29 August 2009

LAKSA SARAWAK

Ha..ini pulak menu brbuka semalam punyer! spt biasa utk ringkas dan mudah buat je Laksa Sarawak ni. Tapi ada rupa Laksa Sarawak ke ni? Kena tanya dayangjack ni, kang x de rupa ada kena sekel dgn dayang! Sebenarnya akak buat ikut tekak sendiri tau, resepi asalnya guna taugeh tapi akak pergi mandai2 tukar timun.. (mintak ampun dayang!) bukannya apa..kes x nyempat nak beli taugeh & cabut ekornya, nanti x brbuka lak anak2... Lagi satu, resepi asalnya guna pesnya tapi akak gi bantai pes tomyam tau.. tapi still sedap..!! cewah..
Itu yg anak2 & hb brtambah-tambah lagi. Rebus 2 jenis mee, satu mee siam & satu lagi mee laksa tapi dua2 licin. Hb kata sedap mee siam sebab tulah Laksa Sarawak ni guna mee siam!


Resepi asal guna telur dadar yg dimayang halus & bulat tapi akak trlebih rajin tambah lak dgn telur rebus lagi.. kira ada choicelah! sape x suka telur rebus leh makan telur dadar..
Resepinya dari pakar masak kita iaitu Pn. Dayang, thanks ya..akak copy tau!

BAHAN
150 gm pes laksa Sarawak
1 peket bihun (dicuci dan dicelur)
200 gm udang basah
200 gm santan
2 keping tauhu (digoreng dan dihiris)
100 gm tauge (dicelur) -x letak ganti timun je!
3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus) - x de..guna daging
1½ liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai (diketuk)
sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)
1 helai daun limau purut
4 biji limau kasturi (dibelah dua)
garam dan gula secukup rasa
2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)

utk sambal :
5 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar udang kering, 1/2 inci belacan, 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit garam,gula dan asam jawa.

Cara-cara
Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.
Sedap dimakan ketika panas. ***kalau x cukup pedas, tambah le sambal atau hirisan cili api.

AIR SOYA & TAU FU FA (Sendiri Bikin..)

Kacang soyanya dah beli lama dah.. (tapi blum ke tahap naik bubuk tau!) tapi x buat2 pun, ada aje halangannya. Sebenarnya malas.. bukanny apa sgt! Kesian nengok kacang soya tu lama dah trperap jadi kuatkan semangat jugalah maka jadilah projek soya dan tau fu fa ni. Aduh..! naik sengal gak, tangan ni memerah kcg soya ni, perah punya perah tup2 boleh tertetas pulak kain tapis tu (cam tapis teh tarik). Tak pasal2 kena stop kejap..gi cari jarum & benang satu koje kena menjahit lak yg trkoyak sikit tu! Mungkin brsemangat sgt kot sampai trtetas kain tapisan tu! malang sungguh nasibku..
Apa pun x pelah.. sebab air soya & tau fu fa tu menjadi dan menyamankan anak tekak.. hilang penat memerah.. (al-maklum excited baru 1st time mencuba!)

Thanks buat zaliana (Jurnal rasa), dah lama dah simpan resepi ni..la ni baru brkesempatan. (minta izin copy ya!)

Bahan-bahan
250 gram Kacang soya (rendam selama 4 jam dahulu)
  • 1 liter airAir
  • 1 sudu teh gypsum powder (benda alah ni, beli dah lama dah..jauh lagi! Muar mari..)
  • 1 sudu besar tepung jagung + 1/4 cawan air panas
Untuk 'kuah'
Rebusan air gula + sedikit daun pandan.
Cara-cara
  • 1) Kisar kacang soya bersama air.Perah air soya guna penapis teh tarik.
  • 2) Masak perahan soya sehingga mendidih dan biar lama sikit.
  • 3) Bancuh tepung jagung,air dan gypsum powder.Letakkan dalam bekas.
  • 4) Tuangkan rebusan air kacang soya tadi ke dalam bekas berisi gypsum powder.Biarkan disitu sampai sejuk.Ingat jangan sesekali cuba kacau pati soya tu dengan bancuhan gypsum powder.Jangan diusik-usik! Nanti cair dan tak jadi.
  • 5) Bila dah sejuk boleh pindahkan dalam peti ais.Boleh dimakan dengan air gula atau gula manisan.Sedia untuk di makan. Yum!

