02 October 2012

TEMPAHAN MINGGU INI & POSING2 KEK MARBLE

Tempahan untuk semalam (Isnin - 01 Oktober 2012)

2 sets pulut kuning bersama rendang ayam tempahan dari Cikgu Najwa yang mengajar di Sekolah di Tiram,  ada jamuan di sekolahnya tapi Najwa tinggal di Kempas, J.B. jauh juga tu.. kemudian pulak nak ambik tempahan semua ni di Tesco Seri Alam jadi berpusinglah sikit ya Najwa.
Cikgu Najwa menempah juga sebiji kek marble
Cikgu Najwa yang comel dan kecik-molek jer orangnya..! 
Seronok beramah-mesra dgn Najwa ni..
Terima kasih Najwa..!

*
*

 Tempahan cistat utk hari ini (02/10/2012 - Selasa) dari cikgu-cikgu SMK Seri Alam 2
1) Cikgu Fauziah Blueberry cistat 50 pcs & Apam beras
2) Cikgu Rozila 50pcs
3) Apam Beras - Pn Ann
4) Talam Sri Sarawak 2 sets - Pn. Azizah

Terima kasih kpd semua..!


Apam Beras (versi putri ayu) utk Cikgu Fauziah

Apam Beras - Pn Ann

Talam Sarawak 2 sets utk Pn Azizah - (03/12/2012)


*
*

Posing-posing kek marble lagi...!


Kek Marble ni baru jer keluar dari oven pagi tadi, masih panas2 dan hangat2 lagi..!
Terus jer dipotong sebab nak jamahkan mak dan sedara-mara kat kampung. Yang lebih sikit tu bagikan juga kat jiran2 sebelah dan jiran2 selorong ni ha..! Alhamdulillah.. dapatlah juga merasa..!

Sebenarnya ada tempahan kek marble lagi tapi anak2 sibuk dan merengek nak makan maka kenalah mama dia buat sebuku lagi untuk budak2 kat rumah ni..! Setiap kali orang buat tempahan setiap kali tu jugaklah dia orang ni mengidam sama ..! Pandai aje tekak dia orang ni ya..? Nak tak nak kenalah buatkan juga..



1 comment:

  1. salam... klu nak tempah pulut kuning & rendang ayam 1 set berapa harganye ye kak?

    ReplyDelete