sekeping daun pisang yg telah dilayukan dan bubuh kira-kria 2-3 sudu besar adunan. Lipat seperti biasa dan buatlah sehingga selesai semua adunan.
4) Kukus belebat ubi ini selama kira-kira 30 minit.

23 November 2009

C.C PISANG COKLAT RICE

Cup Cake pisang lagi...dan lagi..., selagi ada pisang maka selagi itulah adanya cake atau cupcake! apalah merepek pulak ya.., sabtu lepas buat cc ni utk bawak balik muar sempena ada majlis kenduri kat rumah bapak mertuaku...! Rasanya inilah cc yg senang dan simple dan cepat nak buat! Lebih-lebih lagi time nak kejar masa dgn berbagai urusan maka inilah cc yg senang sgt.. cewah!
 Resepi kek pisang yg sama cuma dipelbagaikan aje, main tabur2 je coklat rice dan coklat chips sesuka hati kat atas cc ni! Spt biasa rasanya tetap maintain dan sedap..! Bila dah ada coklat rice/coklat chips ni, maka sukatan gula dlm resepi kenalah dikurangkan, sbb x gemar sgt kalau manis2 ni..., bila dah dikurangkan kira tahap kemanisannya oklah manis2 buah gitu!
 
Resepinya pernah disiarkan sebelum ini, boleh rujuk dkt label cake. Tayang cc posing2 sakan dulu ya! dgn macam2 gaya tersendiri.. trtonggeng.. terbalik pun ada. (tuan umah x de koje kot, main posing2 sakan.. ewah! Rasanya naik meluat org nengok kan..??? 

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG - ADIK

Seperti tahun2 lepas, tahun ini juga ain(adik) menerima lagi Anugerah Cemerlang Tahun 2009 bagi pelajar cemerlang utk Tahun 2 SMK Seri Alam 1.
Sabtu lepas (21/11/2009), pagi2 lagi dah sibuk kena pergi sekolah dia sempena majlis ini, disamping tu, adik juga ada membuat persembahan tarian bagi mewakili murid2 kelas dia. Walhal hari ini juga kita org semua nak bertolak ke Muar, rumah bapa mertua sbb ada majlis kenduri. Terpkasalah tunggu sehingga majlis adik selesai barulah bertolak ke Muar selepas zohor.

Ain sedang menerima sijil dan hadiah dari Guru Besar, salah seorang dari pelajar yg mendapat 5A dlm setiap aliran. Time ni, juga sedang menunggu giliran utk buat persembahan, jadi ambik sijil pun pakai tanjak & kain batik.

Persembahan Tarian Murid2 Tahun 2 Intelek 1
Ini pula persembahan tarian dari murid2 kelas adik (2 Intelek 1)

Posing2.. pulak! dgn kengkawan..

20 November 2009

KEK DURIAN MOIST

Dah lama rasanya simpan resepi kek durian ni, teringin sangat nak mencuba tapi time musim2 durian hari itu, beli durian asyik habis dimakan cam tu je! akhirnya tak dpt buat kek. Cam ner agaknya boleh teringat pulak lempuk/gula durian dlm peti sejuk terus cuba buat kek ni. Time bakar kek durian ni, dia punya wangi baunya menusuk hidung dan merebak ke pelusuk rumah. Memang bakar agak kekuningan dan garing2 sikit tepi2 & atasnya. Kek ni lembut sgt.. ada kalanya nak potong pun kena berhati-hati, takut berderai. Cam ner pun, rasanya sedap dan lemak2 gitu!

KEK DURIAN
BAHAN
(Resepi dari kak fida MYr)

250g butter
230g tepung
4 biji telur
220g gula (kurangkan jadi 150g sbb guna lempok durian dah manis)
250g isi durian (guna lempok durian je)
sedikit santan serbuk (x letak, sbb dah habis)
1sk baking powder
1sk bickorbanat
sedikit pewarna kuning
1sk essen durian (optional)

CARANYA
Lenserkan loyang dgn butter dan dialas kertas minyak - ketepikan
Pukul gula & butter hingga kembang. kemudian masukan telur satu persatu - putar lagi
masukkan isi durian & essen durian, gaul rata
masukkan tepung (yg telah diayak bersama baking powder & bikarbonat)
Digaul rata dan sebati, kemudian tuangkan ke dlm loyang kek dan bakar selam 40-45 minit atau sehingga masak.

18 November 2009

SAYUR LEMAK PISANG

Pisang Muda masak lemak... memanglah favorite semua terutama mr hb yg cukup gemar sgt dgn lauk pisang ni. Dia cukup suka lebih2 lagi kalau campak kan sikit kupang ke dlm lauk ni, hai.. tak tahu ler nak cakap apa.., mahu tak cukup nasilah jawabnya! Tapi kali ni tak de pulak kupang x sempat nak meronda-ronda kat pasar cari kupang, jadi bantai jerlah!

Biasanya kalau masak lemak pisang ni mesti goreng ikan kering dan tumbuk sambal belacan atau pun sambal tumis. Ada geng2 dia cam tu.., barulah terangkat dibuatnya! Tapi pagi ni tak sempat nak buat semua2 tu, cuma masak asam pedas ikan pari jer! (tak n3 kat sini sbb dah biasa sgt menu tu, kluar kat sini..!).

