16 September 2011

KEK KUKUS BUAH utk hantaran pertunangan..




Bila dpt call utk buatkan 'KEK KUKOS BUAH' utk hantaran pertunangan jer.., hati mula risau
bukannya apa tapi sebab rasanya dah lama betul tak buat kek kukus buah ni, takut juga kalau tak menjadi ke atau kek ni buat hal pulak naya jer tempahan orang.

Apa pun spt biasa cuba dululah..., tapi dalam hati berdoa sakan ni, mintak2 oklah hendaknya. Biasalah bila sesuatu yg dah lama kita tinggalkan atau dah lama tak buat pasti ada aje yg tak kenanya nanti. Pulak tu utk hantaran lagi...! takut & bimbang juga tak menepati kehendak orang.

Biasalah kalau namanya kek kukus buah maka masa nak mengukusnya memanglah lama lebih kurang 4 jam gitu..
Berat kek ni pun lebih kurang 2.3kg memang agak berat, sesuailah kot utk hantaran pertunangan tu..


Tempahan ini juga dari SMK Seri Alam-2 iaitu Cikgu Shidah, yg mana utk dihadiahkan kpd kwannya yg akan bertunang Jumaat ini (16 Sept. 2011)
Jadi.., kek ni dah sampai pun ke Terengganu ketika ini...!
Terima kasih Cikgu Shidah harap berpuashati hendaknya ya..


Taklah dihias sangat sebab kek ni pun akan dihias & diletakkan dlm kotak yg lebih cantik bila tiba di Terengganu nanti.

SELAMAT BERTUNANG diucapkan kpd kwn cikgu shidah tu...


2 comments: