Bahan-bahan:
Lapisan gula merah:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi1 sudu makan tepung pulut1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 3 cawan air2 camt air kapur makan
Lapisan pandan:
- 7 helai daun pandan
- 150ml air
- 3/4 cawan gula pasir
- 400ml air
- sedikit pewarna hijau - optional
- 150gm tepung beras
- 70gm tepung ubi
- 1 camt air kapur makan
- kelapa parut putih
- sedikit garam
cara: untuk lapisan gula merah: kisar semua bahan sehingga sebati dan tapiskan, ketepikan
untuk lapisan pandan: kisar daun pandan dengan 150ml air dan tapiskan
kemudian campurkan dengan semua bahan2 yang lain dan kisarkan tapis dan ketepikan
lapikkan loyang ukuran 11 inci dengan plastik dan griskan dengan sedikit minyak supaya senang untuk keluarkan kuih
panaskan kukusan
sukatkan 1 1/2 cawan adunan gula merah dan tuangkan ke dalam loyang
kukuskan selama 10 min atau sehingga adunan keras sedikit, kemudian sukatkan lagi 1 1/2 cawan adunan lapisan pandan dan tuangkan ke atas lapisan gula merah yang telah dikukuskan tadi, lapiskan satu persatu sehingga habis kedua2 adunan.
setelah masak keluarkan loyang dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong
sebelum dihidangkan gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam
ala kakkkk...tu pun dh lawa dah. selera tengok kuih kusui akak. nanti sy dtg raya..boleh ler buatkan ekh.hehehe
ReplyDeletecantiknyer kak! nih bukan versi mls..nih terlebey rajen! haii biler ler nk abes pantng nih! hikhikhik
ReplyDelete>>ain: boleh..no prblm! nak dtg call dulu ok!
ReplyDelete>>hana: ha..ha..! akak dah tahu dah segala gelora yg tgh membara dijiwa hana, pasti dah rindu sesangat nak pang-pung2 kat dapor kan? akak pun x sabarlah nak nunggu hana habis pantang dgn menu2 yg mnarik gitu!