28 May 2009

SERI MUKA COMEL

Dah lama gak, teruja nak buat serimuka comel2 begini, pertama kali nampak kat rumah Nor67 cantik pulak kecik2 cam tu. Tinjau2 resepinya rupanya dari yatiezaini, thanks yatie akak suka kueh comel2 cam ni.. walaupun agak rumit sikit nak membuatnya sebab kecik2 tapi tak pe..! suka punya pasal dengan bentuknya, JADI...!!
Yatie, akak copy je tau..TQ!
Bahan-bahan ( bahagian atas .... anggaran dlm 40biji )
5 sb tepung gandum (penuh2)
1 sb tepung jagung / tepung ubi (penuh2)
2 biji telur (dipukul)
2 1/2 cawan santan
5 sb gula pasir
sedikit garam, esen vanila dan pewarna hijau

Bahagian bawah
1 cawan beras pulut
(dibersihkan dan direndamkan bersama 1 cawan santan cair + sedikit garam selama 30minit)
Bekas acuan lompang (size ikut suka.. saya gunakan yg paling kecil)

Cara-cara
Panaskan kukusan .... kemudian sediakan bahagian bawah dulu.. masukkan 1/2 sudu kecil beras pulut (akak letak 1 sk) kedlm acuan lompang bersama dgn sedikit santan.. santan hendaklah menutupi paras pulut.. tidak mahu terlalu banyak santan nanti pulut akan menjadi terlalu lembik & dikukus

Sementara pulut dikukus.. sediakan bahagian atas pula..
Satukan bahan 1 - 4 .. kacau dan di tapis agar tidak berketul..kemudian masukan gula ,garam,pewarna + esen
adunan dimasakn sekejap diatas api perlahan.. kacau sentiasa supaya tidak berketul / berbiji2...
Kemudian blhlah dimasukn adunan ke dlm acuan pulut .. (letakan keatas pulut ) dan dikukus lagi dalam 20-30 minit dgn api sederhana..
Angkat & sejukan dulu .. baru dikeluarkan dari acuan

27 May 2009

KUEH DADAR

Kueh Dadar untuk brekfast tadi, buat sikit aje sebab inti kelapa ada belen sikit lepas buat tepung gomak tempohari. Inti tu nak dibuang sayang pulak jadi fikir punya fikir apa nak dibuat.. last2 buat kueh dadar je..
Biasalah bila buat sikit memang berebut-rebutlah jawabnya. Tapi seronok gak cam ni bukannya apa, cepat aje licin...!
Resepinya main letak2 dan main ingat2 sendiri je! Cuma saje letak kaler2 gitu.. nak nambah keceriaan... jadi anak2 pun suka nak makan sampai tak cukup2 pulak..!

DAGING KANDAR

Kebetulan semalam cik abg ada beli daging, teringat pulak resepi Daging Kandar dari Kaksma, ramai para kawan2 dah mencuba dan responnya semua kata sedap sangat. Apalagi ini yg tak sabar2 nak mencubalah juga. Memang sedaplah...cik abg pun kata cam tu..nampaknya dia pun suka sangat maknanya sedaplah tu kat tekak dia!

Kaksma saya copy ye..! dan tq bnyk2 atas resepi ni..

Bahan-bahan (6 orang)
1/2 kg daging
6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
KUlit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa


Cara-cara
daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
sesuai dimakan dengan nasi dan roti

PUDING TAPAI

Hari itu, adik ada beli puding tapai, katanya sedap sangat. Setiap kali dia lalu kat restoran tu, mesti dia akan beli puding tapai tu.. dalam hati berkata nantilah nak tinjau kat MYR kot2 ada resepi puding tapai.. boleh gak dicuba.
Tinjau punya tinjau akhirnya dapatlah satu resepi puding tapai dlam MYR so berjalan lah projek puding tapai. Inilah hasilnya.. tapi yg ini terlalu lembik sangat, memang betul2 macam ice-cream tapi yg adik beli tu pudingnya boleh dipotong tetapi rasanya tetap ada dan sama. Lain kali boleh di ubah sikit resepi tu... mungkin susu segar yg digunakan boleh dikurangkan agar ianya taklah terlalu lembik.
Puding ni dimakan sejuk2 dengan fruit coktel & susu cair, memang sedap sangat...
Sesiapa yg nak mencuba bolehlah refer resepi dibawah, akak copy je ya!
(Sumber : ummiktn)
Bahan-bahan ( 8 orang )

1 paket tapai ubi (6 ketul)
600 ml susu segar (mungkin blh dikurangkan utk x terlalu lembik)
2/3 cawan gula
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 biji telor - pukul sikit
1/2 sudu pes pandan/setitis pewarna hijau

Untuk Kuah:-
1 tin susu sejat Ideal
2/3 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 helai daun pandan
1/2 cawan air
( Masak semua bahan kuah atas api perlahan. Tutup api bila mendidih dan sejukkan.)

