

30 April 2009
PULUT SERUNDING

PUDING MANGGA
29 April 2009
ANEKA ROTI




Tapi roti2 ni, tak lah secun macam org lain buat, sebab tangan masih x de skills lagi kot (tangan keras lagi).. walau cam no pun memang suka buat roti dan makan roti.. rasanya dah bnyk kali dah buat roti cuma kali ni, cuba utk mempelbagaikan bentuk2 roti je..!
Resepinya : sama spt basic resepi roti yg lain
28 April 2009
APAM BELANDA
Bahan-bahan
250ml susu cair
150 tpg gandum
50g tpg jagung
40g gula halus
secubit garam
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60g mentega - cairkan
150 tpg gandum
50g tpg jagung
40g gula halus
secubit garam
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60g mentega - cairkan
INTI - coklat chip. - tp akak gune inti red beans dgn oren.
Cara-cara
Satukan semua bahan dan gaul rata. kecuali susu dan telur.
pukul telur guna garfu sekejap. masukkan beserta susu cair ke dalam tpg. gaul sebati.
rehatkan adunan selama sejam. tutup dengan kain atau plastik wrap.
kemudian masukkan butter yg dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran.
tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
bila dah kembang dan kuning, angkat!
KARI IKAN BAWAL & SAYUR PERIA

Bab peria ni pulak, anak2 dan bapak anak tak berapa gemar ... jadi yg menghabiskan cuma mama dia orang je!
27 April 2009
TURI MASAK LEMAK VS KELEDEK
24 April 2009
CUP-CAKE UNTUK AIN
CUP-CAKES (Untuk Birthday Cikgu Kakak)
Kakak menghadiahkan cup-cakes kepada guru kelasnya.
Contoh2 cup-cakes buat cikgu kelas kakak iaitu cikgu Azizan. Semoga menjadi guru yang berdedikasi untuk mendidik anak bangsa terutamanya untuk pelajar2 yang akan menduduki PMR tahun ini.
PUDING KARAMEL LAGI
Puding Karamel (resepi ni dr firasyira kat MyR...)
A) 2 senduk gula
A) 2 senduk gula
B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air2 1/2 senduk gula
C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard1 sudu vanilla(Campur sebati semua bahan C)
Cara-cara
Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
22 April 2009
KARIPAP
Dinner malam tadi kononnya malas nak masak jadi nak buat floor tortila je (betul ke sebutan tu.) intinya spt inti karipap cuma saje utk kelainan bubuh rempah bryani dan bukan rempah kari, okey juga! Tapi x sempat snap dah habis.. jadi x dptlah nak posting kat sini. Last2 buat karipap lak untuk sarapan pagi ni tapi ni yg lum digoreng.. yg dah goreng pun dah licin anak2 bawa ke sekolah x sempat lagi snap.
21 April 2009
KEK OREN LEMBUT
Bahan:- (loyang 4 segi x tahulah baper inci)
1 cawan tepung kek/tepung naik sendiri
4 biji telor - asingkan kuning dan putih
1 cawan gula aising
1 cawan mentega
1 biji limau sunkist - diparut kulitnya dan diperah jusnya
1 camca besar ovalette
Cara Membuat:-Dalam mangkuk, putar putih telor sehingga bertanduk (diterbalikkan tak jatuh/soft peak).
Dalam mangkuk lain, masukkan putar gula aising dan mentega hingga ringan.
Masukkan jus limau dan kulit limau. Pukul sebati.
Masukkan ovalette dan putar lagi.
Masukkan kuning telor dan tepung berselang seli sambil diputar lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan putih telor dan pukul dengan kelajuan perlahan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking paper.
Bakar pada suhu 145 C selama 1 jam/hingga nampak kek mula lekang di bahagian tepinya.
Bila telah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan 5 minit di dalam oven.
Kemudian keluarkan kek dan sejukkan di atas redai. (kek ni x sempat sejuk separuh dah dimakan anak2)
APAM LAGI
20 April 2009
TUMIS AIR KENTANG & SAMBAL BELACAN
TUMIS AIR KENTANG wif SOOHON
BAHAN
2-4 biji cili padi/ 2 biji cili merah
2 ulas bwg kecil
1-2 ulas bwg putih
1 biji carrot (dipotong spt masak dalca)
2 biji kentang (dipotong 4 atau ikut suka)
5-6 biji fish ball (optional)
1 buku kiub ayam knor
sedikit soohon & tahu kering
1-2 biji telur (optional - kalau suka letak telur)
air secukupnya
sedikit garam (ikut rasa)
CARA
cili padi dibelah dua, bawang merah, bawang putih dimayang halus
panaskan sikit minyak dan tumis bahan hirisan (spt cili & bwg merah/putih) hingga agak garing (tapi jgn lak hangus)
masukkan air secukupnya (biar agak berkuah), kemudian masukan kentang, carrot, fish ball kiub knorr, soohon & tahu kering.
masukkan garam dan biar hingga mendidih baru pecahkan telur sebiji demi sebiji. (jgn dikacau nanti hancur pulak telur tu..)
Biar sehingga kentang & carrot empuk, tutup api dan SIAP..!
(nota : boleh tambah air ikut suka, ikut berapa kuah yg kita nak, kalau nak kuah lebih letak air lebih)
DRAGON FRUITS's JELLY
Subscribe to:
Posts (Atom)