20 October 2009

KEK LAPIS UBI

Ha.. kan dah kata... semua2 ubi..! Kek Lapis Ubi ni pulak dari Bro Rozan, sebenarnya dah lama perap resepi ni, hanya tunggu masa je nak buat dan kebetulan pucuk dicita ulam mendatang (ya ke pribahasa tu..) bukannya ulam tapi ubi dah dtg... jadi bolehlah cuba resepi ni, nasib2 lah kan, kalau mnjadi kira okeylah tapi kalau x menjadi nmpknya nasiblah jugak! TETAPI..Alhamdulillah.. kira menjadilah sgt kek lapis ni, suka sesangat, kira ramai lah yg dpt merasa. Semua yg dah merasa semua kata sedap...! cam ni bila2 nanti bolehlah buat lagi! (kalau ada angin rajinlah..)
Kebetulan ada beberapa org kawan si amalina dtg rumah (maklum lepas2 pmr ni..) adalah masak2 sikit, dpt jugalah merasa, kakak ipar pun ada dtg rumah time tu, dpt gak merasa dan belen2 tu pulak, hantar rumah mak & mak2 sedara merasa kebetulan adik yg dok dekat2 sini dtg rumah so kirim dia je... Kira ramailah yg dpt merasa kek lapis ubi ni... Lupa lak, tuan empunya ubi pun dpt menjamah jugak.. pas tu dia suruh wife dia buat! (wife dia kata x tahulah nak buat! monyok je muka adik ipar tu..) Akak cakap, kalau nak resepi boleh bagi, tapi wife dia senyap je.. x nak lah tu kot!


Utk kaler coklatnya, akak letak coklat emulco, tak rugi... memang sedap sangat! Time bakar tu, adoi..wangi dan harum satu rumah bila ubi bertemu dgn coklat emulco tu! Sesape x caye boleh cuba...
KEK LAPIS UBI KAYU [sumber : Pn Juriah Abdullah (Buku Resipi Pesta Perut)]
Bahan-Bahan :
  • 1 kg ubi kayu parut
  • 6 biji telur yang besar
  • ½ sudu teh rata garam halus
  • 1 sudu teh chocolate paste (akak letak coklat emulco)
  • 1 sudu makan pewarrna kuning
  • 1 sudu teh sebuk vanilla
  • 250 ml santan (dari 2 biji kelapa -nak senang, gunakan santan dlm kotak)
  • 380 gm gula halus
  • 300 gm mentega
  • 150 gm tepung gandum
1 loyang berukuran 9’x 6’x 3’ atau 8’ x 8’ x 3’( Sapu keliling dengan sedikit mentega dan alas dgn kertas kuih/tracing )
Cara:
  • Perah ubi kayu dengan menggunakan kain kasa jarang. (kite tos kat tapis je..)
  • Setelah diperah, perap airnya selama 10 minit.
  • Biarkan sagunya mendap dan perlahan-perlahan buang airnya.
  • Ambil sagunya yang mendap itu, dan masukkan ke dalam ubi kayu yang diperah tadi.
  • Gaul rata dan ketepikan.
  • Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja (jangan biarkan ia mendidih).
  • Setelah panas, masukkan mentega, kacau rata, dan sejukkan.
  • Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung gandum, ubi kayu dan vanilla.
  • Pukul lagi hingga rata dan sebati.
  • Setelah itu, masukkan santan, kacau rata, kemudian bahagikan kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian dicampurkan dengan chocolate paste, dan satu lagi dicampurkan warna kuning.
  • Ambil dua senduk makan adunan warna kuning, tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
  • Bakar dengan menggunakan api grill, sehingga masak.
  • Keluarkan dan lapiskan dengan dua senduk makan adunan warna coklat, bakar lagi.
  • Ulang sehingga kedua-dua warna adunan habis, sama seperti membakar kek lapis.
  • Untuk lapis terakhir, gunakan api oven dgn suhu 150 hingga 175 darjah selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.
  • Sejukkan, kemudian barulah dipotong.
*Kek ini boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.

6 comments:

  1. Semua ubi ni kak... sampai kek lapis pun ubi.hehe.. tak pernah try lagi kek lapis ubi.kalau bengkang ubi kite suka... kek mcm ni pun mesti best.

    ReplyDelete
  2. >>blogresepi: akak pun baru 1st time cuba ni, tapi sedap tau!

    ReplyDelete
  3. am...cantiknya kek lapis ubi tu...tentu rasanya pun lebih sedap dari apa yang ima tengok...

    macam mana nak kasi sama je setiap lapisan tu..pakai sukatan apa ekk...

    ReplyDelete
  4. cantiknya kek lapis ubi kak ammmm!!! bila ler sy pulak nk merasa.!hehe

    ReplyDelete
  5. kalau bab lapis-lapis ni, memang gerau fail. apalah kuih yang kita tak fail ek.

    ReplyDelete
  6. >>ima: rasanya mmg sedap sbb ramai yg kata cam tu! sukatan tu kite guna senduk air je,2 lapisan tu mesti sama bnyk, kalau 5 senduk mesti semua sama.

    >>ain: nak rasa ya ain..? senang je, ain dtg je ke flora heights, calling2 dulu tau!

    >>geraugebang: akak pun x lah pandai sgt, main cuba2 je ni! nasib baiklah mnjadi!

    ReplyDelete