Resepinya sama aje spt masak2 lemak yg lain spt lemak nangka, ada letak sikit lada hitam dan daun selasih. Pisang tu, disiat2 dulu kulitnya dan isinya ditumbuk dlm lesung sikit (agak2 pecah2 sikit jer!) kemudian direbus hingga empuk. Lepas tu masak spt biasa, rencahnya ikan bilis + bwg + kunyit sikit & diblender hancur dan masukan santan, perasa secukupnya, SIAP..!

JEMPUT-JEMPUT NASI

Semalam nmpk kat umah Dek hana kite, bukan main bulat2 lagi jemput2 nasi dia! Bahannya pun taklah susah mana, jadi balik rumah aje.. cubalah mengodeh jemput2 ni, rupanya tak cukup2 pulak. Sehinggakan anak2 semua berebut-rebut..., si adik siap suruh buat lagi! Adoi.., rasa cam malasnya nak mengodeh lagi! Tapi nengok cam kesian pulak sbb dia org macam tak puas makan. Adalah dpt merasa dlm 2-3 ketul sorang. Kat atas ni adalah set yg 2nd round mengodeh jemput2 ni! Kali ni baru dpt bulat2 sikit..! (tapi x ler se cun & bulat2 macam hana punya!). Apa pun licin jugak, mungkin semua tengah lapar kot.., dan mungkin kenalah tu pada tekak & selera memasing.

Sedap tau jemput2 ni, 1st time rasa pun dah terjatuh cinta.. cewah! Teksturnya pun lembut sangat! Kalau campak bawang goreng dlm adunan tu.. lagi sedap kot! Tapi akak ada add kiub ayam knor sikit. (pandai2 je menokok-tambah.. sorry!)

Kira ini 1st round punya jemput2.. yg tak cukup2 tu! Semuanya suka nmpknya..!
Hana akak main copy je ya dari ruma hana resepinya, TQ! juga buat pnyumbang asal resepi jemput2 ni!

JEMPUT-JEMPUT NASI
Bahan-bahan
1 cawan nasi putih
1 biji kentang (akak x letak)
2 cawan tepung gandum
sedikit air
garam
Cara-cara
Nasi diblender dengan air, pastikan paras air dan nasi tenggelam, blender hancur, kemudian kentang di potong dadu kecil.
Curah dalam bekas adunan,dan campurkan tepung dan kentang, masukkan sedikit garam, gaul sebati, jika terlalu pekat, masukkan sedikit air, jika adunan dah boleh dijemput, air tidak diperlukan, kira nye masa ni agak-agak je kecairan batter ni, macam adunan kita buat jemput-jemput pisang.
Akhir sekali sudukan adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas dan angkat bila dah perang, Sedap dimakan panas-panas bersama sos cili. (memang trsangatlah sedapnya..!)

16 November 2009

LONTONG LAGI..!

Minggu ini x de N3 sgt..., sebab tengah sibuk, ulang-alik ke hospital. Sabtu ari tu, mak akak ditahan di wad hospital Sultan Ismail, Pandan J.B.
Mak terjatuh kat rumah dia hari tu, tak tahan sakit dah bawak pergi berurut 2 kali tapi sakitnya masih tak kurang jadi sabtu ari tu bawak dia check kat hospital dan pergi x-ray sekali, mungkin ada effect kat tulang belakang dia. Biasalah org dah tua.., tulang mereka mudah rapuh apalagi bila dah terjatuh ada aje kesannya. Itu yg kena tahan wad, dan akak terpaksalah berulang-alik dan ptg ni balik koje terus tidur di hospital sebab nak jaga dia.

Jadi lontong ni pun menu simple dan nak cepat jadi buat pun mana yg sempat aje!

12 November 2009

APAM MARMAR

Ha.. inilah apam marmar yg empunya citer tu! Trajedi betul-lah...
Buat apam kaler2 sampai kaki2 pun berkaler-kaler merah pulak tu! Mungkin itu juga tandanya org yg kelang-kabut & gopoh-gapah buat koje kot!
Tapi tak pe ler..., apam ni pun naik mengebu dan lembut sangat! Sampaikan bujang montel sorang tu, siap nak bawak bekal ke sekolah, dia cakap lembut lah kek ni! Dia siap ingat kek lagi..!
Pada akak ok juga cuma rasanya kalau letak pandan paste atau pun coklat emulco lagi sedap kot?? Kandungan gula nya agak manislah bagi akak, itu pun dah kurang kan sikit tapi masih terasa manis kat tekak, mungkin sbb akak ni x kuat manis kot! Tapi tak per.. yg penting dah tinggal cenonet je tu..! Suka buat apa2 kat umah ni.., sbb sedap ke... tak sedap... gerenti habis & licin punya! Tu yg suka... tak membazir!! he..he.. sbbnya, ada hero montel tu yg suka prhabiskan.. selamat..!!
Resepinya pulak ngintai dari umah CMG, minta izin copy kat sini ya cik mat.., TQ!
Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan (akak letak fresh milk je..)
200 g gula halus (akak kurangkan 180g)
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.