12 November 2011

TRIFFLES


Walau pun ketika ini agak sibuk sikit dengan pelbagai tempahan tapi sempat juga sambil2 buat triffles utk makan2 sekeluarga. Lama rasanya tak makan triffles ni jadi teringinlah sangat tapi bila dah tengah godak2 tu.. time nak curah fruits coktails tup2.. selongkar punya selongkar rupa2nya stok fruits coktails dah habislah pulak yang ada hanya peach jer maka itu yang peach pun peachlah... benda dah nak jadi teruskan ajelah jawapnya...
Itulah akibatnya kalau nak buat sesuatu tu.. tak reti2 nak periksa dulu.. main buat semacam aje...

Kalau jenis sejuk2 macam ni memang alamatnya sekejap ajelah licin..! sebab ramai kat rumah ni yang menyukainya terutama yang tukang buatnya..! heee...


Memang suka tengok dapur Azita senang nak cari resepi.., terima kasih Ita..!
Kita kongsi kat sini pulak ya.., walaupun sebenarnya resepi kat bawah ni juga sesuai untuk buat yg dalam bekas kecik2 tu..

TRIFFLES
sumber : Azitakitchen
sumber : am@serojakitchen

Bahan-bahan
1 tin fruits koktail
(atau laici/longan/nenas)

Swiss Roll Cake (Perisa kesukaan masing2)

Lapisan Kastad :
1 tin susu cair
6 sudu tepung kastard
½ cawan gula
5 cawan air

Lapisan Jelly :
Sekotak Jelly segera (apa2 perisa)
Cara-cara :

  1. Potong swiss roll kecil2 dan susun ke dalam acuan.
  2. Campurkan semua bahan2 untuk Lapisan Kastad. Gaul hingga sebati. Dan panaskan di atas api sehingga pekat.
  3. Tuangkan kastard ke atas swiss roll tadi.
  4. Kemudian susunkan pula buah-buahan (longan dan nenas kiub) ke atas kastard tadi.
  5. Sediakan jelly mengikut cara yang tertera di kotak bungkusan (Masukkan serbuk jelly ke dalam 2 cawan air yg mendidih). Tuang jelly ke dalam bekas triflles. Biarkan sejuk.
  6. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan sejuk2

6 comments:

  1. sedapnya k am.. boleh lah saya try nnti utk potluk..

    ReplyDelete
  2. sedapnya.....terliur kita tengok ni!

    ReplyDelete
  3. Salam Am cayang. Best nya ada buah peach. Ni kalau jual pun laku, senang nya nak buat kan.

    ReplyDelete
  4. Trifle....emmmm...dessert yg senang dibuat sedap lak dimakan...yummyyyy....

    ReplyDelete