19 April 2012

LEMPENG NASI + SAMBAL TUMIS DAGING


ASALAMUALAIKUM...!
Sejak-sejak ni.. berderet juga menu masak-masak dan makan-makan ya..
Selalunya asyik tengok menu tempahan aje jadi kali ni kita tukarlah pulak kepada ,menu makan-makan ya...
Menu tempahan ada.., tapi kita peraplah dulu ya.. buat sementara nanti-nanti baru di tayang kemudiannya.
*******************************************

Agak-agak bersarapan apa ya.. pagi ini...?
Mungkn pelbagai menu-menu sarapan yang menarik dan lazat yang terhidang untuk keluarga tersayang.
Untuk pengetahuan semua hidangan Lempeng Nasi + Sambal tumis Daging ni bukanlah santapan untuk sarapan ya.. tapi set lempeng ni memenuhi anak tekak dan perut yang berkeroncong ketika petang-petang tatkala cuaca yang suram mendung dan sejuk kerana baru lepas hujan.

Biasalah bila petang aje.. area JB ni mesti hujan jadi secara automatiklah perut pun asyik lapar aje.. jadi dengan rasa lemah-longlai dan agak malasnya melangkah jugak ke dapur mengodak lempeng nasi ni kebetulan pulak ada sambal tumis daging sempena menu Lontong utk tengahari tadi jadi memang kenalah sebagai lawannya..!


 Pertama kali mencuba Lempeng Nasi ni, pernah  ternampak kat blog sapalah (tak ingat..) resepi lempeng ni di ambil dari MatGebu@tiffinbiru. Masa nampak aje lempeng ni terus berkata dlm hati satu hari nak try buat jugak ni.. jadi petang tadi tak sabar-sabar terus buat sebab dah lapar time hujan-hujan..

Ikut tekak akak memang sedap sangat lempeng nasi ni, rasanya lebih lembut, gebu dari lempeng biasa tu...
Laju aje.. masuk ke anak tekak sampai tak terasa dah 2-3 keping juga...
Bagi yang nak merasa kelainan dari lempeng biasa cubalah ya.. memang tak rugi memang sedap teksturnya lembut dan lembik-lembik gitu.. senang citer memang sedaplah..!!!
Kita tengok resepinya...


LEMPENG NASI
(am@serojakitchen)


Bahan-bahan


  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam) - kalau x de nasi smlm nasi baru pun ok gak..
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun ( akak guna minyak masak biasa jer!)
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
Cara-cara

  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.

4 comments:

  1. Salam kak Am hemmm sdp tu buat sarapan atau mkn mlm ..kenyang cicah sama sambal tumis...sy x ernah buat lempeng nasi..biasa buat lemping kelapa, lemping pisang aje... nnt nak cuba :-)

    ReplyDelete
  2. salam kenalan, saya pun tek pernah cuba jg lempeng dr nasi nie..ramai yg dah try sy pun xnk ketinggalan jg nk try buat gak..nmpk sedap tu..

    ReplyDelete
  3. Haduh haduhhhh, sedapnya lempeng...resepi lemper plak, Kak Am ada tak?

    ReplyDelete
  4. assalammuailaikum wbt...

    marvellous lempeng..skli dh mcm tosai gaya nye..dh x sabar nk mula kn misi memasak sabtu ni..dalam majalah midi cover ustazah bahyah ada artikel bertajuk Di Dapur, pahala mengalir deras..subhanallah..mudahnya wanita mengutip pahala

    ReplyDelete