NASI BUKHARI wif AYAM PERCIK

Nak citer kat sini pasal Nasi Bukhari ni, sebenarnya ini menu brbuka hari Khamis tau.. trlewat brN3, BUSY memanjang..! 1st time mencuba alhamdulillah.. sedap sgt pada tekak akak dan semua family amat menyukainya! Menu yg x plan pun sebenarnya, tinjau2 kat blog kak hanieliza so trnmpk menu ni, balik koje je.. rasa macam nak try buat. W/pun masa yg agak singkat tapi akhirnya dpt juga siapkan setelah azan brkumandang dah 10 minit.

Kesian tau.. anak2 nunggu nak makan! Citernya setelah tanak nasi dlm rice cooker agak dah lama jugalah, bukalah tutup periuk tu, kononnya pasti dah kering tiba2 malangnya nasib hari tu, nasi tu masih x mendidih lagi tau! Al-kisahnya..rupanya trlupa tekan button COOKING so nasi tu main WARM je.. x didih2 pun!! Itulah sebabnya kalau buat koje kelang-kabut nak kejar masa. Tapi bila hati brkata nak buat cam no pun mesti nak buat juga.. Degil sgt tulah jadinya! Padan muka...

Dah tentu2 time koje manalah ada bnyk masa nak masak menu yg agak rumit sikit. Kira dlm tempoh 1 jam je.. semua nak dibuat, itu yg sampai kelewatan sikit brbuka! Tapi oklah juga..x lah trlewat sgt.. bulan posa ni kena bnyk sabar.. (walhal silap sendiri tu.. x ngaku lagi tu..!)

Sambil2 brsantap dgn Nasi Bukhari tu, sebelum trcekik jom basah2 kanlah tekak dgn Air Soya Jagung, Heem..em.. leganya..sedap..! jagung dlm sudu tu sendiri tambah! Air asalnya x de jagung fresh tu.. just plan je!

Time gi Terawih pulak boleh bawak bekal.. jamahkan member utk bawa balik rumah dia. Keesokannya dia kata, familynya kata sedap (trjongkitlah punggug & kembanglah hidung dipuji, cewah!) dan hbnya pun suka sgt hinggakan suruh wife dia buat juga! Ha..ha.. virus Nasi Bukhari dah trjangkit dah..!
T/kasih buat kak hanieliza diatas resepi yg sedap ni.., saya copy je ya kak!
Bahan (NASI BUKHARI)
  • 1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
  • 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
  • 3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
  • 2 biji buah tomato [belah 4]
  • 1 liter air1/2 cawan susu cair/yogurt
  • 1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
  • 4 s/b minyak sapigaramgulabahan tumis
  • 10 ulas bawang merah ]
  • 4 ulas bawang putih ] tumbuk
  • 3 cm halia ]
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara

  • 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  • 2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
  • 3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
  • 4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendidih.
  • 5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendidih dan kering saperti nasi biasa.

AYAM PERCIK BERKUAH (Resepi ni dari geng terawih, tu yg kena bagi dia rasa!)

BAHAN

  • 4-5 biji chili merah (*) - bagi yg suka pedas blh tambah
  • 6-7 tangkai lada kering(*)
  • 4-5 ulas bwg putih(*)
  • 6-7 tangkai lada kering(*)
  • 2 biji bawg besar/8 biji bwg kecil(*)
  • 1" halia & 1" kunyit(*)
  • 1" belacan (*)
  • 2 kpg gula kabung
  • 1-2 cwn santan
  • Garam (secukup rasa)
  • sdkt minyak (utk tumis)

CARA

  • Tumis bahan yg diblender hingga garing dan naik minyak
  • masukkan gula kabung, biar gula larut
  • masukkan santan (blh tambah sdkt air utk yg nak lebih kuah)
  • masukkan ayam biar agak mendidih
  • masukkan garam secukup rasa
  • Biarkan hingga masak dan kuahnya pekat sikit
  • Angkat & hidangkan dgn taburkan bawang goreng.

27 August 2009

MEE HAILAM

Hari2 sibuk pasal menu buka posa ya.. semalam akak buat mee hailam jee, citernya sebab dah x sempat sampai rumah je dah 6:30 ptg. biasalah kat hghway ada masa jam sikit tu yg lewat dibuatnya. Jadi trpaksalah buat menu yg cepat & ringkas pang-pung2 cam lipas kudung kepala! semua anak, akak kerah buat keje tolong apa yg patut. Kakak buat air, prepare pingn/mgkuk , adik kupas bawang2, abg montel tu suruh kopek kulit udang & yg last sekali bapak budak juga kena buat koje juga..x leh ngelat! sebab semua nak makan kan.. time dah last minute ni! jadi bapak budak potong sayur-mayur jelah..! semua brgotong-royong! Akhirnya sempat juga, ngam2 Azan brkumandang settle semua.. boleh MAKAN!

Semalam cuma minum air PINK GUAVA wif Limau Kasturi je.. Aduh! leganya..sejuk sikit anak tekak!
Ada juga pulut serunding... kueh favorite akak & iman, suka sgt pulut serunding x tahulah knapa? macam sedap gitu! Tapi yg ini mak bagi.. bukanlah sendiri bikin tau! Manalah sempat nya.. 

TELUR KUKUS

Nmpk resepi telur kukus ni kat rumah Nina, macam teringin pulak nak mencuba, lagi pun x susah sgt pun. Buat utk makan sahur, semuanya heran apa benda ni..??? Mula2 dia org ingatkan tahu! Ok juga, sedaplah pada tekak akak!

Spt. biasa akak copy je ya Nina! Thanks for this receipe.

TELUR KUKUS
Bahan
2 biji telur
3/2 cawan air (akak ltk 1/2 cwn je)
1 sudu kecil tepung jagung (akak ltk 1sb)
1 sudu kecil serbuk secukup rasa "Maggie" (x ltk out of stock)
1 sudu kecil lada sulah ( ltk serbuk lada hitam)
sedikit halia - cincang halus (yg ni x ltk)
daun sup - cincang halus
udang - kopek kulit
nak pedas leh cincang cili merah (x letak)

Sosnya:
2 biji bawang putih - di ketuk
2-3 biji chili padi (akak tambah)
2 biji bwg kecil (akak tambah)
soya sos - yg cair (akak ltk sos tiram je)

cara utk sos:-
tumis bwn putih dgn sedikit minyak, pas tu tuang soya sos. tambah sedikit air. tambah sedikit perasa.. siap..
Cara (utk telur):-
satukan kesemua bahan, jangan pukul sampai bebuih, asal sebati
sapu minyak pada acuan. tuang adunan telur dalam acuan.- pas tu kukus la.. haku kukus atas kuali jer..- dah masak tu.. telangkupkan kat pinggan..- tuang sos. pas tu tabur kat atas telor bwg goreng.

26 August 2009

PUDING JAGUNG LAPIS COKLAT

Buat puding jagung lapis coklat ni utk berbuka, follow resepi dari rumah Jun. Balik Terawih je.. dlm pukul 10.45 tiba je kat rumah, cepat2 buat puding ni, sebab teringin sgt nak makan puding berkuah dah lama x makan! Terasa-rasa je kat tekak, nak x nak malam pun malamlah pang-pung2 jugalah kat dapur janji tercapai gak hajat tu..! Nak buat time balik koje memanglah x menyempat. Masak utk hidangan brbuka siap2 je.. ngam2 dah AZAN!

Boleh juga dimakan cam tu je tanpa kuah tapi tekak ni.. lebih suka yg berkuah gitu! Sebab memang antu puding berkuah pong..!

Letak kuahnya dgn fruit coktail, bagi sejuk2 sikit.. aduh! sedapnya..!
(Jun akak copy je.. thanks!)

PUDING JAGUNG LAPIS COKLAT
bahan A - (lapisan kuning)
6gm serbuk agar2
500ml susu segar/cair
100gm gula
130gm cream corn
1 sudu makan tepung jagung
kaler kuning sket
Caranya : campurkan sume, masak n didihkan. masukkan dalam acuan.

Bahan B - (lapisan coklat)
6gm serbuk agar2
500ml susu perisa coklat
70gm gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh choc emulco (optional) akak ltk juga lagi sedap
Caranya : campurkan sume, kacau. masak & didihkan. sejukkan sket, tuang atas lapisan pertama tadi. sejukkan.