Cara-cara
Buangkan empulur tapai ubi, satukan bahan dan masukkan dalam blender.
Blend bahan-bahan lebih kurang 3 minit atau hingga sebati.
Tuang ke dalam loyang/mangkuk kecil tahan panas yang telah dititiskan dengan sedikit pes pandan/pewarna. Kukus lebihkurang 15 minit.
Scop dalam bekas puding dan tuang kuah bila menghidang.
(Boleh juga ditambah buahan koktel ketika makan).

25 May 2009

BUBUR KELEDEK + DURIAN

Ptg semalam younger doter request nak bubur tapi nak bubur kacang hijau. fikir punya fikir hai.. bila lak nak empok malas pulak nak nunggu lama2 jadi buat jelah bubur keledek + beberapa ulas isi durian + sagu sikit. Nah! makanlah... tapi cam ner pun dia tetap kata lain kali mama buat bubur kacang hijau tau! Hai, nampaknya terpaksa kena buat jugalah jawabnya..
Nantilah time hujung2 minggu baru boleh buat, time kerja ni balik dah ptg... dah nak mlm pulak... nak makan bubur pun tak ada mood! Sejak 2 menjak ni anak2 main order aje, segala apa yg dia org terasa nak makan. Kalau menu yg senang & mudah tu oklah kan.. boleh terus buat, ni kadang2 tu menu yg rumit nak membuatnya... kalau duduk rumah oklah kan! Boleh juga segera ditunaikan! Anak.. anak...sabar jelah!!

AGAR2 TAU FU FA + FRUITS COKTAIL

Agar2 Tau Fu Fa lagi...cuaca panas 2 ni memang nyamannya makan yg sejuk & dingin cam ni, makan dengan susu segar + fruits coktail.

Resepinya ada disertakan sebelum ini.

Sedapnya bila masuk ke tekak sejuk....sangat! Sesiapa yg belum cuba tu bolehlah mencuba ya! Tak rugi.. sedap tau!


23 May 2009

APAM MEKAR

Test buat apam mekar lagi.. rasanya dah ke dua kali, yg first dulu geram tak mekar2 pun, rasanya buat ikut resepi ngam2 entahlah..! apam tu tak nak mekar juga! Jadi tak putus asa lagi ni, kali ni buat lagi, mekar juga tapi sikit aje tak semua yg mekar, hai..geramnya..org lain buat kembang mekar lagi time akak buat menyeman aje.. nilah yg beberapa biji je yg mekar dapatlah N3 kat sini. Tapi walau pun tak mekar mengembang rasanya still ok boleh makan juga cuma tak mekar je!

So akak posing kan yg mekar2 je ye.. yg lain tu biasalah.. faham2 je!

Resepi ikut kak hanieliza punya, nanti baru taip resepinya ya..tayang gambar dulu!

ROTI TELUR BERKEJU

Menu breakfast yg simple hanya roti telur salut keju untuk anak2 dan hb pagi ni sebab sabtu minggu ni kerja. Just prepare yg simple aje.. janji dia org kat rumah ada makanan for brekfast.
Resepi ambik kat umah Hana, so thanks for hana, akak cedok resepi ni ok. Sedap dan lemak2 gitu, semua menyukainya! Tapi juga menambahkan kolestrol kot..! Keju you..
Roti di potong 2 letak keju dan dilapiskan pas tu celup telur dan di panaskan atas kuali non stick yg leper tu. Siap... makan panas2 dgn. nescafe panas ke, ooh..sedapnya!!

22 May 2009

PULUT MANGGA

Malam tadi cik abg. balik dari masjid je, bawak pulut mangga ni, jadi pulut ni bukannya buat sendiri tau, adalah hamba allah tu yg berniat dan hantar kat masjid sampai terlebih-lebih.., tu yg hb bawak balik sebungkus kononnya nak tunjuklah kat akak. Al-maklum akak memang jakun sikit, rasanya tak pernah nampak dan tak pernah makan lagi pulut dengan mangga ni! Selama kat jb ni rasanya 1st time makan pulut mangga cam ni. Mungkin bagi org2 sebelah utara sana dah biasa kot? Sebab hb kata yg bagi pun asalnya org kedah..ha! dah sahlah org2 utara punya makananlah ni kan!

