19 June 2011

PENGANTIN DI MUAR & TEMPAHAN...




Hari Sabtu ni 18hb Jun 2011 ada jemputan perkahwinan di Muar, Johor (pengantin lelaki tu, sepupu hb, pakar membuat jahitan & tempahan baju2 & pelamin pengantin)

Pulak tu.. pada Jumaat malam & hari Sabtu & Ahad juga ada tempahan yg harus disiapkan.
Jemputan kahwin tu tak sedaplah pulak kalau tak pergi sebab sepupu suami... jadi nak tak nak lepas siapkan semua tempahan & pepagi lagi setelah buat penghantaran tempahan tersebut terus aje berkejar balik Muar sekejap.

Petang kenalah cepat2 balik semula ke JB sebab pada malamnya kena siapkan lagi tempahan utk pagi Ahad pulak.
Shukur.. alhamdulillah.. dgn keizinannya semuanya dpt berjalan dgn lancar...



TEMPAHAN UTK JUMAAT MALAM...


100 biji Apam Beras

Tempahan utk dihantar pada Jumaat malam utk Pn Maz dari Singapura, beliau telah bnyk kali membuat tempahan dari akak biasanya apam beras & roti jalan. Tapi gmbr roti jalan tak sempat nak snap. Terima kasih Maz...


TEMPAHAN UTK SABTU & AHAD (17 & 18 JUN, 2011)



Ini pula tempahan yg entah ke berapa kali dari Pn. Ziela utk function di International School, Tmn Austin, J.B. (Thanksss.. Ziela..!)

Bingka Ubi Kuning 4 kotak & Bingka Ubi Gula Merah juga 4 kotak (kesemuanya 8 kotak)
Karipap sebnyk 500
Kueh dadar pula 100 keping
(Karipap & kueh dadar pula order dari sepupu tapi terlupa pulak nk ambik gmbr..)

Kesemua tempahan tersebut utk kedua-dua hari iaitu Sabtu & Ahad




Jadi kat Muar pun tak dpt berlama-lama sangat dah nak cepat2 balik ke JB semula.
Sampai JB pun dah petang jadi berebut pulak nak beli & sediakan bahan2 utk tempahan pagi Ahadnya pula.
Mujurlah sempat & selamat di deliver pagi ni.. semuanya..! Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment