30 April 2009

PULUT SERUNDING

Pulut serunding atau kecik2 dulu mak panggil pulut cawan, (mungkin sebab rupanya cam cawan kot?) walau apa pun ianya tetap pulut, gemar juga pulut serunding ni, buatnya taklah susah mana tapi kadang-kala malas nak menanak pulut tu.. Ini kes nak menghabiskan belen beras pulut yg dah agak lama dlm stock kat umah ni, tu yang terpaksa buat juga supaya tak membazir!

Secara tak langsung boleh juga buat breakfast pagi tadi.. anak2 pun laju je makan.., sukalah tu!

ASAM PEDAS IKAN PARI & SAYUR KELADI

Menu hari ini asam pedas ikan pari dan sayur keladi + ikan kering kurau. Sayur keladi ni memang favorite semua terutama anak lelaki sorang tu..

PUDING MANGGA

Tengok puding mangga kat umah ain bukan main molek lagi so balik aje nampak ada beberapa biji mangga apalagi buatlah projek puding ni...

29 April 2009

ANEKA ROTI

Roti..Roti...! mari makan roti bermacam2 jenis dan aneka roti ada kat sini. Macam kat kedai roti pulak! Roti ni buat untuk breakfast anak2 sebelum ke sekolah pagi tadi dan masing2 siap nak bawa bekal ke sekolah.

Roti berinti kentang macam inti karipap. Bab roti ni memang tak bimbang tak habis... sebab semua kat umah ni peminat roti termasuklah pembuat roti ni juga...

Roti berinti red beans

Ni pulak roti bersosej
Tapi roti2 ni, tak lah secun macam org lain buat, sebab tangan masih x de skills lagi kot (tangan keras lagi).. walau cam no pun memang suka buat roti dan makan roti.. rasanya dah bnyk kali dah buat roti cuma kali ni, cuba utk mempelbagaikan bentuk2 roti je..!


Resepinya : sama spt basic resepi roti yg lain

28 April 2009

APAM BELANDA

APAM BELANDA ni, rupanya lebih kurang kueh bahulu tapi rasanya lain, dalamnya letak filling red beans & orange paste (apa2 filling pun, boleh letak ikut suka)

Separuhnya letak kaler coklat, okey juga sedap dan lembut. Ini kes tak sabar nak try acuan yang baru dibeli, tu yang nak cuba buat juga malam tadi.

Resepi cedok kat blog Hana, rasanya kak Ita pun dah cuba buat. Resepinya akak copy je Hana... TQ.

Bahan-bahan
250ml susu cair
150 tpg gandum
50g tpg jagung
40g gula halus
secubit garam
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60g mentega - cairkan

INTI - coklat chip. - tp akak gune inti red beans dgn oren.

Cara-cara
Satukan semua bahan dan gaul rata. kecuali susu dan telur.
pukul telur guna garfu sekejap. masukkan beserta susu cair ke dalam tpg. gaul sebati.
rehatkan adunan selama sejam. tutup dengan kain atau plastik wrap.
kemudian masukkan butter yg dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran.
tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
bila dah kembang dan kuning, angkat!

KARI IKAN BAWAL & SAYUR PERIA


Menu simple malam tadi, kari ikan bawal & goreng peria aje. Tapi kari-kekari ni, memang favorite HB, nama aje kari tak kiralah kari apa, daging, ayam, ikan dan apa2 lagilah..semua kesukaan dia.

Bab peria ni pulak, anak2 dan bapak anak tak berapa gemar ... jadi yg menghabiskan cuma mama dia orang je!

27 April 2009

LAUK-PAUK HUJUNG MINGGU

Kerabu mangga juga tersenarai dalam menu semalam

Asam pedas udang
Sayur nangka masak lemak vs ketam & udang

Sebenarnya semua lauk-pauk ni dimasak weekend semalam kat rumah mak, kebetulan mak nak buat tahlil sikit. Jadi cuma masak masakan kampung je...

MENU WEEKEND

Menu semalam masak kat rumah mak

TURI MASAK LEMAK VS KELEDEK

Turi masak lemak dengan keledek ni, masak last week baru ni sempat N3. Sekali juga dengan sambal pelam muda.


Sambal belacan mangga muda.. baru kena jodohnya dengan sayur turi masak lemak ni!

24 April 2009

CUP-CAKE UNTUK AIN

CC ni minta tolong husband hantar ke rumah ain pagi semalam, x dapat ikut sama sebab nak pergi kerja, jadi terpaksalah husband jadi despatch kejap.. cam no pun thanks buat husband!

So kita cuci mata kejap ye.. dengan contoh2 cup-cakes ni. Buat nekPP SORRY..! nanti kita terbangkan ke Dubai pulak ye!

CUP-CAKES (Untuk Birthday Cikgu Kakak)

Kakak dan rakan2 sekelasnya semalam ketika meraaikan birthday guru kelasnya.
Buat cup-cakes untuk birthday cikgu kelas anak yang sulong (kakak). CC ni, dibawa ke sekolah semalam untuk diraaikan bersama guru dan rakan2 sekelasnya.
Kakak menghadiahkan cup-cakes kepada guru kelasnya.
Contoh2 cup-cakes buat cikgu kelas kakak iaitu cikgu Azizan. Semoga menjadi guru yang berdedikasi untuk mendidik anak bangsa terutamanya untuk pelajar2 yang akan menduduki PMR tahun ini.

Cup-cakes baru keluar dari oven, memang buat lebih untuk deliver ke rumah ain juga

PUDING KARAMEL LAGI

Puding karamel ni buat untuk anak sulong, bawa ke sekolahnya sempena birthday guru kelasnya semalam.

Untuk nampak kaler2 sikit saje tepek strawberry dan buah kiwi sebagai hiasan. Cikgunya siap bawa balik dengan bekas2nya sekali!

Puding Karamel (resepi ni dr firasyira kat MyR...)

A) 2 senduk gula
B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air2 1/2 senduk gula
C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard1 sudu vanilla(Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara
Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

22 April 2009

KARIPAP

Dinner malam tadi kononnya malas nak masak jadi nak buat floor tortila je (betul ke sebutan tu.) intinya spt inti karipap cuma saje utk kelainan bubuh rempah bryani dan bukan rempah kari, okey juga! Tapi x sempat snap dah habis.. jadi x dptlah nak posting kat sini. Last2 buat karipap lak untuk sarapan pagi ni tapi ni yg lum digoreng.. yg dah goreng pun dah licin anak2 bawa ke sekolah x sempat lagi snap.

21 April 2009

KEK OREN LEMBUT

Dah 2, 3 hari beli oren kononnya nak buat kek oren moist tapi x buat2 juga.. tapi malam tadi dengan penuh semangatnya cuba buat juga so inilah hasilnya, memang sedap dan soft sesangatnya!
Resepi dicedok dari rumah Ummi sebab sukalah buat resepi dari rumah ummi insyallah gerenti menjadi punya.., sorry ya ummi minta copy paste je ya..tq!
Sesiapa nak mencuba ini resepinya copy dari umah ummi :-
Bahan:- (loyang 4 segi x tahulah baper inci)
1 cawan tepung kek/tepung naik sendiri
4 biji telor - asingkan kuning dan putih
1 cawan gula aising
1 cawan mentega
1 biji limau sunkist - diparut kulitnya dan diperah jusnya
1 camca besar ovalette

Cara Membuat:-Dalam mangkuk, putar putih telor sehingga bertanduk (diterbalikkan tak jatuh/soft peak).
Dalam mangkuk lain, masukkan putar gula aising dan mentega hingga ringan.
Masukkan jus limau dan kulit limau. Pukul sebati.
Masukkan ovalette dan putar lagi.
Masukkan kuning telor dan tepung berselang seli sambil diputar lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan putih telor dan pukul dengan kelajuan perlahan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking paper.
Bakar pada suhu 145 C selama 1 jam/hingga nampak kek mula lekang di bahagian tepinya.
Bila telah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan 5 minit di dalam oven.
Kemudian keluarkan kek dan sejukkan di atas redai.
(kek ni x sempat sejuk separuh dah dimakan anak2)

APAM LAGI

Apam lagi... sebab anak2 memang request apam comel2 gini, masing2 nak bawa ke sekolah. Asalnya nak buat apam mekar tapi entah kenapa x mekar2 pulak... dok menguncup je! ikut resepinya semua okey. Kot-kot cuaca x elok ni..tu yg apam ni x nak mekar...

Letak kaler hijau dan purple... nampak cam x berapa gebu tapi bila ngap.. masuk mulut je, lembut sangat!

20 April 2009

TUMIS AIR KENTANG & SAMBAL BELACAN

Menu simple je.. kentang masak tumis air dan sambal belacan (kata org jb) tapi org lain mungkin sebut lain kot, ada yg panggil sambal tumbuk dan sebagainya. walau apa pun tumis air ni, kalau x de sambal belacan x sedap. ni-lah yg buat tambah selera. Lagi selera kalau ada ikan asin sekali. Tak tahulah nak cakap... berpeluh makan dibuatnya!!
Lauk ni kesukaan satu family, walau pun simple je... tapi selalu x nampak bayang, mesti licin punya. Tak tahulah kat mana yg sedapnya... tapi ni-lah yg paling mudah & senang... kejap je dah siap!

TUMIS AIR KENTANG wif SOOHON
BAHAN
2-4 biji cili padi/ 2 biji cili merah
2 ulas bwg kecil
1-2 ulas bwg putih
1 biji carrot (dipotong spt masak dalca)
2 biji kentang (dipotong 4 atau ikut suka)
5-6 biji fish ball (optional)
1 buku kiub ayam knor
sedikit soohon & tahu kering
1-2 biji telur (optional - kalau suka letak telur)
air secukupnya
sedikit garam (ikut rasa)
CARA
cili padi dibelah dua, bawang merah, bawang putih dimayang halus
panaskan sikit minyak dan tumis bahan hirisan (spt cili & bwg merah/putih) hingga agak garing (tapi jgn lak hangus)
masukkan air secukupnya (biar agak berkuah), kemudian masukan kentang, carrot, fish ball kiub knorr, soohon & tahu kering.
masukkan garam dan biar hingga mendidih baru pecahkan telur sebiji demi sebiji. (jgn dikacau nanti hancur pulak telur tu..)
Biar sehingga kentang & carrot empuk, tutup api dan SIAP..!
(nota : boleh tambah air ikut suka, ikut berapa kuah yg kita nak, kalau nak kuah lebih letak air lebih)

DRAGON FRUITS's JELLY

Jelly ni, biasa org letak longan atau laichi tapi kali ni saje nak cuba letak buah naga, suka pulak tengok warnanya yg mengancam tu..

Sebab suka kan kalernya yg cantik jadi posingnya pun terlebih-lebih lah pulak!

Cubalah rasanya sedap macam2 manis gitu...


Bahannya:
1 bungkus agar2 konyaku (betul ke spelling tu..)
1 biji buah naga merah (dipotong kecil2)
*Bahan selanjutnya ada kat belakang bungkusan agar2 tu..so boleh follow je!