Tapi makanlah juga dengan penuh kejakunan sekali... tapi ok juga.. sedap bolehlah.. cuma kat jb tak biasa makan cam ni! Atau akak je yg terjakun kot??

21 May 2009

ROJAK PETIS

Rojak Petis ni request dari cik abg, dah lama dah suruh buat rojak petis, tak juga buat2...asyik busy memanjang kot! Baru ni-lah dapat buat, tengok kesian pulak kan...cam org. mengidam pulak ya!

Kebetulan instant petis dah ada (senanglah kerja..!), kacang tanah kisar pun ada apa lagi cuma beli tahu, nenas, timun & sengkuang aje. Kangkung pun ada tapi dah dimasak goreng belacan lagi pun hb x suka lak letak kangkung jadi tak letak. Semua bahan tu, just digaul rata so siap... jadilah rojak petis!

KANGKUNG GORENG BELACAN

Malam tadi entah cam ner, badan terasa penat dan letih sangat. Biasalah kan dah hampir seminggu jadi badan mulalah sakit2 & sengal2 aje mungkin sebab kepenatan dgn rutin2 seharian. Maka malas bebenarlah nak masak yg berat2 jadi ni jelah yg dimasak.

Pasti ramai yg dah tahu & dah biasa masak tapi bagi yg tak tahu boleh cuba resepinya kat bawah.

Bahan
2 ikat sayur kangkung

Diblender/ditumbuk
4-5 tangkai lada kering
3 sb udang kering
sedikit ikan bilis
1 biji bawang besar
sedikit belacan
secubit garam

sedikit air asam

Caranya
Letak sedikit minyak dan tumis bahan2 yg diblender sehingga garing
Letak garam dan perasa (jika suka)
Perah asam dgn sedikit air (ambil perahannya) atau boleh guna pati asam adabi (x payah perah2 just letak je dlm 1 sudu besar), kemudian masukkan sayur kangkung (biar layu sikit) dan terus diangkat & dihidangkan!

20 May 2009

KEK PISANG SEMPOI

Sebenarnya dah lama dah nak buat kek pisang sempoi ni, resepi dari MYR, kebetulan pulak stock pisang memang ada kat umah. Tapi hari2 keluar masuk fridge aje, tak menjadi juga nak buat. Naik kesian pulak tengok pisang dlm fridge tu.. jadi dgn penuh semangatnya.. kali ini kena buat juga sebelum pisang tu masuk dlm tong sampah, membazirkan!
 Lepas tu, jadi tamak pulak, buat sampai 2 adunan, bukannya apa .., sebab kes nak menghabiskan stok pisang tu, sayang kan! Tapi suka sangat buat kek pisang sempoi ni, sebab ringkas dan mudah kira betul2 sempoilah tu.. dan yang penting naik mengebu 'u'! Sedap pulak tu.. tak caya tanya ain, dia pun dah buat dah.. jadi bila2 bolehlah buat lagi!
 
Yang kat bawah ni bakar dalam loyang 4 segi, biasalah tangan ni asyik gatal aje, asyik nak menepek sesuatu aje kat kek tu.. ditabur coklat rice kat atas kek tu.. cam ne pun kek ni tetap sedap! Sesiapa dah mencuba tu pasti tahu kan? Jadi thanks buat penyumbang resepi ni... (lupa pulak namanya, sorry ye!)
Resepinya boleh refer kat MYR ya! Maaf tuan rumah tak sempat nak salin resepi, ada masa akan diletakkan juga nanti..

AGAR-AGAR TAU FU FA

Agar2 ala2 Tau Fu Fa buat malam tadi, ringkas & mudah menyediakannya.. sejukkan dlm fridge dan bila nak makan bubuhkan buah2 dalam tin tapi akak letak longan aje sebab itu aje yg ada kat rumah.

Makan sejuk2 memang sedap sangat... terasa sejuk & dingin sungguh tekak. Family pun suka nampaknya!
Resepinya copy dari umah Ummi (spt biasa copy je ye ummi)
Dessert ringkas tapi nyaman masuk tekak...Resepi dari
Noormasri kalu x silap..Bahan:-
12 gm serbuk agar-agar
10 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 tin laici


Cara-Cara:-
Masak agar-agar bersama air hingga larut.
Masukkan susu cair dan gula. Tunggu mendidih seketika.
Tuangkan adunan ke dalam acuan/mangkuk kecil. Sejukkan
Semasa menghidang, letakkan sirap dalam laici dan buahnya sekali.

** Agar-agar ini memang lembut ala-ala taufufa, tak boleh dipotong.

19 May 2009

MOIST COKLAT CAKE

Coklat moist cake buat malam tadi ada 2 jenis deco, tapi simple deco aje..
Yang ade kiwi atasnya untuk officemate.

Yang kat bawah ni pulak, deco coklat rice dan coloring flowers untuk neighbour.
Deco coklat rice dan coloring flowers ni pulak untuk neighbour.
Kali ni, cuba follow resepi dari Kak Ida tapi ambik kat rumah sweetlily

Sumber: Ida Merpati Fp
Bahan-bahan:
250 grm butter
250 grm tepung naik sendiri (guna tepung gandum)
360 gram gula castor /icing
6 biji telur ayam - (guna 4 biji grade B)
1 sudu esen vanila
1 sdt baking powder
(Coklate paste)
*1 cawan coco powder
*1 cawan air
*3/4 cawan gula icing
(*semua bahan bertanda (*) masak hingga likat)
cara membuatnya:-
Pukul butter + Gula + Telur + esen hingga kembang.
- masuk coklat paste di ikuti adunan tepung.- gaul rata dan masuk dalam loyang.
- bakar suhu 190'c selama 40 minit.
(bakar suhu 170'c selama lebih kurang 50 minit, untuk mengelakkan merekah kat tengah.)
Topping coklat
250gm coklat masakan
100gm whipped cream
Cairkan guna double boil.. tuang atas kek bila kek dah masak & sejuk sikit

MASAK LEMAK CILI API UDANG + KACANG PANJANG

Masak Lemak cili api udang + kacang panjang berserta sotong masak hitam untuk lunch hari ini.
Sotong masak hitam memang favorite sekeluarga, kalau menu sotong hitam ni memang kejap aje licin...mungkin hitam itu menawan kot??

TEPUNG GOMAK

Tak pernah lagi buat tepung gomak sebelum ni, selama ini tahu makan aje.. tapi sekarang dah tahu dah.. senang bolehlah buat selalu. Rupanya taklah susah mana... kejap aje siap!
Dapat resepi bila tinjau2 kat umah mimi jauh kat penang sana, apa pun thanks buat mimi & penyumbang resepi ini. Sorry, copy aje resepi ni ok.

Bahan2nya:- ( 6 - 8 keping )
2 cawan tepung pulut
Secubit garam
Air secukupnya
Tepung kacang hijau secukupnya - utk menggolek*
Bahan untuk inti *
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan kelapa parut
1/2 sk tepung gandum* manis ikut memasing yer*

Cara-cara:-
1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut.
2. Masukkan kelapa parut dan tepung gandum dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang boleh dibentuk.
4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan dan masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula. Ulang sehingga habis.
5. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
6. Masak hingga timbul barulah diangkat dan ditoskan
7. Golekkan dalam tepung kacang hijau. Siap.

18 May 2009

PUDING SAGU + COKLAT GANACHE

Tak pernah lagi buat puding sagu ni, jadi semalam nak cuba jugalah buat, bukannya apa nak rasa sedap ke tidak agaknya puding sagu ni? Tapi kuahnya ditambah pulak dengan coklat ganache + susu segar + air gula melaka, sedapnya... bab menokok-tambah ni.. nombor satu! Nasib baiklah sedap, lebih2 lagi bila disejukan dulu dlm fridge baru dimakan. Tapi nampaknya anak2 makan sekali round aje.. tak ada belen pun, sedaplah tu agaknya... mungkin kenalah tu dgn tekak dia orang dan tekak mama dia juga ..! (walaupun sagu tu ada yg tak brapa kembang sgt..)

Puding sagu yg masih suci... belum di tokok-tambah lagi (minta maaflah kpd yg empunya resepi!)
Ambik resepi pun kat MYR, lupa pulak nama tuannya.

LAYANG2 KULIT POPIA

Hasil berYM dengan mimi last week, citer2 pasal popia last2 mimi suggest cuba buat layang2 kulit popia ni. Kulit popia kat dlm fridge tu, kebetulan dah memang lama bertapa so dari dia terus bertapa sekian lama cublah buat layang2 ni! Mula2 tu.. plan nak sira dgn lada tabur bijan lepas tu dah siap digoreng rasa malas pulak nak menumis lada.


