Dah lama gak, teruja nak buat serimuka comel2 begini, pertama kali nampak kat rumah Nor67 cantik pulak kecik2 cam tu. Tinjau2 resepinya rupanya dari yatiezaini, thanks yatie akak suka kueh comel2 cam ni.. walaupun agak rumit sikit nak membuatnya sebab kecik2 tapi tak pe..! suka punya pasal dengan bentuknya, JADI...!! 
1 sb tepung jagung / tepung ubi (penuh2)
2 1/2 cawan santan
5 sb gula pasir
sedikit garam, esen vanila dan pewarna hijau
Bahagian bawah
1 cawan beras pulut
Bekas acuan lompang (size ikut suka.. saya gunakan yg paling kecil)
Cara-cara
Panaskan kukusan .... kemudian sediakan bahagian bawah dulu.. masukkan 1/2 sudu kecil beras pulut (akak letak 1 sk) kedlm acuan lompang bersama dgn sedikit santan.. santan hendaklah menutupi paras pulut.. tidak mahu terlalu banyak santan nanti pulut akan menjadi terlalu lembik & dikukus
Sementara pulut dikukus.. sediakan bahagian atas pula..
adunan dimasakn sekejap diatas api perlahan.. kacau sentiasa supaya tidak berketul / berbiji2...
Kemudian blhlah dimasukn adunan ke dlm acuan pulut .. (letakan keatas pulut ) dan dikukus lagi dalam 20-30 minit dgn api sederhana..
Angkat & sejukan dulu .. baru dikeluarkan dari acuan











































Resepi tinjau2 kat MYR dari Dayang-jack (copy aje, TQ)