Kita wat Bistik Daging.., cik abg siap kata kalau kambing lagi sedap kot..? alamak.., lagi2.. si embek..bek..! lemahnya den..! (sbb kita x makan embik..!) Tapi bistik kita ni agak berkuah sikit, sbb bebudak & bapak budak kat umah ni, mesti nak berkuah punya.., jadi kena ikut selera & tekak merekalah jawabnya.
p/s : Mat oh..mat..! Dah buat dah bistik hari tu..! Cik abg dah kena kerah gi cari daging ni ha..! he..he..
TQ..! mat cam biasa resepi letak kat sini pulak ok..!
*******************************************************

BISTIK DAGING
Bahan-bahannya:-
500 g daging batang pinang -
(kita bantai daging biasa jer..! 1kg lagi..)
400 g ubi kentang, dikiub 2 cm (kurang lebih 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
4 camca besar tepung gandum
4 camca besar margerine
3 camca besar minyak masak
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
4 cm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis, untuk hiasan
BAHAN KUAH :-
200 ml air (mat lebih kan sikit)
120 ml sos tomato
2 camca besar cili kisar
1 camca besar tomato puree
1 kiub stok daging (optional)
BAHAN DIKISAR :-
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMBUATNYA :-
Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.
Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama roti dan nasi...

Selamat mencuba untuk semua!!!
salam kak am,
ReplyDeletehmm..sedap nampak bistik nih. org lelaki suka dagin2 ni kan? saya plak kurang..tapi suka makan hati lembu. kalu wat bistik ni, mesti Hubby saya suka