30 September 2009

KUEH KASUI PANDAN LAPIS

Aha.. tak habis2 rasanya... asyik2 makan bsekut raya.. nak mnambahkan lagi lomak2 kat body ni, kali ni kita makan pulak kueh yg lembik2 & liut-miut ni.. (apa bahasa pun x tahulah!)maka dgn smangat dan tahap kerajinan yg melampau (cewah camlah rajin sngt..) malam tadi cuba mengodeh kat dapur tu, cuba buat kasui pandan lapis ni dari Noreen yg nun jauh tu! Sebenarnya nak testing dulu, kalau ok boleh gak buat juadah utk mrhaban nanti. Thanks noreen sedap dan menjadi resepi ni, kira puas hatilah! cuma malas sikit je.. buat dlm acuan comei2 tu buat 2 lapis je sebab tak sabar nak siap cepat. Apa pun, kira satu kelainan dalam versi kasui sebelum ini kira nmpk glamour sikit sebab ada lapis2 kot!

T/kasih lagi buat noreen diatas sumbangan resepi yg ok ni, kita tumpang copy je ya!

Bahan-bahan:

Lapisan gula merah:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi1 sudu makan tepung pulut1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air2 camt air kapur makan

Lapisan pandan:

  • 7 helai daun pandan
  • 150ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 400ml air
  • sedikit pewarna hijau - optional
  • 150gm tepung beras
  • 70gm tepung ubi
  • 1 camt air kapur makan
  • kelapa parut putih
  • sedikit garam

cara: untuk lapisan gula merah: kisar semua bahan sehingga sebati dan tapiskan, ketepikan

untuk lapisan pandan: kisar daun pandan dengan 150ml air dan tapiskan
kemudian campurkan dengan semua bahan2 yang lain dan kisarkan tapis dan ketepikan

lapikkan loyang ukuran 11 inci dengan plastik dan griskan dengan sedikit minyak supaya senang untuk keluarkan kuih
panaskan kukusan
sukatkan 1 1/2 cawan adunan gula merah dan tuangkan ke dalam loyang
kukuskan selama 10 min atau sehingga adunan keras sedikit, kemudian sukatkan lagi 1 1/2 cawan adunan lapisan pandan dan tuangkan ke atas lapisan gula merah yang telah dikukuskan tadi, lapiskan satu persatu sehingga habis kedua2 adunan.
setelah masak keluarkan loyang dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong
sebelum dihidangkan gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Time raya2 ni asyik makan rendang2 aje jadi kali ni kita makan masak lemak cili api pulak, kasi berapi sikit pekena dgn cili padi ni! Menu biasa2 je.. ni, menu brbuka semalam, rasanya insyallah kalau sampai this week nak street puasa.
Tahun ni dah kalah dgn hb sebab dia, hari ini dah last dah.. dah habis pun posa enam tapi kita baru 3 hari sebab terlewat sikit, bukannya apa sibuk beraya...!
Tapi first2 nak posa enam ni, ya allah! dia punya dugaan hebat betullah.. posa dlm bulan puasa taklah cam ni, dia punya lemah.. pedih perut.. lepak selepaknya macam org tak makan sebulan! Itulah dugaan kan? kalau ikut kan hati tak menjadi jawabnya tapi kenalah kuat kan juga! Kira bila dah lepas satu hari, ha.. barulah lega dan okey taklah selembik cam first day tu..! Tu.. yg tak leh stop ni, sebab kalau stop alamatnya nak mulakan lagi payahlah jawabnya! jadi apa pun kena teruskan juga.. insyallah!
Resepinya tak yahlah ya.. pasti semua orang dah tahu kan! Lauk-pauk biasa2 je..

28 September 2009

MENU2 RAYA - (SEMPENA KUNJUNGAN TETAMU)



Time2 raya ni bnyk menu2 yg telah dihidangkan tak bersekempatan utk di snap. Disebabkan kesibukan memanjang dgn kunjungan para tetamu terutamanya family sendiri mahu pun family dari sebelah cik abg. Baru2 ni, family hb iaitu adik-beradik & mak2 & anak2 sedaranya bersama keluarga memasing dtg beraya ke rumah, penuh setiap ruang sesak sesesaknya tetapi seronok di atas kunjungan mereka. Tak tahu nak masak apa jadi time tu, cubalah buat Nasi Halia berlauk Daging Kurma & Udang masam-manis. Ini pun dah tinggal balance yg sempat diselamatkan utk disnap.
Terdapat juga dessert spt jelly fruits coktails. Kononnya nak juga buat kek dan bebrapa menu lagi tapi apa kan daya masa tak mengizinkan sebab yg nak buat sorang2 jadi tak cukup kaki-tangan.
Dalam sibuk2 tu sempat lagi tu, buat rojak petis & rojak tahu, kebetulan bahan2 pun dah ada jadi mudah jelah!
Malam tadi adik-beradik sendiri pulak dtg rumah cuma masak sup laksa dan makaroni aje! Tapi tak sempat nak snap dah sibuk2... terlupa pulak!
Next week mungkin nak buat marhaban pulak dari rumah ke rumah rasanya rumah akak kena time2 koje.., ni yg leceh sikit nak memasak takut tak sempat je! Manakala geng2 masjid & officemate hb pun mungkin nak dtg umah juga tapi belum confirm lagi bila, ada 3-4 group lagi tu.. kepala dah dok pusing ni nak masak apa??? Mereka semua berlainan group jadi masak pun kena asing2 sebab lain2 hari dan masa. Cam tu lah.. every year bila time2 raya begini!

26 September 2009

SENARIO HARI RAYA

Posing sekeluarga! Cuma lagi sorang tertinggal si bujang mama dia tu..  jadi camera man kejap!

Amboi..! tersandar .. ! Time ni tgh dok dgn adik (ain) beraya rumah adik ipar (time ni dah larut malam gak..) khayal tengah nengok TV lah tu..

Bujang montel sorang ni, dah nak sebaya dgn abah dia.. size baju & seluar pun dah sama bapak & anak..!

Posing bersama anak2 dara dua org tu..!

Ni lagi sorang tak habis2 posing..posing..!

2 org anak dara (kakak & adik) 

COOKIES - (COKLAT CORNFLAKES)

Tak habis2 dgn cookies, sebenarnya ini cookies yg ketinggalan, buat pun last2 minit nak raya. Tapi time tu buat tup2 nengok2 dah tinggal separuh balang. Ini keje si iman tulah (bujang montel sorang tu..) memang favorite dia, cekelat cornflakes ni..

Cookies green princes ni pulak sebelum ni dah pernah buat dan dah tayang pun kat sini tapi lain shape je! Yg hari tu, buat utk mak tapi kali ni utk rumah sendiri pulak. Buat pun sipi2 je..nak raya tempohari.

16 September 2009

MEE GORENG BASAH

Rasanya inilah N3 terakhir sebelum Hari Raya. Selepas ini bercuti panjang sempena hari raya, sebab esok kita dah mula cuti koje, awal sikit kali ni.. kerana bnyk sungguh keje yg nak buat dan nak diselesaikan sebelum hari raya. Maka nak mengadap PC tentunya tak menyempatlah jawabnya kan..!
Jadi menu Iftar dah hujung2 ni, pun simple2 je.. mana sempat ajelah jawabnya! Biasalah menu mee.. mee.., menu yg memang sering, famous, diminati & senang sempena bulan ramadhan ini.


15 September 2009

MEE HOON BASAH

Menu brbuka semalam, biasalh tak tinggal dgn mee.. mee.. (menu yg paling kerap dibuat time brbuka posa tahun ini) cepat, senang dan mudah.. itu yg sebenarnya! Kar umah ni kalau mee lebih suka yg basah2 & brkuah sikit, baru tambah laju je makan!
Mulanya nak buat mee hoon berkuah, yg mana kuahnya ada hirisan daging dan udang dan ada letak taucho sikit. Itu yg dah siap direbus telur. Tapi nengok jam dah tinggal bebrapa minit je.. maka cancel-lah.. x jadi buat, cuma basah2 kan sikit je..tapi nmpk cam brkuah juga! Yg penting apa pun laris.. maklum perut tgh lapar!
Resepinya buat mee hoon goreng spt biasa hanya lebihkan air (kuah) sikit biar basah2 gitu.. itu je!

