'SELAMAT HARI IBU...!!!'
Bersempena sambutan 'HARI IBU' semalam kita orang adik-beradik, sepupu-sepapat & sedara-mara berkumpul dan bersepakat masak2.. & makan2.. berramai-ramai kat kampung.
Sepupu akak dah ready order sebiji kek 'BLUEBERRY CHEESE CAKE' utk para2 ibu yang tercinta..! diatas kek tersebut dah siap tertulis nama2 para2 ibu tercinta... termasuklah mak akak, dan juga mak2 sedara yg lain. Sambutan sebegini memang dah biasa kita buat setiap tahun, secara tak langsung kita semua dapat berkumpul beramai-ramai & bergotong-royong di dapur. Seronok sangat...!
Disamping itu berbagai menu dan juadah yg disediakan semalam dan ada juga yang membawa dari dapur masing2 utk dijamu bersama-sama.
Mehlah.. kita tengok apa dia menu & juadah yang kita orang sediakan semalam..., Taklah special sangat pun cuma yang mudah & simple2 aje..!
Ini dia kek HARI IBU..
Ada juga 'PUDING KARAMEL
(Puding karamel ni adik akak yg no. 2 bawak)
Air minuman yg kita orang buat semalam, 'SIRAP BANDUNG SODA'.
Hemmm... musim panas terik sekarang ni.. jadi terasa lega, nyaman & dingin sungguh lalu kat anak tekak..! memang sedapppp...!
'SERIMUKA DURIAN'
Kueh Serimuka Durian ini akak buat semalam.. 1st time mencuba..!
Ini dia menu2 kita semalam iaitu roti Jala & kari daging, juga mee hoon sup & ada juga burung puruh goreng kunyit yg seciput jer tu..!
Burung puyuh goreng kunyit & meehoon sup berserta roti jala & kari daging
Buah tembikai merah & kuning, puding karamel & serimuka durian sebagai pencuci mulut...
Kelihatan wajah anak2 riang setelah puas menjamu selera semalam..
Memang meriah dan seronok sangat.
Adik akak yang no. 3 siap bagi hadiah sepasu bunga rose kuning utk mak akak...
Ini dia pokok bunga ros kuning sebagai hadiah hari ibu..!
Mak memang suka dengan pokok bunga jadi adik pun memang suka beri dia hadiah pokok bunga..
Siap bereben lagi tu..! heeee...
menariknya sirap bandung tu.. nampak segar je..;)
ReplyDeleteAssalamualaiku K.Am,
ReplyDeleterasanya tak terlambat nak ucap Slmt Hari Ibu buat akak...seronoknya makan2 para2 ibu..