MENU BERBUKA - 4th PUASA (semalam)

Seterusnya...jamu mata lagi nmpknya ya, masih berkisar tentang menu2 brbuka. Semalam punya hidangan sebenarnya masak nasi spt biasa berlaukkan asam pedas ikan parang (yg tempernya ikan ni, bnyk tulang) tapi ikan paranglah yg hb paling suka beli, dahlah tu mesti nak suruh masak asam pedas punya! ada goreng ikan juga tapi menu tu x payah N3 lah kan, sebab dah siaran ulangan! Cuma sambal goreng tempe kentang + soohon je.. boleh N3 sebab rasanya belum ditayang lagi kot!

Apa yg nak tayang ialah menu lain spt kueh-mueh tradisional spt putri mandi (pelik kan namanya) ada juga bubur butir nangka. Ha.. kueh-mueh ni ngelat sikit tau, bukannya buat sendiri tapi pemberian dari masjid. Free lagi...

Putri mandi ni kaler2 lagi.., apa pun tetap sedap nak buat sendiri biasalah rajin sgt.. jadi dpt free.. best kan! apa lagi ngap jelah..

Ini pulak sambal goreng tempe wif kentang + ikan bilis & soohon. Ini menu favorite hb..bab tempe2 ni memang dia gemar (nak kata jawo x pulak..) tapi akak x baper sgt. Tapi makan jugalah cuma bukan menu favorite! Tapi masak tetap kena masak.. ciannya kan?

MENU BERBUKA- 3rd PUASA

Sorry ya, ini adalah menu brbuka yg dah ketinggalan, biasalah kan sejak puasa ni sering x brkesempatan utk berN3 disebabkan kesuntukan masa yg teramat. Balik2 koje je dah kelam -kabut ke dapur masak apa yg sempat, siap je masak tup2 dah Azan jadi sibuk nak berbuka! Menu yg se-simpelnya hanya Mee Tiaw sup, air sirap laici & cucur udang bersos. cucur udang ni request frm my yongest doter, katanya lama dah x makan. Kesian pulak time posa2 ni so buatkanlah juga w/pun dah sibuk sgt kat dapur.
Kalau buat cucur udang ke atau cucur ikan bilis/kentang mesti nak ada sosnya, anak2 memang suka cam tu..baru laju je makan!

Jadi jamu mata ajelah ya!

24 August 2009

ANTARA MENU BERBUKA

Ini adalah diantara menu2 berbuka tempohari, simple dan biasa2 je.. spt. sebagai pembasah tekak hanya hidangan air soya cincau, mee tiaw telur puyuh dan sup ayam.


sejak posa2 ni belum brkesempatan lagi nak membaking atau pun buat kueh-mueh tapi dlm kepala dah berangan juga tu.. tapi disebabkan kesuntukan masa jadi terpaksalah ditangguhkan dulu. Tunggu time weekend baru boleh kot! Kalau setakat godeh puding atau agar2 yg simple tu mungkin boleh-lah.. utk hari2 bekerja ni, rasanya nak buat gak tu.. sebab memang suka sgt puding berkuah tambahan lagi time posa2 ni.. hai! sedapnya kan!!

AKTIVITI 1st RAMADHAN

Ada yg brtanya apakah menu berbuka utk hari pertama puasa?? N3 kali ni bukan pasal menu makan2 atau resepi tau.. jangan suspen pulak ya.. kali ini kita tayang aktiviti 1st ramadhan hari itu. Pepagi lagi dlm pkl 8.00 pagi kita org dah gi menziarahi kubur arwah
IBU MERTUA-KU! di Jln Mahmodiah, J.B. Kepada yg dok area JOHOR tahu sgtlah kan..area tu!
Ini juga bukanlah aktiviti ziarah semata-mata tapi lebih kpd membersihkan dan mengemas-kini area kubur arwah. hb nak mengecat kubur jadi kita sekeluarga pergilah bergotong-royong kat sana. Tengok tu.. si ain & iman rajin sungguh membersihkan kubur arwah nenek mereka. Berebut-rebut lagi nak tolong mengecat tapi tidak boleh..!! cuma sapu2 dan angkat sampah je.. Bab cat-mengecat urusan HB dan akak pun tolong juga cat ni.. dan bab tanam pokok pula bab akak-lah ewah! cantik dan bersih dah area kubur tu, tapi sebelum ini faham2 jelah kan.. agak bersemak juga tapi tak lah teruk sangat. sebab every year kita org bersihkan.

