10 May 2011

SERIMUKA DURIAN



Kueh Serimuka durian inilah yg dibuat semasa sambutan 'HARI IBU' tempohari.
Resepi asalnya dari 'SERIMUKA PANDAN' tapi pandai2 mengolah pulak jadi 'SERIMUKA DURIAN'
Tapi cuma menggunakan gula durian aje yg dah dok terperap lama dalam peti sejuk.
Terlintas utk membuatnya sebab nak menghabiskan stok beras pulut yg juga dah dok lama terperap dalam cabinet. Lama2 dibiarkan kang berulat & berkulatlah pulak..

Alhamdulillah.. walaupun memandai sendiri menokok-tambah resepi asal menjadi jugak akhirnya, memang sedap bila terasa kat tekak sebab
ada rasa durian tu yg buat serimuka ini tambah sedap. Lagi pun tuan rumah ni pun memang suka sangat kat durian, apalagi...? kalau boleh buat kueh apa pun nak tokok-tambah durian sikit.

Walau pun ramai kawan2 dah buat 'SERIMUKA DURIAN' cuma kita ni ajelah baru nak mencuba dah ketinggalan jauh dah pun..!
Walau apa pun memang berpuas-hati sangat sebab percubaan derhaka kat resepi telah menjadi..! heee..

Jom tengok resepinya ya..

**************************************************

SERIMUKA DURIAN
RESEPI ASAL SERIMUKA PANDAN
(Resepi : Chef Asma)
sumber : am-flora@serojakitchen

Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor (letak 200g aje sb dah ada gula durian)
  • 100 mg tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan - (x letak)
  • * 50g gula durian (jam durian)
Bahan B
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya - (tukar kpd warna kuning)
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2. Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.

6 comments:

  1. akak..bestkan serimuka doyan ni..
    mas pun suka..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak.... bila le kita nak buat ni. Nak rasa sini boleh?

    ReplyDelete
  3. bila la saya nak cuba...dah ramai teman teman buat

    ReplyDelete
  4. baru nak tanya gula durian tu apa.. rupanya jem durian...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum K.Am

    wah serimuka durian,mesti sedap ni...biasa resipi Chef Asma mmg sedap2.

    ReplyDelete