30 November 2011

ORDER2 YG LEPAS....


Amboi..! Lamanya tak menjengah blog yg satu ni..
Bukannya bersawang lagi tapi dah berlumut rasanya..

Meninjau tempahan lepas2 tempahan pertengahan bulan November ni, iaitu
tempah fruits tart dari El (Siera Perdana) yg dah banyak kali membuat tempahan dari serojakitchen, terima kasih El..

Fruits tart ni berjumlah 60 biji kesemuanya..

tapi.. El nak packing kpd 3 bekas seperti kat atas tu.. iaitu sebanyak 20biji dalam satu bekas

Selain tu, 100 biji banana cupcake juga dari El, semua tempahan ini utk dibawa ke KL tempohari sempena majlis perkahwinan sepupunya.


******************

Di bawah ini pula, tempahan dari Eira dari KL untuk dihantar ke Plaza Angsana JB
Semua tempahan ini juga utk dibawa pulang ke KL


100 biji apam polkadot

50 biji banana cupcake

sekotak talam seri sarawak dan sekotak bingka ubi gula merah

Rupa-rupanya Eira ni pemilik 'NASI AYAM PENYET RIA' kat tingkat 3, Plaza Angsana
Nak balik Eira bagi pulak 2 bungkus ayam penyet dari restoran dia, memang sedap sangat..!
Terima kasih Eira...!
Sesiapa yg nak merasa kelazatan nasi ayam penyet kat Plaza Angsana berkunjunglah ke restoran Eira ni..


200 biji apam polkadot tempahan dari cikgu Zul sempena cuti sekolah untuk dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan.

Ini juga 200 biji apam polkadot lagi tempahan dari Pn Aini lagi untuk anaknya gadisnya yg akan berangkat ke Vietnam sebagai bekalan.

***************

Masih ada lagi tempahan2 yg lain utk di update tapi tuan rumah sambung lain kali ajelah ya..!
Terasa macam nak baring2 ajelah...pulak.. heee!!!


2 comments:

  1. mak aiiiiiiiiiiiiiiii....bykkk tuuuu...nnti kita pon nak tempah!!! ;)))

    ReplyDelete
  2. oooooowww.....banyaknya tempahan! murah rezeki bisnes Kak Am ye...mudah2an akan datang lebih banyak tempahan lagi, tumpang bangga dengan usaha gigih Kak Am.

    ReplyDelete