Ha.. tengok tu, siapalah yg paling rajin sgt tu..?? cewah! Siap tanam pokok tau..! Sekurang-kurangnya sejuk sikit kan! Disamping disedekahkan Al-Fatihah & Yassin..

Rajin anak2 mama ya.. siap bergaduh & berebut lagi nak-kan penyapu! kalau kat rumah, bertuahlah..

21 August 2009

LAPIS KACANG HIJAU

Kemas punya kemas kat ceruk dapur tiba2 trjumpa pulak tepung kacang hijau, tempohari baru luak sikit, time cuba buat tepung gomak. Sayang pulak kalau x digunakan, jadi terfikir pula nak buat Lapis kacang Hijau. Kebetulan memang suka sgt lapis kacng hijau ni berbanding dgn lapis2 yg lain. W/pun x pernah cuba lagi nekad je-lah, kebetulan resepinya pun ada.. yg dah dok lama trperap, pmberian dari mk sedara yg dok kat s'pore. Bahan2 yg lain pun memang dah ada, jadi mudahlah kerjanya..! Melapis-lah pulak kali ni ya..

LAPIS KACANG HIJAU
BAHAN

125gm Tpg kacang hijau
100gm gula pasir
150gm gula melaka
250gm tpg sagu
50gm tpg Hoen Kwee
400ml santan pekat
800ml santan cair
5 helai daun pandan
1sk garam
sedikit pewarna hijau & kuning (akak ltk hijau& merah)

CARA
Masak santan pekat/gula pasir/gula melaka & daun pandan hingga mendidih -ditapis & disejukan sebentar
Tepung 3 jenis tadi, dibancuh dgn santan cair dan dikacau rata
Masukkan pula santan yg teleh dimasak dgn gula tadi, + sdkt garam - dikacau rata
Bahagikan adunan kpd 2 bhgn - 1 bhgn dikalerkan kuning & 1 bhgn kaler hijau (atau ikut suka masing2)
Kukus 1 lapisan dlm 1/2 ~1 cwn selama 5 minit
Ulang setiap lapisan berselang-seli sehingga habis
*Disejukan dahulu baru dipotong. SIAP utk dihidangkan!

20 August 2009

KASWI LABU SEDAP

Makin dah dkt2 benar nak posa ni, hai..makin terajin lak mengodeh kat dapur. Tapi rasanya bila dah posa esok2 kurenglah sikit N3 kot..! sebabnya masa dah terisi penuh sgt.! Biasalah balik koje je dah trkejar-kejar & klentung-klentang kat dapur utk hidangan brbuka. malamnynya pulak dah start nak terawih (mlm esok dah mula terawih dah..!) habis terawih tup2 dah dkt 11.00 mlm, sblm subuh nak bangun sahur.. pang-pung2 lagi kat dapur dah tu pagi2 nak gi keje lagi! dan.. dan.. seterusnya lah tu..!!
Kalau ada N3 pun mungkin weekend jelah jawabnya, adalah masa kot nak mengodeh apa yg patut kat dapur tu! Itu pun ada juga sedara-mara & rakan-taulan yg minta jahitkan langsir. Maaflah trpaksa ditolak dgn baik sebab rasanya x trlarat lagi dah.. tambahan pula mesin jahit tu pun meragam pulak.

Citer2 lupa lak nak citer pasal kaswi labu ni.. sebenarnya dah lecek labu dan nak masuk tepung je, tengok2 je x de tpg sagu yg ada cuma tpg ubi.. lah! cam no ni? puas dok fikir punya fikir cuba jelah buat dlm hati brkata kalau jadi alhamdullilah-lah! tapi kalau x menjadi alamatnya jadi penghuni tong sampahlah nmpknya. Kira tawakal je-lah.. buat juga guna tpg ubi cuma lebihkan tpg gandum. Bila time kluar dari kukus hati dah dap-dup2 juga takut jadi apalah kueh ni.. TETAPI ..?? Alhamdullilah!!! syukur sangat2 akhirnya..MENJADI JUGALAH KASWI LABU Flora..! cewah.. sukanya sebab x sangka betul2 lembut, kenyal dan liut-miut lagi! so inilah hasilnya.. (citer kaswi labu ni.. mengalahkan cam cerpen lak ya..) **Rupanya tepung sagu & tpg ubi boleh jer.. ada kata sama je..! (al-kisahnya.. maklum org x tahu..!)