COOKIES - BISKUT DENMARK

Ha..kali ini biskut Denmark dah tiba ke sini pulak ya! Dah bebrapa hari trtangguh nak buat asyik tergendala je.. bahan2nya pun dah lama beli, jadi hari ini kita tayang biskut ni ok. Sedap memanglah sedap basic biskutnya lembut/rangup, brsalut cekelat dah-lah tu, golek lak dgn kacang, mananya tak sedap? Lemak2 kat body pun makin cepatlah bertimbun..! Malam tadi buat dgn sikenit ain, kalau buat cookies memang dialah yg rajin sgt nak menolong. Balik Terawih je, hari2 dia akan tanya, mama hari ini buat biskut apa..? kalau kita kata x buatlah penat.. mesti dia merungut, alah buatlah..buatlah..! Anak2.. bukannya dia tahu kita lepak selepaknya..! (Maklum dia dah sonoklah tu, nak buat cookies..)

Spt kata maklang, inilah juga biskut yg paling ngetop.. dlm senarai tempahan cookies dia tahun 2009 ini. Sedap sesedapnya.. dah makan satu nak lagi satu.. dan satu.. lagi satu..!
Maklang kita tumpang copy je ya.. thanks for sharing the receipe.

BISKUT DENMARK
Bahan-Bahan:-
2 cawan gula (mklang guna 1½ cwn)
1½ cawan butter
3 cawan tepung jagung
2½ cawan tepung gandum
Vanilla
2 biji merah telur

Bahan Icing:-
2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje) - sama gak kita..
2 bungkus gula icing
4 camb serbuk koko
Air panas

*(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan
mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk) - kita pun sama follow mklang!

Cara-Cara:-
Adunkan butter + gula hingga berkrim·
Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati·
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati·
Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut.
Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.. bakar dan sejukkan.- celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk

KERANG BERAPI

Jom kita cuba menu KERANG BERAPI.. sebut namanya cam dpt bayangkan betapa berapi-api..lagi tu! cam betul2 pedas sesangatnya. Tapi sebenarnya tak-lah berapi benar, masih boleh ditelan lagi. Masak kerang berapi ni sebab nak cepat menu ni senang dan mudah tapi sebelumnya keliling gak mencari kerang/Lala asyik tak de aje.. biasanya cam tulah kan, bila nak masak cari tak dapat tapi bila tak plan nak masak, bnyk pulak brlambak-lambak lagi!

Sebenarnya ini menu sebelumnya, tak silap last sunday, tak mnyempat nak brN3! Masak kerang berapi dan kacan pjg berlada. Simple sesimplenya..tapi makan dgn nasi panas2, aduh! brselera sungguh rasanya..!

(Resepi ni copy dari rumah nor, tumpang copy ya nor! TQ..)

KERANG MASAK BERAPI
1kg kerang/lala
1cm Halia
4 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah kecil
5 sudu makan sos tiram
10 tangkai cili api
3 helai daun sadri & daun bawang
~ K.Nor tambah daun ketumbar sket
sesudu minyak makan
(kita titik kan serai sebatang)

CARANYA
kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih. Rebus skit kerang.(K.Nor tak rebus dulu sbb bila guna lala terus jer goreng)
tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
Masukkan kerang/lala, biar rempah melekat dan sebati. Tutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.

14 September 2009

UDANG MASAM-MANIS

Hai..! cam mengeluh je lak! Asyik2 menu buka kan? Kali ni, udang masam-manis, sesekali ubah selera sedap juga! Nmpknya sefamily pun suka..
UDANG MASAM-MANIS
BAHAN
1/2 kg udang
*10-15 tangkai lada kering
*2 biji bwg besar
*3-4 ulas bwg putih
(*Diblender)

chili sos
sos tiram
gula sikit
kicap lemak manis sikit
daun kari
1 biji tomato -dibelah 4
garam secukupnya
CARA
Tumis bahan diblender hingga garing dan naik minyak, masukan cili sos, sos tiram, kicap & gula. Biar pekat sikit, (kalau kuahnya agak pekat boleh ditambah air sikit). Masukan udang, garam & daun kari, biar hingga masak dan diangkat. SIAP!

COOKIES - (BISKUT OREN)

Hari ini mesti pusing mata, balik2 nengok cookies je.. maklum dah hampir2 nak raya ni jadi sibuk sesibuknya. Kenalah settelkan bab cookies ni dulu..selain koje2 lain yg dah dok line-up menunggu! Adoi.. cam nak nangis je.., semuanya nak dibuat.. cam x cukup tangan dibuatnya..!
Tertarik dgn cookies ni sebab ada rasa oren2.. macam2 manis, itu yg sedap..! Yg ni pulak copy dari kak hanieliza, thanks kak..copy ya!

