01 April 2012

TEMPAHAN MINGGU INI... yg sungguh sibuk..!

Tempahan meehoon dgn rencah daging & udang serta 2 kotak tempahan lainnya dari El..

Hujung minggu ini paling sibuk sangat sebab banyaklah sungguh tempahan yang datang terutama semuanya nak pada hari Sabtu iaitu 31/03/2012 sebab mungkin ramai yang mengadakan pelbagai majlis tertentu.

Malah ada yang dah buat tempahan awal 2/3 minggu awal maka untuk tidak menghampakan akak terima juga akhirnya walaupun memang betul2 padat penuh dgn order macam tak cukup masa nak buat dan teramatlah sibuknya... tapi bila ada yg merayu-rayu maka tak sampai juga hati dibuatnya..

Alhamdulillah..! dengan izin Allah akhirnya dapat juga menyiapkan kesemuanya walaupun memang agak letih sangat maklum buat sorang2 ada assistant (si Ain anak bongsu) dah tak nak tolong lagi, katanya adik dah stop tau tolong mama.. adik dah berhenti, kalau tak dialah yang selalu tolong mana yang patut.

Tempahan di atas dan di bawah ini dari El (Siera Perdana) yang memang kerap menempah dgn akak tapi kali ni El nak order Meehoon nak rencah udang & daging katanya...tempahan lainnya ialah  Bingka Ubi dan Kole Kacang
El nak tengahari (Sabtu), itu yang selepas hantar tempahan El ni.., akak terus ke JB untuk menghadiri majlis pertunangan di rumah kakak ipar pulak

Terimakasih El...!


************************************************************************

Tempahan utk Majlis Pertunangan

Aha.. Aneka Talam Sri Sarawak dan Talam Sekoteng sebenarnya tapi sebab tak ada sekoteng akak tukar kpd sengkuang cina ni pulak tempahan khas dari kakak ipar untuk majlis pertunangan anaknya Sabtu juga, itu yang kelang-kelibut sikit siap hantar semua tempahan lain terus ke JB menghadiri majlis dia pulak.

Sebenarnya kakak ipar menempah 4 kotak talam tapi entah cam ner boleh tak perasan sekotak lagi tertinggal dalam bonet kereta tak diangkat sama. Keesokkannya baru perasan ada sekotak talam dalam kereta, mula-mula terperanjat jugak kueh saper pulak ni..??? 
Kesian kakak ipar akak tu.. rupanya cuma 3 kotak aje yang dia terima. Apa nak buat dah nasib boleh tak sedar tertinggal lah pulak masa tu..
Maaf ya Kak Lijah...! Memang tak perasan langsung...
Akhirnya terbuang gitu aje talam tu... sebab dah basilah kerana dah sehari semalam  dok dalam bonet kereta.

Talam Sengkuang & Talam Sri Sarawak

Manakala 2 jenis kueh kat bawah ni iaitu Mini Coklat Moist &
 Kek Marble Pandan coklat ni akak buat khas untuk di berikan kpd kakak ipar untuk majlis tersebut.

Walaupun sibuk teramat menyiapkan pelbagai tempahan orang sambil tu..sempat juga akhirnya buatkan kueh ni untuk kakak ipar.


Selepas balik dari majlis akak ipar terus lepak nak balas dendam nak tidur zzzzz... sebab memang tak cukup tidur.., landing timeeeeee..!!!

*********************************************************************************


Apam Polkadot 100 dan Mini Coklat Moist 100 tempahan dari Pn. Linda (Jiran Setaman)
juga nak hari Sabtu.. itu yang memang sibuk sangat hujung minggu ni..
Terima kasih Linda...


****************************************************************************

Sekotak Serimuka, Bingka Pisang dan sekotak cistat (utk hadiah..)
semua tempahan ni dari Pn. Ain Bandar Seri Alam juga. Terima kasih ..!
Ini juga nak hari Sabtu pagi... kira hari Sabtu ni memang padat sepadatnya ...!


********************************************************************8**

Tempahan di bawah ni untuk hari Khamis petang dari Naz yang dah beberapa kali menempah, tapi Naz memang suka order apam polkadot, officemate nya suka sangat katanya..
Tapi kali ni Naz nak mencuba pula Mini Coklat Moist sekali..



 ********************************************************************************

 Tempahan last minit untuk petang tadi (Ahad 01/04/2012) order dari adik iaitu
 sekotak Kueh Bakar Pandan/Bingka Pandan untuk majlis Tahlil.



2 comments:

  1. kagumnya dgn kak Am... sempat buat semua ni... harus bljr time management dgn kak Am ni :)

    ReplyDelete
  2. >>Zalia: terimkasih zalia, akak pun bukanlah pandai mana, ada masa kelang-kelibut juga tapi insyallah.. setiap pekerjaan yang nak dibuat dimulai dgn Bismillah.. dan doa kpd Allah insyallah.. sebab segalanya dgn keizinannya jua.. siapalah kita yg hanya menrencana yg pasti dia yg menentukan segalanya..! pnjg pulak celoteh ya.., heee..

    ReplyDelete