13 September 2012

TEMPAHAN RAYA - PART 3



Assalamualaikum..!
Bersambung kembali dengan pelbagai tempahan untuk pelbagai majlis sempena Hari Raya, masih berbahang lagi raya ya.., biasalah area JB ni selagi tak habis Raya  maka selagi tulah masih beraya dan masih ramai yang mengadakan majlis rumah terbuka. Maklumlah masing2 masih ada yang tidak berkesempatan untuk mengadakan majlis rumah terbuka mungkin di sebabkan kesibukan tertentu seperti kerja dan sebagainya.

Deretan tempahan di atas adalah tempahan dari SMK Seri Alam 2 bersempena Majlis Hari Raya yang di adakan Jumaat lepas. Inilah dia pelbagai tempahan yang dibuat seperti Fruits Tart, Bluberry Cheese Tart dan terselit pulak menu lauk iaitu Sambal Goreng.

Manakala sekotak Bingka Ubi pula adalah sponser dari tuan rumah wakil cik abang kerana beliau juga salah seorang staff di sekolah tersebut.
Terima kasih kepada semua staff SMK Seri Alam 2 dan juga kepada para guru-gurunya jua..!



Tempahan2 tersebut di hantar pada pagi dan pada petang hari yang sama ada lagi yang nakkan Fruits Tart petang tu juga jadi kelang-kelibut jugaklah menyiapkannya.

Keesokkannya pulak ada lagi yang nak menempah fruits tart lagi, nampaknya ramai juga peminat fruits tart & cistat dari staff SMK Seri Alam 2 ni ya..! Ada juga yang nak lagi cistat.. maka hari2lah tuan rumah mengetat nampaknya di samping order2 yang memang dah tersedia ada untuk di buat maka bagai lipas kudunglah juga tuan rumah menyiapkan segala tempahan2 tersebut.
Alhamdulillah..! akhirnya siap semuanya seperti mana yang di minta..!




*
*
Tempahan Kek Marble ini dari Pn. Nurul (Tmn. Kota Masai)


*
*

3 kotak tempahan kueh-mueh ini dari Ju (Tmn. Perling, J.B.)
Ju call dan minta di hantarkan semua tempahannya ini di Tmn Seri Austin bersempena majlis kenduri di rumah rakannya pada hari tersebut.


Berpusing-pusing juga akak & suami mencari alamat yang di berikan.., pada petang tersebut hujan lebat pulak tu.., jadi dalam hujanlah akak menghantar kueh-kueh tu..
Apa pun terima kasih kepada Ju di atas tempahan tersebut.
Ju kata tak kisahlah kak.., kueh apa jer.. janji sedap..! itu yang akak buatkan jer..
Bingka Ubi, Kole Kacang dan Serimuka Pandan






*
*
 

Tempahan 100 biji Polkadot ini pula dari kawan sekolah lama Lina khas untuk jamuan raya untuk kawan2 anak bujangnya pula. Lina juga menempah Blueberry Cheese Tart.

Terima kasih kepada semua..!!!


2 comments:

  1. sedapnye tgk sume gmbr2 ni...bile agaknye saya leh order dgn akak lak ye... :)

    ReplyDelete
  2. Morning K.am..
    Manyaknyaaaa ,bilalah dapat rasa..
    kalau kak tersesat ke pekan pahang,kita nak order
    cheese tart..geramlah gebu2...hihi
    moga akak diberikan kesihatan yg baik ya..

    ReplyDelete