BISKUT OREN (Hanieliza)
Bahan
250 g butter
130 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
1 s/b oren pes
1 s/k pewarna oren
coklat chips [hiasan]
Bahan Diayak
300 g tepung gandum
50 g tepung naik sendiri
50 g tepung jagung
50 g tepung kastad
Cara1.
Butter dan gula digaulkan sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaulkan sebati.
3. Masukkan perawna oren dan pes oren. Gaulkan sebati.
4. Masukkan bahan yg diayakkan dan gaulkan sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
6.Hiaskan dengan coklat chips.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.8. Bila telah sejuk simpan dalam balang kedap udara

COOKIES - COCONUT CRUNCHY

Ini juga cookies yg dibuat malam tadi lepas balik Terawih, nak cepat siap sebab bnyk lagi koje nak buat ni..cam busy je kali ni!

Resepinya pun dari maklang yg terror bab mngookis ni..thanks maklang!

Coconut Crunchy
sumber : baya
Bhn A
450gm tepung ubi (sangai)
150gm tepung gandum
1 tsp b.p
Bhn B
1 bji telur
200gm gula aising
110gm kelapa kering (toasted coconut)
300gm butter/ marjerin
1 tsp esen vanila
Bhn Hiasan
Kuning telurkelapa kering diwarnakan hijau (kite ltk cklt rice je, klapa x cukup!)
Cara
Ayak bhn A.
Campurkan bahan A & B.
Putar hingga sebati & menjadi dohCanai & terap. sapu kuning telur & taburkan kelapa kering. bakar hingga masak

COOKIES LAGI - SWEET TART (Munge2)

Weekend pun tak dapat buat cookies sebab time weekend nilah nak melayan kerenah anak2 dara dan bujang montel sorang tu, gi shopping keperluan mereka. Balik2 je dah hampir petang dah sibuk nak prepare hidangan brbuka pulak. Buat tak buat pun lepas balik terawih, kalau tak memang tak menyempatlah jawabnya nak brcookies ni! Tup-tup2 kejap je ya, dah nak raya, rasa2 macam baru je..berpuasa! Cepat sungguh masa berlalu, pulak tu, bnyk juga koje2 yg belum disettelkan. Fikir2 pening gak..
Mulanya nak buat tart gulung tapi sebab dah malam sgt malas pulak nak menekan acuan tart gulung jadi buat jelah sweet tart (tart munge2) ni, rasanya lebih senang, mudah dan cepat sikit!

Resepinya angkut juga dari rumah maklang , thanks akak, tumpang copy resepi ya kak! Apa pun sedaplah tart ni, lembut dan rangup dan lemak2 gitu!

Sweet Tat
Sumber : ResipiNet

Bahan
250g butter
70g gula halus
1 biji telur } ambil kuningnya saje
1sk esen vanila
350g tepung gandum
50g tepung jagung

Cara
Pukul butter + gula hingga sebati (maklang pukul ngan whisker je...)
Masukkan kuning telur dan esen vanila...kacau
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul rata Bakar dengan suhu 170 selama 15’...(ikut oven masing2)

MEE HOON TOMYAM

Mee Hoon Tomyam adalah menu Iftar weekend, rasanya dah habis segala jenis menu mee dibuat sempena bulan ramadhan ini. Begitu juga dengan jenis2 laksa kebanyakannya dah dicuba. Lebih gemar menu2 mee & laksa sempena ramadhan ini daripada menu nasi & lauk-pauk.
Mee Hoon Tomyam berdamping pula denga minuman soya fresh buat pembasah tekak ketika berbuka. Heem. mm.. Nyaman sungguh terasa..!

