Crepe Durian yang tengah top dan meletops sakan ketika ini.., kalau di fb atau blog kawan2 masuk jer.. toleh kiri nampak dia.. toleh kanan dia lagi.. sana sini asyik terpandang crepe durian ni jer..! Ramai juga yang dah mencubanya.
Sampaikan anak2 yang tengok pun begitu teruja dan teringin sangat nak merasanya. Maka yang jadi mangsa mama dia oranglah kan.. sebab anak-anak asyik merengek jer.. minta mama dia buatkan crepe durian ni.. nak tak nak kenalah juga melayan permintaan mereka, kesianlah pulak..! Itu yang pergi cari durian dan bahan-bahan yang diperlukan untuk crepe durian ni..
Sampaikan anak2 yang tengok pun begitu teruja dan teringin sangat nak merasanya. Maka yang jadi mangsa mama dia oranglah kan.. sebab anak-anak asyik merengek jer.. minta mama dia buatkan crepe durian ni.. nak tak nak kenalah juga melayan permintaan mereka, kesianlah pulak..! Itu yang pergi cari durian dan bahan-bahan yang diperlukan untuk crepe durian ni..
Satu hari bukala fb terpandang pulak you tube dari fb Reen Khan cara-cara buat crepe durian ni.. maka cepat-cepatlah salin dan terus cuba buat. Alhamdulillah..! menjadilah juga..
Bukan main suka anak-anak.., akhirnya dapatlah juga merasa apa itu crepe durian.
Bila dah makan masing-masing cakap, alah.. macam muaklah sikit kan..? Dah makan baru cakap muak sebelum tu senyap jer.. ! Hai.. anak-anak..!!!
Yang nak sangat makan crepe durian ni si Ainlah (si bongsu tu..) jadi dialah juga yang rajin membantu di dapur sehinggalah siap, sebab dia tak sabar-sabar lagi nak merasa macam manalah rasanya crepe durian ni..!
Crepe Durian ini terdapat pelbagai resepi yang berbeza.., tapi rasanya semuanya sama aje insyallah..jadi juga..!
Ini resepi yang akak buat...
CREPE DURIAN
am@serojakitchen
Bahab-bahannya
250g Tepung Gandum
1sk garam
1sk vanilla
1/2 sb butter (dicairkan)
1/2 sb butter (dicairkan)
3 biji telur (size : 'B')
500ml santan/susu cair
sedikit pewarna kuning/warna kuning lemon
Fillingnya
Isi durian secukupnya (di kacau hingga rata)
300ml Fresh Cream (di mixer hingga kental)
Caranya
Satukan semua bahan (diblender jer..), masukkan sedikit butter tadi, kacau rata.. kemudian panaskan kuali non stick dan tuangkan satu senduk adunan lalu di senget-sengetkan kuali hingga adunan rata keseluruhannya. Adunan kelhatan sedikit garing di tepinya terus di angkat dan di sejukan, (masak adunan satu bahagian aje.)
*Kalau adunan agak pekat boleh tambahkan sedikit air.
*Kalau adunan agak pekat boleh tambahkan sedikit air.
Di atas crepe letakkan 1/2 sudu besar fresh cream kemudian sedikit isi durian kemudian tutup lagi dengan fresh cream dan di lipat, jadikan seperti bentuk bantal. Siap..!
aslmkm kak Am..tgh meletop ni...pasni redala virus crepes ni kot kn..hihi
ReplyDeletemuak sbb akk gna fc je dlm tu kn..akk try bt cream custard kak..mmg syok makan..xdela rasa gigit krim ringan gitu je. tryla lps ni .hihi
wsalam.., yalah yg dashatnya anna lah bnyk betul melempeng ya..! alhamdulillah.. rezeki tu.., aha.. nanti akak cubalah, tkasih ana..!
ReplyDeleteMenarik...
ReplyDeleteSaya share ya...masakan Puan ni...alhamdulillah...kepadaian Puan di lipatkan gandakan lagi dari Allah..kerana Puan tidak kedekut ilmu. Saya cemburukan Puan...tetapi saya tidak rajin untuk memasak...mungkin kerana sibuk dan bukan saya tidak berminat. Walau bagaimana pun insyaallah saya akan cuba semua resepi yang ada.....
ReplyDelete>>Resam Dunia kita: tkasih sudi singgah dapur akak
ReplyDelete>>Norhaya: tkasih juga sudi brkunjung ke sini. akak pun bukanlah pandai sngt hanya suka mencuba utk hidangan anak2 dan keluarga, apa salahnya nak berkongsi resepi, akak [un dapat dari rakan2 lain juga..