Ha..ini pulak menu brbuka semalam punyer! spt biasa utk ringkas dan mudah buat je Laksa Sarawak ni. Tapi ada rupa Laksa Sarawak ke ni? Kena tanya dayangjack ni, kang x de rupa ada kena sekel dgn dayang! Sebenarnya akak buat ikut tekak sendiri tau, resepi asalnya guna taugeh tapi akak pergi mandai2 tukar timun.. (mintak ampun dayang!) bukannya apa..kes x nyempat nak beli taugeh & cabut ekornya, nanti x brbuka lak anak2... Lagi satu, resepi asalnya guna pesnya tapi akak gi bantai pes tomyam tau.. tapi still sedap..!! cewah..Itu yg anak2 & hb brtambah-tambah lagi. Rebus 2 jenis mee, satu mee siam & satu lagi mee laksa tapi dua2 licin. Hb kata sedap mee siam sebab tulah Laksa Sarawak ni guna mee siam!
Resepi asal guna telur dadar yg dimayang halus & bulat tapi akak trlebih rajin tambah lak dgn telur rebus lagi.. kira ada choicelah! sape x suka telur rebus leh makan telur dadar..Resepinya dari pakar masak kita iaitu Pn. Dayang, thanks ya..akak copy tau!
200 gm udang basah
200 gm santan
2 keping tauhu (digoreng dan dihiris)
100 gm tauge (dicelur) -x letak ganti timun je!
3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus) - x de..guna daging
1½ liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai (diketuk)
sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)
1 helai daun limau purut
4 biji limau kasturi (dibelah dua)
garam dan gula secukup rasa
2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)
Cara-cara
Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.
Sedap dimakan ketika panas.





AYAM PERCIK BERKUAH (Resepi ni dari geng terawih, tu yg kena bagi dia rasa!)
Hari2 sibuk pasal menu buka posa ya.. semalam akak buat mee hailam jee, citernya sebab dah x sempat sampai rumah je dah 6:30 ptg. biasalah kat hghway ada masa jam sikit tu yg lewat dibuatnya. Jadi trpaksalah buat menu yg cepat & ringkas pang-pung2 cam lipas kudung kepala! semua anak, akak kerah buat keje tolong apa yg patut. Kakak buat air, prepare pingn/mgkuk , adik kupas bawang2, abg montel tu suruh kopek kulit udang & yg last sekali bapak budak juga kena buat koje juga..x leh ngelat! sebab semua nak makan kan.. time dah last minute ni! jadi bapak budak potong sayur-mayur jelah..! semua brgotong-royong! Akhirnya sempat juga, ngam2 Azan brkumandang settle semua.. boleh MAKAN! 




















LAPIS KACANG HIJAU