Akhirnya... disira dengan gula icing + horlicks aje.. sedap! lemak2 manis gitu...
Anak2 apa lagi suka sgt...
Resepinya dari Kak Fida - MYR
Bahan-bahan ( Banyak tk terkira )
Secukup kulit popiah
Minyak untuk menggoreng
Secukup gula kastor
Sedikit tepung gandum dicampur sedikit air utk dijadikan pelekat

Cara-caraAmbil sekeping kulit popiah dan gulung hingga kehujungnya. Ambil sedikit pelekat dan sapu hujungnya supaya tidak terbuka semula. Jangan gulung terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan kuihnya keras.
Bagi memudahkan menggulung kulit popiah, ambil lidi satay,letak diatas kulit popiah dan gulung. Tarik keluar lidi setelah digulung. Buat sehingga kulit popiah habis digulung.
Setelah itu gunting2 dlm bentuk serong kulit popiah yg sudah digulung.
Goreng terendam dlm minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Sejukkan sedikit kemudian golekkan di atas gula kastor. Simpan di dlm bekas kedap udara.

ROTI TISSUE


Roti Tissue ni bukanlah buat sendiri tau...tapi order masa brekfast kat luar dengan family. Si Iman & adik sibuk sangat nak order roti tissue ni, jadi dia orang berdua makanlah roti tissue ni. Mula2 tak nak cuba rasa sebab perasan tak, seluruh body kat roti tissue ni disimbah dengan susu pekat. Tu.. yang tak gemar sangat mesti manis kan.. tetapi cam ner tekak ni nak cubalah rasa hai..sedap jugak..! fistly tu, cam sombong konon tak nak menjamah.. last2 sedap pulak sebab garing2 gitu..!

14 May 2009

LEMAK PUCUK UBI & GULAI IKAN MAYONG

Tengah2 lapar tghari ni, apa kata kita menjamu selera dengan masak lemak pucuk ubi dan gulai ikan mayong. Adoi! perut pun dah bekeroncong ni..
Jemput makan dulu-lah ye..!
Resepi tak yah-lah ye.. simple aje.., pasti ramai dah tahukan!

ROTI TELUR MAYONIS

Brkfast pagi ni, Roti Telur Bemayonis, sebenarnya anak2 tak gemar roti wholemeal, tu yang jadi cam ni. Lorek2-kan mayonis atas roti tu.. jadi dia org makanlah... kalau tidak alamat tak cuit langsunglah jawabnya. Roti wholemeal tak sedap kata mereka...selalunya mama dia aje yg menghabiskan! tapi bila buat cam ni.. semua makan tak cukup lagi..!

Idea dan resepi ni dapat kat Jurnal Rasa (rumah zaliana- TQ!) . Roti dicelup dengan telur, panaskan atas kuali leper dan kemudian di tepek-kan mayonis. Senang aje..

13 May 2009

PUDING COKLAT

Puding coklat ni, senang dan mudah sangat nak membuatnya. Yang best tu, rasanya penuh dgn kecoklatan sebab ada topping ganache kat atasnya. Bila makan sejuk2 time cuaca panas2 cam ni, hai..memanglah sedap..!

Resepi tinjau2 kat MYR dari Dayang-jack (copy aje, TQ)

Bahan-bahan ( loyang 5" x 9" atau bekas berbentuk/bercorak )
10 g serbuk agar-agar
2 cawan air (500 ml)
1 cawan susu segar (250 ml)
3/4 cawan serbuk minuman coklat (less sugar) + sedikit air panas (dibancuh) 3/4 cawan gula pasir (kalau serbuk coklat dah manis, kurangkan sukatan gula)
1 sk esen vanilla @ 1/4 sk serbuk kulit kayu manis (optional) -x letak pun

Cara-caraDidihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula.
Masukkan susu segar dan bancuhan serbuk coklat. Didih dgn api kecil. Ada satu lg serbuk coklat yg slalu dyg guna utk buat puding ni ialah 'Cocoa Rich 365 days'.
Masukkan serbuk kulit kayu manis atau esen vanilla. Kacau sebati. Tutup api. Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas/loyang yg bersesuaian. Sejukkan seketika sebelum disimpan ke dlm peti sejuk.

untuk topping/ganache jika suka bolehlah cuba resepi ini :
40 gm coklat masakan + 1 sudu besar butter + 1/4 cawan susu segar/air. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sehingga pekat.
Keluarkan puding dari peti sejuk. Tuangkan ganache di atasnya. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong. Selamat Mencuba!
***kalau xde serbuk minuman coklat, bolehlah digantikan dgn milo, serbuk coklat biasa, atau koko. Ikutlah ape yg ade dlm stok. Tapi kenalah adjust dgn gula yer supaya tak terlebih pahit, tawar dsb.