Lepas keluar sekejap dari oven jer.. anak2 dah sibuk tak sabar-sabar nak potong, tak lama pun hampir separuh loyang dah licin..!
Baru-baru ini entah macam mana boleh terajin pulak nak mengodeh kek marbel, saja-saja jer.. utk makan-makan waktu petang2, masa masih dalam oven lagi si bujang montel Iman dah menjerit, "Mama..!!! nakkkkkkkkkkk..!!!
Si Iman kalau bab makan serahlah kat dia.. insyallah..! tak payah cuci piring gerenti licin..!
Bujang montel yg berbaju merah asyik menyengih sakan..!
*********************************
Cerita Kek Marbel
Kebetulan ada pulak seseorang yang menempah 5 biji kek marbel utk majlis perkahwinan jadi bersambunglah keesokkannya berderet kek marbel lagi..!
Inilah dia sebahagiannya 4 loyang kek marbel aneka warna, yang satu lagi masih dalam oven.
Tempahan dari Pn. Masita (Bdr. Seri Alam) utk majlis perkahwinan di rumah kakaknya.
Terima kasih Mas..! Harap berpuashati hendaknya..
Kek Marbel Kuning/Coklat
Kek Marbel Kuning/Coklat & Merah (Strawberry)
Kek Marbel Kuning/Coklat & Hijau (Pandan)
Alhamdulillah..! Akhirnya siap juga kesemuanya 5 biji kek marbel..!
********************************
Cerita 200 biji muffin
Selepas siap 5 biji kek marbel tu.. bersambung pulak keesokkannya nak mengodak 200 biji muffin pulak.
Tempahan dari Azita's Kitchen (rakan baik seangkatan..) yg sama-sama suka membaking juga. Ita call minta tolong buatkan muffin kalau boleh seberapa banyak yg boleh.. untuk kenduri kahwin adik iparnya 01hb Julai 2012 ini di Parit Jawa, Muar. Masa Ita call tu, kek marbel masih belum siap sepenuhnya jadi macam bimbang jugak kalau nak terima banyak2, takut tak terbuat pulak.
Jadi tak sampai hati jugak nak menolak maka confrm dengan Ita insyallah-lah cuba buat
200 biji dulu..! jadi Ita pulak kena buat 500 biji, banyak tu..! patah pinggang.. tapi tak per.. Ita superwoman..! heee..
Alhamdulillah..! mula 10.00 pagi dah membakar muffin pisang coklat chips.. baunya harum setaman, ewah..!
Petang tu.. dalam pukul 5 petang Ita pun datang ke rumah nak mengambil muffinnya sambil sembang2 kosong sebab tak sempat nak buatkan Ita air minuman kerana Ita mengejar masa nak cepat sebab katanya banyak lagi kerjanya yang nak di bereskan, lagi pun malammya dia dah nak bertolak ke Muar.
Terima kasih buat Ita.., mohon maaf andai ada yang kurang..!
Alhamdulllah..! muffin pisang coklat chips yg telah selamat sampai ke Parit Jawa, Muar.
200 biji muffin coklat chips yg telah siap..
Banyak pulak cerita kali ni ya..!
**********************************************************
2 set pulut kuning bersama rendang ayam dan daging
Tempahan 2 set pulut kuning ni dari Pn. Sahidah dari Ulu Tiram, jauh juga tu.. datang ke Bdr Seri Alam sebab kebetulan waktu tu.. nak melawat anaknya di MRSM JB yang kebetulan tak jauh dari rumah, kalau di ikutkan belakang rumah jer..!
Terima kasih ya..! moga berpuas hati hendaknya..!
**********************************
100 biji apam polkadot tempahan dari Zie (Tmn. Rinting) utk. makan di officenya di Pasir Gudang. Terima kasih Zie..!
Salam.. Murah rezeki Kak Am sebab dapat banyak tempahan.. Sedap nampaknya kek marble tu..
ReplyDeleteAmboi kak am..ber'marble lah pulak..hihi
ReplyDeletecantik!!! Mcm2 wana..
Mapin cekelat gebu lah..mcm kita..haha
terbaiklh semuanya..
Assalam.k.am nak no phone
ReplyDelete