Assalamualaikum.. semua..!
Amboi2.. dah hampir nak dkt setengah bulan berpuasa baru nak muncul, apalah yg dibuat tuan rumah ni ya..? asyik tenggelam2 timbul aje ya...
Rindu sangat kat semua terutama rindu kat tayangan2 menu yg lazat2 terutama buat juadah sempena berbuka di bulan ramadhan ini. Banyak dah ketinggalan...
Sebenarnya tak kemana pun, masih ada di sini cuma tetap sibuk dan menyibuk sentiasa, heee...
Rasanya masa begitu cepat berlalu sekejap2 jer dah petang, kejap jer dah nak berbuka dan kejap jer dah malam dan kejap jer rasanya dah nak raya. pi mai.. pi mai tang tu jugak..!
Hari2 masih sibuk dgn kueh-mueh & menu utk Bazar Ramadhan.. itu yg tak menyempat rasanya. Bila dah lama tak menjengah rumah yg satu ni maka bertambah malaslah jawapnya apatah lagi memang tak berkesempatan rasanya.
Tapi disebabkan rasa rindu kat semua maka dipaksa-paksakan juga menjengah walaupun hanya seketika cuma.
Tidak spt tahun2 yg lepas bnyk tayangan2 menu & juadah berbuka tapi tahun ni tak muncul2 pun menu ya..? Apalah tuan rumah ni ya..!
Apa pun jom kita cuba2 menu mee hoon berkuah yg sedap dan sangat sesuai utk judaha berbuka puasa.
Goreng mee hoon spt biasa cuma ditambah aje dgn kuahnya.
MEE HOON BERKUAH
Resipi : am@serojakitchen
*Goreng mee hoon spt biasa
Utk Kuahnya
Bahan Basah
Beberapa ekor udang/sotong/ayam/daging
Bahan Dikisar
5-6 tangkai cili kering (nak pedas blh tambah)
2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1-2 sb taucho
Bahan2 lain
sedikit cili sos
sedikit kicap lemak manis
sedikit gula & garam
sedikit air asam jawa
Bahan hiasan
daun sadri & daun bawang
limau kasturi
telur rebus
bawang goreng
Caranya
tumis bahan yg telah diblender hingga garing
masukkan, cili sos, kicap, air asam jawa dan air secukupnya (biar agak berkuah)
(kalau gunakan daging, boleh gunakan air rebusan daging)
masukkan pula sotong/ayam/daging
Letakan garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
Biarkan hingga mendidih dan agak pekat sikit jer.. dan bolehlah di hidangkan bersama mee hoon goreng tadi.
dihiaskan pula dgn daun sadri & daun bawang, limau kasturi serta telur rebus
'Selamat Mencuba..!'
kak am!! bukan akak aje..pp pon gitu jugak! ahakss..baru plan nak buat ni!! nuuu di kayangan dah merempit dulu!! hihi...
ReplyDeleteHalo, Perkenalkan saya Irham dari Greenpack. Jika Anda pemilik usaha makanan ataupun resto yang ingin membranding usaha Anda, maka jangan ragu gunakan Dus Makanan kami yang sudah terbukti berkualitas food grade.
ReplyDelete