Tapi yg klakarnya.. anak2 semua nak kaswi yg kelapanya kaler hijau yg putih x nak! akak pun kata kan sama je.. tapi hijau cntik dia org ckp! hai..suka hatilah nak hoi..!

Resepinya pulak biasalah angkut dari Myr dari kak fida (thanks kak!) , kita ltk kat sini pulak ya!

BAHAN (Ini ikut yg kita buat ok!)

  • 250gm labu (kukus tapi akak main rebus je..)
  • 250gm gula pasir (kurangkan jadi 220g pd akak agak manis sbb x kuat manis)
  • 250ml santan (akak guna santan kotak je)
  • 150gm tepung ubi
  • 150gm tepung gandum
  • 25g tepung jagung
  • 350ml air
  • 1sk garam
  • 3 helai daun pandan (x ltk pun..)
  • 1sk air kapur
  • 1sk pewarna kuning
  • 1sk vanilla (x ltk juga)
  • kelapa parut (putih)

CARA

  • Labu dikukus dulu dan dilecek
  • Santan, gula, garam & daun pandan dimasak hingga larut
  • Bancuh tepung2 dgn air & tuangkan santan panas dan masukkan semua bahan yg lain & ditapis
  • Dikacau rata dan tuang dlm loyang atau bekas2 kecil yg disukai
  • Kukus hingga masak (lbh kurang dlm 1/2 jam tapi kalau acuan kecik kurang sikit)
  • Kaswi dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dikukus dulu dgn sdkt garam

SIAP...MAKAN2.. JEMPUTLAH!

SUP LAKSA

Sebut aje pasal sup sudah tentunya menjadi favorite sekeluarga especiallynya mr. hb.. namanya sup apa pun gerenti x tolak punya dan suka sesangat! Pagi ni juga tanpa dirancang terus terfikir nak buat sup laksa pulak maka jadilah juga w/pun simple je! Hanya letak fish cake & fish ball je sebagai bahan rencahnya. Sebenarnya nilah first time kita org makan sup laksa ni.. sebelum ni biasanya buat jenis mee2 je.. namun gitu, x mengecewakan.. ok! mr. hb pun bertambah-tambah nampaknya..! kenalah tu kot kat tekaknya..!
Ikut resepi makroni sup juga.. semuanya sama, jadi bolehlah refer kat label sup makroni bagi sesiapa belum try dan yg rasa nak mencuba resepinya.

Cuma kali ni x ada telur puyuh dan sayur2 yg berkaitan sebab ikut stok yg ada kat fridge.

19 August 2009

ASAM PEDAS IKAN MERAH & SOTONG MSK HITAM

Jom lunch dgn lauk biasa2 je ni.. biasalah kat rumah ni x jauh dgn asam pedas. Kali ni asam pedas ikan merah dgn sotong masak hitam. Sebenarnya lauk ni-lah yg jadi favorite bebudak & bapak budak sekali.
Asam pedas kali ni campak dgn bendi je.. sebagai penyeri tapi rasanya ada yg x makan pun bendi ni.. tapi bila masak suruh letak bendi. Pelik kan..! yg tukang makan nanti org yg tukang masak.. yg lain main tolak tepi..!

BAHAN - (ASAM PEDAS FLORA)
80gm chili lada kering(*)
2 -3 biji bwg besar(*)
4 ulas bwg putih (*)
1" halia & 1/2" kunyit (*)
1" belacan (*)
minyak (utk menumis)
sdkt garam
sedikit air asam jawa
4-5 biji bendi

CARA
Semua bahan yg brtanda (*) diblender halus
panaskan minyak dan tumis bahan yg telah diblend hingga garing dan naik minyak
(asam pedas kalau bahan tumisnya x betul2 garing rasanya x berapa sedap)
masukkan air asam jawa dan tambah lagi sedikit air sebagai kuah
(ikut suka bnyk mana tapi jgn bnyk sgt nanti kuahnya cair - agak pekat2 sikit baru ok!)
masukan garam atau sdkt perasa - kalau suka
masukan ikan tadi dan biar hingga mendidih
kemudian masukkan bendi agak bendi lembut sikit tutup api. (kalau suka blh juga ltk tomato)(dah ltk bendi jadi daun kesum x perlu letak) SIAP!