30 October 2009

TAUHU POKET

Pernah ternampak tahu poket ni kat beberapa blog member2 kita kat sini dan yg terakhir sekali kat blog Nor(Gannu). Nampak je, mulanya buat x kisahlah kononnya.. tak minat sgt sebab bab tauhu ni x baper gemar. Tapi tah cam ne, balik koje semalam mr hb gi kedai beli ikan, trnmpk tauhu terus nak beli tapi x lah plan nak buat tauhu poket ni. Tapi bila time kat dapur tiba2 je boleh trgerak nak buat tauhu poket tapi bnyk bahan2nya x lengkap jadi buat lebih kurang je..apa yg ada stok kat dapur.

Udang, daun ketumbar, pati ikan bilis semua bahan2 tu x de dlm stok jadi x letak pun.
Cuma letak kiub ayam knorr, bwg goreng & ikan bilis yg halus2. Siap semua, terus je goreng... dan mr hb siap tunggu tahu ni sbb dia mmgnya suka sgt tauhu, x kiralah masak apa pun. Bila dia rasa je..terus dia kata, memang sedaplah..!!! (Hai..baru 1st time nilah, dengar dari mulut dia sedap...! selalunya kita masak cam ne sedap pun dia x pernah sebut pun.. dah biasa dah dgn perangai mr hb ni..!) Dah dia kata sedap, sedaplah tu kot..! lagi pun dia mmg antu tauhu pun!
Kira yg digoreng 6 keping dipotong dua jadi 12 keping tu, time tu jugalah habis dan licin..! makan panas2 baru diangkat dari kuali memanglah sedap..! Lagi pun time tu baru balik koje jadi tentu perut pun memang tengah lapar. Apalagi...! Dah x sabar2..tuang cili sos pun main selambak je..! nengoklah tu..buruk benar kan?
Nor, kite copy dari umah nor tau..TQ..!
TAUHU POKET by Che'Iza MyR
5 kpg tauhu
50 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah diracik halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam

Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....

3 comments:

  1. semua orang kata sedapppp!!! bila ler saya nak buat ni.huwaaaaaa!!!!!!

    ReplyDelete
  2. >>ain: x pe ain..kalau nak makan tungguuuu...this sunday ok!

    ReplyDelete
  3. am, kuah putih ni bukannya hanya utk laksam tp utk laksa gak. kat ganu ni mmg laksa dimakan dgn kuah putih dan kuah masak. cam laksam mmg kuah dia kuah putih aje. kiranya kuah putih tu mmg utk kedua2 sekali, laksa dan laksam. :)

    ReplyDelete