11 September 2009

SIAKAP 3 RASA

Salah satu lauk brbuka malam tadi, siakap 3 rasa (masam, manis, masin..tah apa2 rasalh tu!) kot2 bukannya 3 rasa malah dah bnyk2 rasa dah! Cam ne pun hari2 memang masak, tak masak alamatnya tak brbukalah semua. Caya tak? sampai la ni akak belum pernah lagi pergi beli kue-mueh & sebagainya kat bazar ramadhan tau! Bukannya apa pun tapi sebab masa tak mengiizinkan nak jengok ke sana. Balik2 koje je rush terus nak masok dapur, masa betul limited hanya lebih kurang 1 jam je.. nak kena siap semua. Bayangkan mananya tak kelam-kelibut, lintang-pukang dan brsilat, bertinju entah apa2-lah semua!
Tapi siakap ni pun dah tenggelam dek bahan sampingan bak taburan bunga rampai yg melimpah-ruah, sampai batang hidung ikan pun dah tak nampak. 2 ekor pulak tu..dua2 pong tenggelam tertimbus dgn sayur mayur yg lain. Bukannya apa, benarnya azan dah brkumandang dah time ni, so nak cepat2 hidang dan family dah nak berbuka dah tu!
SIAKAP 3 RASA
BAHAN
1-2 ekor ikan siakap (buat 2 ekor sebab ramai!)
3-4 biji chili padi (nak lagi pedas blh tambah)
1 cwn chili kisar
(lada kering +bwg + halia + bwg putih - diblender)
secukup chili sos
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit gula
garam secukupnya
BAHAN SAMPINGAN
1 biji lobak
1-2 biji tomato
1/2 biji nenas (blh juga guna nenas dlm tin)
sedikit bunga kobis
sedikit brakoli
putik jagung
*daun sup/sadri (tabur atas hidangan)
CARA
Ikan siakap dibersihkan, dikelar-kelar sikit badannya, dilumur dgn garam, serbuk kunyit & tepung jagung lalu digoreng garing - ditoskan minyak & angkat.
Tumis bahan kisar & cili padi dgn sedikit minyak, sehingga garing, masukkan sedikit air, cili sos/kicap/sos tiram hingga agak pekat. Kemudian masukkan bahan sampingan spt segala jenis sayur yg disukai, biar hingga mendidih kejap. Masukkan pula gula dan garam dan kacau rata. Semuanya secukup rasa angkat dan tuangkan atas ikan tersebut & taburkan dgn daun sadri/daun bawang dan SIAP utk dihidangkan!

BANGKIT CHEESE & GREEN PRINCESS

Tak payah citer panjang2 jom kita tayang cookies ni, buat malam tadi dgn lepak & letih sgt tapi sronok sebab dua2 cookies sedap sangat dan menepati citaras. Sesiapa tak caye boleh cuba. Green princes ni angkut dari runah ummi, sorry ya ummi minta tumpang copy kat sini pulak ya. Sedaplah ummi biskut ni, sampai hb yg tak berapa gemar makan cookies jadi suka sangat. Cuma rupanya taklah secomel ummi punya. 1st time testing..!
Tentang Bangkit Cheese pulak ni, satu lagi cookies yg sedap sangat, copy dari rumah alongroz, thanks along kerana sudi brkongsi resepi yg best ni! Resepi asalnya dari Diana. Bangkit ni soft sangat dan lembut je bila masuk ke mulut.. tak rugilah bersengkang mata buat cookies ni. Along, kita tumpang copy juga ya..! Cuma bangkit ni tak de parutan keju atasnya, sebab kes keju dah yilek.. gi juga kedai malam2 buta tanya kedai runcit semua tak ada, kalau ada pun dah habis jadi nak buat cam no? adunan dah pun diuli last2 tabur jelah bijan..kira taklah nmpk kosong sangat. Betullah kata along, rupa tak de..tapi rasaya memang best..!!

BANGKIT CHEESE
(rasanya 200 keping ada kot)

BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.MAsukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.Masukkan bahan2 kering.
2. Canai & terap.Tabur parutan keju atas setiap biskut.Bakar 160C 15 min.

GREEN PRINCESS COOKIES
Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-
coklat masakan putih (*ummi tukar coklat) kita pun sama gak!
manik gula warna warni

Cara-Cara:-
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

10 September 2009

MEE SUP SAYUR - (MEE LAGI..!)

Rasanya tak de citer nak diciter kat sini, kita tayang menu brbuka semalam je.. Mee sup sayur yg ringkas seringkasnya dan simple sesangat. Yg best tu, senang sikit koje kejap je dah siap! Jadi daptlah si tukang masak ni, tarik nafas sikit..kalau tak hari2 brsilat gak kat dapur nak menyiapkan hidangan berbuka.
Cam ne pun sambal kicap tetap ada.. tak blh miss punya, memang sentiasa ada dlm stok. Kalau sambal kicap tak de.. semua muka cam toya je..! cam satu kekurangan gitu!

Minuman Teh 'O' lagi tapi kali ni Teh 'O' Laici pulak.
Jenis sup2 ni memang semua suka... kejap je licin! paling suka yg tukang mengodeh sup tulah, sebab sonang sikit koje den..!