12 August 2009

BINGKA PISANG

Jangan peliklah ya.. bila tengok kat sini bnyk menu yg berasaskan pisang. Pisang memang selalu ada kat umah ni sebab selalu dibagi oleh jemaah masjid. Itu yg kerap juga buat apa sajalah menu yg berasaskan pisang, boleh juga bawa ke masjid. Mungkin gak sebab tu, dia org suka bagi umah ni pisang kot! Lagi pun dari busuk & lecuh cam tu je.. baik dibuat apa2 janji blh juga dimakan. Selalunya buat dan hb bawa ke masjid boleh juga jamah serba-sikit!

Sedap bingka pisang ni..! lama dah mencari nak buat bingka cam ni..sebab stok pisang sentiasa ada, kadang tu sampai x tahu nak baut apa. Apa pun thanks buat zana kerna bagi share resepi bingka pisang ni. Cuma kat sini ada adjust sikit, sorry ya! sebab ikut apa yg ada kat umah.

BINGKA PISANG
Bahan2 : (copy dri umah ummi- thanks ya!)
1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji)-di lenyek mmg byk tau
(kita guna pisang montel je.. yg selalu ada kat umah)
seeloknya lenyek kasar2 sikit, baru nmpak isinya nanti)
1 cwn tepung gandum* (kita add jadi 2cwn sebab guna fresh milk)
3/4 cwn gula pasir*
1 cwn santan* (kita guna fresh milk je..)
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-
Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
Bakar 180C selama 1 jam api bawah.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat. (*akak bakar 1 jam dan tambah 15 minit lg dengan api atas n bawah...biar garing sikit)
Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt..

1 comment:

  1. alamakkk...kak am dh buat dahhh???kitaingat nk buat gak..tp x jumpa2 pisang. hehe..klu kak am telebih lebih pisang, jom ler campak kat sini. lg baik klu campak bingka pisang tu.

    ReplyDelete