Minggu ini merupakan minggu yg paling busy sangat...
Semakin nak ke penghujungnya hari raya maka semakin ramailah yg membuat tempahan, ada yg utk majlis marhaban dan ada juga yg masih berebut-rebut utk membuat majlis rumah terbuka.
Biasalah kalau kat J.B. ni, (tapi negeri2 lain tak tahulah pulak..) selagi tak habis raya maka selagi tu.. banyak sungguh jemputan2 rumah terbuka terutama bila tiba hujung2 minggu dan ada juga yang buat pada hari2 biasa.
Maka adakalanya tak tertunai utk dihadiri ke semuanya... mohon maaflah ya kpd kawan2 atau sesiapa pun yg sudi menjemput akak ke majlis rumah terbuka masing2 tapi tak dapat nak di hadiri sebab terlalu sibuk dgn pelbagai jenis tempahan yg berderet.
Sehinggakan ada beberapa orang yg akak terpaksa tolak tempahannya sebab memang tak larat nak buat lagi dan memang tak boleh nak buat sebab dah banyak sangat. Semua tempahan2 tu dibuat sendiri, sorang2 jadi tak termampulah utk menerima banyak2 sangat kang ada tak siap tempahan orang, naya aje kan..
Justeru itu, akak mohon maaf sangat kpd sesiapa yg terpaksa akak tolak tempahannya ya..!
Lagi pun akak bukannya ada pembantu jadi kena buat sendiri & sorang2 tapi mana yg mudah2 tu ada jugalah anak dara bongsu menolong juga sikit2, mana yg patut.
Oklah membebel panjang pulak ya...
Nampakkan kotak2 yg bnyk kat atas tu...? Itu tempahan dari Pn. Raha (jiran sebelah taman) tempahan dibuat utk majlis rumah terbuka yg di adakan pada sabtu malam - (24/09/2011)
Order utk hari Ahad pula kita sambung esok2 ya...!
Beliau menempah 100 biji mini coklat moist
100 biji apam polkadot
2 kotak bingka ubi
dan... 2 kotak talam cendol
Terima kasih Raha... kerana dah banyak kali membuat tempahan.
*******************************************************
Order utk hari Sabtu (24/09/2011)
100 biji apam polkadot yg ditempah oleh Liya (sedara sepupu) katanya utk diberikan kpd seseorang, (ini mesti utk bakal ibu mertuakan..?) heee..
Thanks Liya...!
*****************************************************************
Order utk hari Jumaat (23/09/2011)
Tempahan 150 biji apam beras & sekotak bingka ubi dari Pn. Dewi yg tinggal di Tmn Bukit Kempas, J.B. jauh juga tu..!
Katanya utk jamuan rumah terbuka pada malamnya..
Terima kasih Dewi...
Beliau meminta dibuatkan apam beras versi putri ayu
sekotak bingka ubi gula merah
******************************************
Order utk hari Jumaat (23/09/2011)
Tempahan sebiji kek coklat moist & puding marble utk jamuan di SMK Seri Alam-2
Assalamualaikum Am...byknya tempahan.....mst bz sakan tu eks...adeeeii, tengok Am buat bingka ubi tu...weee, rajinnya Am memarut ubi...ke ada yg instant parut kat kedai ya Am? Bab memarut la yg paling malas...hehe, ke Am parut dgn mesin kelapa jerk ^__^
ReplyDelete>>ummi: hee... mula2 dulu mmg memarutlah jawapnya tapi mr hb yg parut bab2 parut ni mmg lemah betul, tapi la ni dah ada mesin parut kelapa yg comel kecik jer.. tu yg jadi mudah sikit.
ReplyDelete